Minggu lepas viral satu produk serum milik seorang blogger popular dikatakan membahayakan kulit wajah tidak seperti yang dipromosikan. Hasilnya menyebabkan wajah pengguna mengalami kerosakan teruk. Dalam satu posting oleh seorang doktor menjelaskan apa maksud sebenar ‘serum sampah’ yang banyak dijual di pasaran sekarang. Dia juga turut menjelaskan bagaimana mahu mengenalpasti apa yang dikatakan ‘serum sampah ini’.
Baca perkongsiannya Doktor Khairul Yoi di sini dan semoga kita tidak lagi menjadi mangsa penipun terhadap lambakan produk kecantikan yang dijual secara berleluasa kini.
Doktor ini menjelaskan tentang kilang yangmenghasilkan pelbagai produk kosmetik yang diingini pelanggan.
Serum Sampah
Sebelum abah bebel tentang serum sampah, izinkan abah bebel dulu pasal kilang OEM. Ramai lagi yang tak tau apa itu kilang OEM ( Original Equipment Manufacturer ). Secara kontotnya kilang OEM ni adalah kilang yang hasilkan produk tanpa jenama. Jadi engkorang yang miskin papa kedana kelas pon slalu tuang gi romen blakang kantin kalau berlagak nak jadi founder kaya kekonon korang formulate produk sendiri boleh la dapatkan khidmat kilang OEM ni. Kilang OEM ni sbenarnya bukan kluarkan skincare, supplement, dan produk kesihatan je, pendek kata segala mak nenek la dia bleh kluarkan. Tinggal korang nak tampal sticker letak jenama sendiri je, Boobies Denyut Yoilicious, Pil Bebird Keramat, Lampin Bayi Mak Senah, yada yada yada..
Satu je abah nak pesan. Kalau kau nak jadi founder, jangan jadi founder produk kesihatan. Tu bukan bidang kau, melainkan kau ada background yg layak untuk formulate produk kesihatan. Bab kesihatan orang jangan main beb, kalau bodo2 ni jadi founder lampin bayi takpe dah, tak pon founder bantal kabu ke apa ke. Janji tak libat kesihatan orang. Yela kau pun sengkek nanti kesihatan orang barai bukan kau nak tanggungjawab pon, ukur kain kapan kat badan sendiri la.
Pesannya kalau nak berniaga perlu ada ilmu jangan mengharapkan wajah cantik atau follower ramai semata-mata.
Kalau nak berniaga, perlu ada ilmu. Jangan setakat harap muka lawa atau followers ramai. Bila tanya pasal produk, kau maki pulak.
Ads
Rakyat Malaysia dah makin bijak membezakan antara claim berfakta dan claim mengarut. Juga perbezaan antara peniaga jujur dan peniaga penipu, tambah2 geng #skuadpenggunabijak haa kau jangan memain semua dah cerdik belaka.
Ini caranya nak kenal pasti serum sampah supaya pengguna tidak lagi tertipu.
Pasal serum, yaaa yaaa yaa serum sampah pon dah berleluasa skarang ni. Abah dah ajar cara nak detect krim kilo sampah. Kali ni abah nak ajar cara nak detect serum sampah. Kenapa sampah? Sebab
1) macam biasa, kat kotak takde ingredients. Formula rahsia supaya founder lain tak rembat formula katanya. Padahal haram dia taktau apa pon kilang tu taruk dalam serum tu. Dan ingredients mestilah dalam SCIENTIFIC TERMS, bukan ekstrak itu ekstrak ini vit tu vit ni
2) warna warni di aidilfitri. Perhatikan warna2 di bawah, macam tu la serum sampah. Serum kat drugstore either warna jernih, atau warna putih sahaja. Yang ni dia claim perisa stoberi, keladi, anggur, cili, durian, you name it.
Ads
3) kilang takde. Katanya rahsia company. Haa kau tak kabor sebenarnya kau beli kilo dari kilang balik rumah kau suntik sendiri masuk botol. Tak pon kilang OEM dah tolong botolkan untuk kau siap2.
4) founder seperti yang dinyatakan di atas. Tak salah nak support bisnes melayu. Tp supportlah melayu yang betul2 curahkan usaha bertahun untuk kaji tentang produk, side effect kepada pengguna, safe percentage stiap bahan dan sbagainya. JANGAN support yang pikir duit poket sendiri, kesihatan korang dia tolak tepi
Ads
5) testimoni tak agak. Muka edit pakai kamera 360 pastu kau kabor kau pakai serum kau. tak pon, dulu muka barai pastu kekonon pakai serum sendiri muka terus elok. yang kau pegi cucuk sana cucuk sini tak pun makan ubat Dr. Ko kau tak kabor pulak.
6) overclaim. Memana produk bagus pon takkan bg kesan seawal tiga hari, seminggu, atau kurang dari seminggu. Paling koman pon sebulan lah. Kalau pesen lahir celah pokok pisang ni kau tempek berkilo serum pon tetap muka melayu. Tak payah berangan nak jadi korea sangat
Tak susah untuk mengesan ‘serum sampah’ dan pilihan terletak di tangan anda.
Mudah kan nak detect? Tak susah pon. Pasni jangan tanya lagi “yoi serum ni kilo tak, yoi krim ni kilo tak, yoi yoi yoi…” jangan sampai aku avada kedavra kan sorang2.
Dah bijak bukan? Bagus. Marilah kita raikan dengan daun saderi. I’ve done my part, the choice is yours.
Penyanyi yang popular dengan lagu Semalam, Aina Abdul meluahkan rasa syukurnya kerana telah menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari di majlis konvokesyen yang berlangsung di Universiti UCSI pada hari Sabtu yang lalu.
Ujar Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, dia berasa lega kerana akhirnya dapat menamatkan pengajiannya yang mengambil masa lima tahun itu.
“Pencapaian ini amat penting untuk diri saya secara peribadi kerana akademik juga adalah keutamaan saya. Semestinya membanggakan apabila memiliki pencapaian begini di samping kejayaan karier seni,” luahnya.
Penyanyi yang berusia 28 tahun ini juga menyifatkan pencapaian itu sekali gus menjadi motivasi buatnya untuk terus meniti kejayaan dalam hidup.
Tambah Aina, walau bagaimanapun kerjayanya dalam bidang seni tetap menjadi keutamaannya buat masa ini.
“Kerjaya muzik yang semakin berkembang sekarang tetap menjadi keutamaan saya. Jadi fokus saya tetap terus menjadi penghibur disegani serta menghasilkan banyak lagu terbaik.
“Apapun, saya cuma ingin nyatakan bahawa akademik juga perlu seiring dengan kerjaya saya. Saya amat menitikberatkan pendidikan berkaitan muzik di samping tunjukkan kecemerlangan sebagai penyanyi,” jelasnya.
Di laman Instagram, Aina telah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan menghargai segala keyakinan yang telah diberikan buat dirinya.
“Saya ambil lima tahun untuk dapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang muzik ini. Terima kasih kepada guru-guru, rakan-rakan dan semestinya ibu serta adik beradik saya. Tak mungkin saya berjaya tanpa doa kalian,” tulis Aina.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Usai pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10, Nurul Izzah telah memuat naik satu hantaran di Instagram.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira jam 3 petang tadi. Anakandanya, Nurul Izzah Anwar tidak dapat menahan rasa gembira kerana perjalanan yang penuh liku ditempuh oleh keluarganya akhirnya telah membuahkan hasil.
“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga,
Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, Nurul Izzah yang lebih dikenali dengan panggilan Puteri Reformasi itu turut menambah bahawa legasi yang ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit.
“Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.” tulisnya sebagai penutup.
Rata-rata netizen turut memberikan maklum balas dan mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 itu.
Sekadar info, Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini di Istana Negara.
Rumah fesyen Malaysia, Mimpikita baru-baru ini meraikan lembaran baharu dalam ‘perjalanan’ legasinya selama 15 tahun #KitaLimaBelas dengan melancarkan flagship store pertamanya di The Exchange TRX.
Sambutan meriah itu berlangsung dalam dua slot yang dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mimpikita, Nurul Zulkifli, diikuti dengan upacara memotong reben.
Acara ini diserikan oleh tokoh industri fesyen dan peruncitan terkemuka Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nurul Zulkifli, Amirah Zulkifli, Ketua Pegawai Operasi (COO), Syahira Zulkifli, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Johary Mustapha (Ketua Pegawai Eksekutif Forest Interactive), Trevor Hill (Pengurus Besar The Exchange TRX), dan Sharifah Najwa Syed Abu Bakar.
Acara ini turut diserikan oleh pempengaruh media sosial, Friends of Brand dan #TheKitaGirls. Turut diadakan pelbagai aktiviti termasuk lawatan kedai, sesi ramah mesra serta bengkel bunga oleh BloomThis.
Mimpikita dan Kita&Co memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu #HerStory dan Comfort Curated.
Koleksi #HerStory mempamerkan keanggunan, pemerkasaan dan keperibadian tersendiri termasuk produk seperti Sequined Kimono Top, Glittered Pleated Skirts, selendang serta koleksi Tote Bag eksklusif kolaborasi dengan pelakon jelita, Elfira Loy.
Sementara Comfort Curated Kita&Co pula terdiri daripada LoungeWear Set, dress dan Short Sleeves Linen Shirts. Kolabirasi “Mimpikita x Elfira Loy” menyerlahkan imej bergaya Elfira Loy yang dipadukan dengan signature prints Mimpikita.
Kolaborasi ini sejajar dengan nilai jenama Mimpikita iaitu “Mengejar impian bersama, meraikan satu sama lain. Memberi inspirasi kepada wanita untuk mengejar aspirasi tanpa rasa takut.”
“Flagship store ini adalah bukti impian dan aspirasi kami. Mari kita teruskan impian mencipta dengan berani, dan meraikan keindahan kepelbagaian melalui seni fesyen” kata Nurul Zulkifli.
Bagi Elfira Loy pula, kerjasama dengan Mimpikita merupakan saluran terbaik untuknya berkongsi ‘perjalanan’ dan menyedarkan kaum wanita bahawa aspirasi mereka mampu dicapai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasakan serta...