“Rendah Diri & Baik Sangat Tuanku”- Ebit Lew Terharu Bantu Mangsa Banjir Bersama Tengku Hassanal

Share

Berkongsi video di laman Instagramnya, pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew bersyukur apabila dapat sama-sama membantu mangsa banjir di Pahang bersama Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.

Menurut Ebit, beliau berasa kagum melihat kesungguhan Tengku Hassanal dan rasa sungguh terharu dengan layanan yang diberikannya.

Doakan perjalanan kami. Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang @this.7 memberi bantuan banjir.

Sebak sayu rasa melihat kesungguhan beliau. Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang 500 ribu cash diberikan pada keluarga dan anak-anak disana.

Semalam makan bersama Tuanku. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sedih berat ujian. Setiap hari Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan.

Sampai lebih 20 pusat bantuan sehari. Penat tu. Seharian. Subhanallah. Rendah diri sangat dan baik sangat tuanku. Saya rasa kagum dengan tuanku. Malu rasa saya dengan layanan beliau.

Ya Allah selamat Negeri Pahang dari banjir. YaAllah selamatkanlah seluruh Malaysia dari Banjir. Ya Allah sayangi dan ampuni kami semua.

 

Sehingga kini, video tersebut telah mencecah 1.4 juta tontonan di Instagram. Rata-rata pengikut laman sosialnya turut terharu dengan usaha yang dijalankan dan berharap agar bencana alam ini akan dapat beransur pulih dengan segera.

Published by
QIST