Mengabadikan satu kenangan dan momen yang pernah menjadi satu permulaan buat mereka, pelakon Lisdawati bersama suami, Fauzi Nawawi, kini duduk di atas pelamin semula. Istimewa untuk ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 tahun.
Pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, membuat remake photoshoot persandingan mereka di atas pelamin. Ini juga menandakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 pada tahun ini.
Menurut temu bual bersama Harian Metro, Lisdawati juga menyatakan ingin mengabadikan foto itu kerana dia dalam keadaan yang sopan dan tertutup auratnya.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan,
Ads
“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan.” katanya.
Pilihan warna untuk ‘reshoot‘ berlainan…
Kata pelakon itu lagi, majlis resepsi mereka terdahulu mengenakan tema berwarna hijau serta kain songket kuning. Namun, pilihan mereka kali ini berwarna biru untuk ‘nikah’ dan songket putih bagi majlis resepsi.
Ads
“Namun, untuk persandingan ‘kali kedua’ ini, saya memilih busana berwarna biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi,
“Saya buat majlis serba ringkas saja, bukan secara besar-besaran. Detik gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini.”ujarnya.
Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka.
Tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya punya tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun wanita itu sudah berkahwin. Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
SUAMI TIDAK BOLEH HALANG
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Ia menunjukkan keadilan Islam termasuk kepada ibu bapa yang tidak mempunyai anak lelaki. Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana ia tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.
BERBUAT MAKSIAT
Suami yang menghalang isteri menjaga ibu bapanya apatah lagi dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, ia bermakna golongan itu memerintahkan pasangannya berbuat maksiat.
Maksud berbuat maksiat di sini adalah perbuatan suami memutuskan hubungan ibu bapa dan anak yang hukumnya jelas haram. Malah suami itu sendiri sudah pun berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik kepada kedua-dua mentuanya.
DOSA BESAR DERHAKA TERHADAP KEDUA ORANG TUA
Ini turut ditekankan Rasulullah SAW yang menjelaskan antara salah satu dosa besar, selain mensyirikkan Allah SWT adalah bagi orang derhaka terhadap kedua orang tua.
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu aku beritahu mengenai dosa besar?” Sahabat kemudian menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah berkata: “Menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua.” (HR Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Tanggungjawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami tetapi boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Oleh itu masyarakat supaya tidak sesekali bertindak melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ia hukum asas dalam agama.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing. Hierarki membezakan ibu bapa kandung dan mentua sebenarnya tanpa berasaskan dalil sahih daripada al-Quran dan hadis, sekali gus mendorong kita berpecah-belah, bertelagah, terlalu berkira serta saling cemburu dan meragut sifat kasih-sayang mukmin sebenar.
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka
Sumber kredit: Berita Harian Online (Rencana)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dunia akan menjadi lebih baik sekiranya, manusia saling cakna terhadap kebajikan sesama manusia. Bantuan dihulurkan untuk membantu mereka yang memerlukan. Sikap memberi sesungguhnya menyucikan jiwa dan menjadi bekalan ke akhirat nanti.
Hijabista baru-baru ini berkesempatan menghadiri majlis amal penyerahan cek bernilai RM370’000 oleh Inteam kepada pertubuhan Peduli Insan bagi digunakan untuk kempen Musim Sejuk Syria Siri Kesepuluh.
Kolaboratif di antara kumpulan nasyid popular bersama pertubuhan tersebut memfokuskan untuk membantu masyarakat Syria menerusi dua inisiatif berbeza iaitu Selimut Kasih Syria dan Suapan Kasih Syria.
Menurut Hazimin yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Inteam, “Kami berjaya kumpul RM370’000 dalam masa lima bulan sahaja. Sepanjang tempoh kutipan diadakan kami melaksanakan pelbagai inisiatif seperti memanfaatkan media sosial dengan menghasilkan video-video menarik sepanjang Ramadan.
“Konsep video lakonan itu membawa nilai-nilai positif mengenai kempen itu. Secara tidak langsung menerusi hantaran yang dilakukan di media sosial telah mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menyumbang.”
.
Melihat kepada kerjasama di antara Peduli Insan dan Inteam ini sebagai satu kolaboratif berjaya untuk kebaikan. Apabila ditanya kepada Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan adakah pertubuhan itu akan melantik selebriti lain untuk kolaboratif akan datang, dia berkongsi, “Insyaallah kami mahu untuk bekerjasama dengan beberapa selebriti dan juga pemengaruh media sosial. Namun masih dalam peringkat perancangan lagi.”
Setiap sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia akan dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada kira-kira 250,000 pelarian Syria. Bagi orang ramai yang ingin turut serta bersama-sama Peduli Insan dalam menjayakan misi Kempen Musim Sejuk Syria 2021/2022 boleh menyumbang ke:
Affin Islamic Bank : 105990045326 Nama pemegang akaun : Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Rose memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini, akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
Rose Bersikap Profesional, Tak Pernah Terlibat Cinta Lokasi
“Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Tak Menolak Sekiranya Dipertemukan Jodoh Di Usia Muda
Mengulas isu sama, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik.
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020 lalu.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...