‘Rejim Diet’ Dayah Bakar, Bantu Hijabi Singkirkan 20 Kg Lemak Dalam Tempoh 2 Bulan Je!

Share

Cara ekstrem sering gagal dan tidak membuahkan hasil, membuatkan personaliti dan pengacara Televisyen, Dayah Bakar memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya.

Jelasnya lagi, sebelum ini Dayah tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal.

Hijabi yang mempunyai cita-cita sama dan berazam menurunkan berat badan sebelum menjelangnya tahun baharu 2024 yang hanya berbaki kurang lebih sebulan lagi, HIJABISTA sarankan mengikut rejim cara Dayah Bakar ini, jom semak!

Diet Ekstrem Memenatkan, Selalunya GAGAL!

“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.

“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku.

“Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang  malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.

Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.

Kurangkan ‘Sugar Intake’, Bersenam Dengan Piloxing

“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.

“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dayah Bakar Kekal Fit Sepanjang Masa

Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.

“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.

“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.

“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise.

“Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya.

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Artikel berkaitan: Dayah Bakar Kongsi Tip Penjagaan Kulit ‘Paling Murah’, Tak Perlu Keluarkan Kos Pun!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

</div

 

Published by
Haifa Nasir