Reject Tawaran Jenama Terkenal Di Luar Negara, Anzalna Pentingkan Kasih Sayang Bersama Anak

Share

Pengorbanan seorang ibu itu adalah satu perkara yang tidak terhingga. Sebagai seorang anak kita harus fahami dan hargai masa bersama ibu yang tercinta kerana kita tidak tahu bertapa banyak lagi masa untuk membalas budi mereka.

Tolak tawaran ke Australia, pelakon tanah air, Anzalna Nasir, khuatir jika meninggalkan anak di Malaysia. Mungkin ada hikmah sebalik pengorbanannya melepaskan peluang yang pasti tidak mahu dilepaskan oleh orang lain.

Anak-anak adalah segala-galanya…- Anzalana

Sumber dari Instagram Anzalna Nasir

Aktres wanita, Anzalna Nasir, 34, akui sanggup melepaskan tawaran untuk berkolaburasi bersama jenama terkenal di Australia. Keputusannya itu dibuat kerana dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dalam tempoh jangka masa yang lama.

Jelasnya lagi, jadual kerjaya itu sebagai model iklan juga berubah mengikut kesesuaiannya untuk menjaga anak-anak. Pada peringkat seawal usia kecil itu, Anzalna tidak mahu kedua anaknya yang masih memerlukan perhatian dan tumpuan sepenuhnya.

Artikel berkaitan: Hidung Mancung Jadi Pujian Netizen, Putera Kedua Anzalna & Suami Diberi Nama Mohamad Emirhan!

Anzalna membuat kenyataannya itu melalui InstaStory dengan menyelitkan repost sebuah artikel mengenai ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki sambil membawa anaknya. Oleh itu, dia terdetik untuk berkongsi pendapatnya melalui perkara ini dan juga memuji tindakan wanita tersebut.

Sumber tangkap layar dari RotiKaya

Respect! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah SWT permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ini,

“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan,

“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka.” tulisnya.

Juga Anzalna Nasir menjelaskan lagi tawaran yang di tawarkan kepadanya untuk menjelajah ke negara Australia. Tetapi, dia terpaksa menolak dan membuat keputusan untuk tidak pergi demi anak-anak.

“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran itu,

“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri.” jelasnya lagi.

Artikel berkaitan: “Anak Kami Pun Keluar Mengejut!”- Tak Sangka Bersalin Awal, Anzalna Syukur Anak Selamat Dilahirkan Di Hari Jumaat!

Bagusnya pendirian Anzalna dalam menjaga perhubungan kasih sayang dengan anak-anak. Boleh dijadikan contoh buat semua wanita di luar sana agar fikir sejenak dengan keputusan yang hendak di buat.

Sumber: Kosmo!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee