Sebelum Syawal lalu, perkahwinan pelakon cantik manis Bella Dally telah berakhir. Walaupun agak sukar menerima hakikat, namun Bella tetap ceria dan positif meneruskan kehidupan. Bukan mudah sebenarnya untuk bangkit, apatah lagi Bella memberitahu pernah tenggelam dengan emosi. Wanita cantik berasal dari Sabah ini berkongsi video di instagramnya tip berguna yang dilakukan selepas fasa perceraian dengan aktor Nazim Othman. Salah satunya reda dengan ketentuan Allah.
Tip pertama yang dilakukan adakah yakin dan reda dengan ketentuan Allah. Dia meletakkan mindset apa yang telah jadi ini ada hikmah dan yakin Allah akan sentiasa bersamanya.
Selain itu, Bella turut menyibukkan dia melakukan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dilakukan adalah belajar banyak perkara baharu misalnya perniagaan biskut dan membuat kraf.
Menurutnya aktiviti ini begitu menyeronokkan dan Bella akui ia sangat berkesan pada dirinya untuk melupakan apa yang berlaku.
Dalam rakaman video yang diberi nama ‘PILLOW TALK’ itu Bella berkata ramai yang bertanya dirinya di alam maya bagaimana dia boleh kekal kuat dan positif selepas apa yang terjadi.
Jujur menurutunya bukan mudah untuk bangkit dan dia menjadi insan yang sagra beremosi. Tetapi dia pujuk dirinya untuk kembali bangkit.
Selain reda dengan ketentuan Allah, Bella juga gembira kerana dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan.
Namun begitu dia turut mengingatkan agar berhati-hati memilih kawan kerana bukan semua jujur dan ikhlas mahu menolong kita.
Artikel Berkaitan: Pengalaman Bella Jumpa Malam Lailatulqadar
Dalam hal ini keluarga dank awan-kawan menjadi support system paling kuat. Dalam masa sama Bella juga turut fokus untuk memperbaiki diri dan berusaha menyayangi diri dan terima seadanya. Bella turut berpesan cari sebanyak mungkin informasi yang boleh membuatkan diri gembira.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BELLA DALLY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI