Lumrah manusia sukakan kecantikan, bukan? Normal bagi seseorang perempuan itu akan bersiap lama dan melawa sebelum hendak keluar berjalan. Namun, penampilan luaran yang cantik sahaja tidak mencukupi. Kebanyakan gadis zaman sekarang tidak menitik beratkan faktor kebersihan dan penjagaan diri sewaktu berada di rumah.
Pada zaman sekarang, kita kerap lihat isu perempuan yang pandai bergaya namun seorang pengotor apabila berada di rumah. Mengapa situasi begini kerap terjadi ye? Mari kita ikuti thread di twitter @NsrSWAG mengenai realiti sesetengah gadis yang duduk di rumah sewa untuk dijadikan iktibar.
Jadi, untuk hijabi di luar sana, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. Janganlah hanya reti berdandan dan menghias diri sahaja tapi mengabaikan pula soal kebersihan diri dan tempat tinggal. Akhlak kita perlulah secantik rupa paras kita kerana orang akan hilang hormatnya apabila kita tidak menjaga perilaku kita.