Isi Kandungan
ToggleLumrah manusia sukakan kecantikan, bukan? Normal bagi seseorang perempuan itu akan bersiap lama dan melawa sebelum hendak keluar berjalan. Namun, penampilan luaran yang cantik sahaja tidak mencukupi. Kebanyakan gadis zaman sekarang tidak menitik beratkan faktor kebersihan dan penjagaan diri sewaktu berada di rumah.
Pada zaman sekarang, kita kerap lihat isu perempuan yang pandai bergaya namun seorang pengotor apabila berada di rumah. Mengapa situasi begini kerap terjadi ye? Mari kita ikuti thread di twitter @NsrSWAG mengenai realiti sesetengah gadis yang duduk di rumah sewa untuk dijadikan iktibar.
Gadis ini berkongsi pengalamannya bersama teman rumah sewa yang sangat rajin melawa tapi tidak rajin membuat kerja rumah.
Orang luar boleh agak keadaan di dalam rumah bagaimana apabila melihat daun kering di luar rumah setinggi alam depan pintu rumah.
Bila duduk bersama ini perlulah ada kerjasama dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.
Dia juga berpesan kepada lelaki agar jangan mudah tertipu dan pilihlah perempuan yang pembersih untuk kehidupan yang lebih tenang nanti.
Jadi, untuk hijabi di luar sana, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. Janganlah hanya reti berdandan dan menghias diri sahaja tapi mengabaikan pula soal kebersihan diri dan tempat tinggal. Akhlak kita perlulah secantik rupa paras kita kerana orang akan hilang hormatnya apabila kita tidak menjaga perilaku kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Antara Ayat Al-Quran Boleh Diamalkan Jika Alami Kemurungan. Yang Penting Jangan Tinggal Solat!
Tanpa disedari ramai di kalangan kita yang mengalami kemurungan atau depresi. Ada yang mengalami kemurungan tahap biasa dan ada juga sampai kritikal hingga perlu menjalani rawatan secara berterusan di hospital.
Selain dari menjalani rawatan di hospital, terdapat juga ikhtiar yang boleh dilakukan seseorang yang mengalami kemurungan dengan cara Islam.
perkongsian di laman sosial Facebook dengan cara mengamalkan beberapa ayat Al-Quran yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah ini daripada berlarutan. Juga cara bagaimana seseorang itu boleh belajar melawan kemurungan.
Antara adalah dengan membaca surah Al-Quran dicadangkan, berkawan dengan mereka yang positif dan jangan lupa untuk solat.
Dan ini pula antara ayat-ayat Al-Quran boleh diamalkan sebagai ketahanan diri melawan masalah kemurungan ini.
Jika diamalkan setiap hari, insya-Allah akan membuatkan jiwa kita kuat dan tenang dalam berdepan situasi getir ini.
Turut dikongsi juga adalah doa yang boleh diamalkan ketika bersedih.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 7 Kesalahan Kecil Yang Boleh Buat Bibir Jadi Hitam Jika Lakukan. Elakkan Ya!
Isi Kandungan
ToggleBibir yang merah, sihat dan mungil menjadi idaman setiap wanita. Tetapi, terdapat sesetengah wanita mengalami masalah bibir hitam.
Tentunya anda malu dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya, aktiviti seharian yang kita lakukan juga boleh membawa kepada masalah ini.
Ketahui 7 kesalahan kecil yang anda boleh hindari supaya bibir tidak hitam.
1. Guna Produk Yang Salah
Sebaiknya, hindari daripada memakai produk kosmetik yang murah kerana kualitinya yang agak meragukan. Jangan sesekali memakai gincu bibir yang sudah tamat tempoh. Bibir bukan sahaja rosak, malah boleh jadi hitam dan pecah-pecah.
2. Gaya Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh membawa kepada masalah ini. Contohnya, merokok serta minum minuman beralkohol. Biasakan minum air putih dan makan sayuran serta buah-buahan okay!
3. Kurang Air
Kekurangan air akan membuatkan bibir kering dan pecah-pecah, akhirnya menjadi hitam. Perbuatan menjilat bibir juga perlu dihindari kerana ia akan membuat bibir menjadi lebih kering.
4. Alergi
Kadangkala, bibir boleh menjadi hitam kerana alergi dengan sesuatu. Contohnya, ubat gigi yang anda gunakan. Hanya anda yang tahu tahap alergi anda kerana setiap orang berbeza-beza.
5. Kafein
Diakui bahawa mengambil kafein akan membuatkan anda kembali segar. Tetapi, jangan ambil secara berlebihan. Kafein boleh menyebabkan bibir anda hitam dengan lebih cepat.
6. Tidak Menjaga Bibir Dengan Baik
Bibir merupakan satu bahagian yang sensitif. Jadi, anda harus merawatnya dengan berhati-hati. Gunakan pelembap bibir serta skrub bibir untuk mendapatkan bibir yang lebih sihat dan tidak hitam.
7. Terkena Sinaran Matahari
Seperti yang anda sedia maklum, kulit akan menjadi tidak sihat sekiranya terkena matahari terlalu lama. Salah satunya juga akan membuat bibir menjadi hitam. jadi, gunakan pelembap bibir yang mengandungi SPF agar bibir tidak hitam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Memilih Kanta Lengkap Dan Cadangan Jenama Terbaik Untuk Newbies
Isi Kandungan
ToggleBagi yang memiliki permasalahan rabun, pasti sudah penat menggunakan kacamata. Walaupun lebih praktikal memakai kacamata terkadang membuat sebahagian daripada anda ternganggu , apalagi jika harus menghadiri acara penting dan ingin tampil cantik. Jadi, kalau sudah begitu, cuba ganti kacamata anda dengan kanta mata lengkap.
Selain membantu penglihatan menjadi lebih baik, kanta mata lengkap juga membuat mata menjadi lebih indah. Berikut cara memilih kanta lengkap yang terbaik untuk newbies dan cadangan kanta mata lengkap yang terbaik, selamat dan selesa untuk anda.
Cara Memilih Kanta Lengkap Untuk Newbies
1. Sesuaikan dengan keadaan mata
Kanta lengkap dipakai di mata , tentu sekali perkara pertama adalah sesuaikan dengan keadaan mata.
- Jika mata anda rabun, pilihlah kanta lengkap dengan angka kerabunan yang betul dan yang sama dengan kacamata kamu.
- Sebaliknya, jika mata kamu normal, kanta lengkap akan sangat berguna untuk menambahkan gaya pada wajah.
Selain itu, kanta lengkap memiliki kadar air yang berbeza-beza. Kadar air ini berfungsi untuk menjaga kelembapan mata. Normalnya, kanta lengkap memiliki kadar air sebanyak 48%. Di bawah peratus ini, akan membuat mata lebih cepat kering.
Ukuran diamater kanta lengkap pun bervariasi, tetapi kanta lengkap dengan diamater sekitar 14 mm akan sangat selesa digunakan kerana sesuai dengan ukuran bola mata manusia.
2. Kanta Lengkap Lut Sinar, Berwarna, Atau Bercorak?
Pertanyaan ini seringkali membuat pemula buntu untuk memilih kanta lengkap yang tepat. Walhal, pemilihan warna kanta lengkap bersifat subjektif.
- Pemilihan kanta lengkap boleh dilihat dari fungsi atau penggunaan anda.
Kalau anda hanya ingin menggunakan kanta lengkap sebagai pengganti kacamata, kanta lengkap lut sinar adalah pilihan terbaik. Tetapi, kanta lengkap berwarna atau bercorak akan terlihat sesuai ketika dipakai untuk sessi fotografi atau menghadiri majlis-majlis tertentu.
- Pemilihan kanta lengkap juga boleh dipadankan dengan warna kulit.
Kulit putih umumnya lebih bebas memilih warna apa pun, sedangkan kulit kuning langsat dan sawo matang akan terlihat natural dengan warna gelap dan coklat.
3. Semak Kualiti dan Penjagaan Kanta Lengkap
Selain semak kadar air serta diameternya, anda juga harus menjaga kanta lengkap dengan berhati-hati agar tidak mudah koyak. Perhatikan juga berapa lama tamat tempoh kanta lengkap sebelum membeli.
Walaupun boleh dipakai hingga setahun, kanta lengkap yang jarang dibersihkan dan tidak terawat pun akan lebih cepat kotor sehingga akhirnya tidak boleh dipakai lagi. Faktor lain seperti harga penting.
Jangan sampai asal boleh memilih kanta lengkap hanya kerana harganya murah dan sebaliknya, kanta lengkap mahal pun belum tentu memiliki kualiti yang baik dan sesuai dengan keadaan mata anda.
BACA JUGA ARTIKEL INI:
Senarai Cadangan Kanta Lengkap Yang Terbaik Di Pasaran
1. Freshlook Colorblends
Selamat dengan variasi warna yang sesuai untuk mata sepet
Pilihan warna dari Freshlook Colorblends cukup bervariasi sehingga boleh dijadikan sebagai koleksi. Dengan kadar air yang cukup tinggi, dijamin mata anda tidak akan cepat kering. Bahkan, kanta lengkap ini juga tersedia untuk mata minus hingga -8. Namun, tempoh pemakaian kanta lengkap ini hanya sah selama sebulan.
2. Acuvue 2 Johnson & Johnson
Kanta lengkap lut sinar dengan diameter kecil untuk mata kecil
Kalau kamu lebih menyukai softlens lut sinar, Acuvue 2 Johnson & Johnson adalah produk yang tepat untuk digunakan seharian. Selain mengandung kadar air cukup tinggi, kanta lengkap ini juga memiliki UV Protection untuk menjaga kelembapan mata sekaligus melindungi dari radiasi sinar matahari. Anda akan mendapatkan 3 pasang lensa kontak dalam 1 kemasan. Tetapi, penggunaan tiap lensa relatif singkat, iaitu per-dua minggu.
3. FreshKon Mosaic
Softlens selesa dengan natural look
Mahu pakai kanta lengkap bermotif tetapi masih ingin terlihat natural? FreshKon Mosaic ini, khususnya warna Charming Brown dan Urban Grey seperti yang juga dipakai oleh Cheryl Raissa sesuai dengan anda yang inginkan sentuhan glamour dan efek mata bundar. Tidak hanya terlihat cantik, kanta lengkap ini juga selamat digunakan kerana terbuat dari bahan Hydrophilic.
4. Bausch & Lomb
Terbaik untuk mata silinder atau astigmatisme dengan 8.5 base curve
Siapa kata mata berbentuk silinder hanya boleh menggunakan kacamata? Tidak, kamu masih boleh tampil bergaya dengan menggunakan softlens dari Bausch & Lomb. Kandungan Alphafilcon A dan Lo-Turque dalam produk ini akan memberikan kestabilan dan ketajaman penglihatan untuk mata silinder. Ukuran diameternya dan base curve pun hampir mirip dengan ukuran bola mata manusia. Memiliki kadar air yang tinggi dan tidak membuat mata iritasi.
5. Bausch & Lomb Lacelle Jewel Color Contact Lens
Murah dan sesuai untuk newbies dan guna semasa wedding
Kanta lengkap dari jenama Bausch & Lomb ini adalah kanta lekap dengan pigmen warna yang tertanam di dalam kanta untuk mengelakkan cahaya berwarna yang terbias bersentuhan dengan mata. Kanta lengkap ini datang dengan corak permata yang unik memberikan mata tampak lebih dalam dan berkilau. Bahan kanta telah diuji dan terbukti mengurangkan penghidratan kanta untuk keselesaan pada anak mata dengan baik. Reka bentuk kanta lekap ini adalah nipis dan tirus memberikan keselesaan kepada si pemakai.
6. BLINCON BB Color Contact Lens
Sesuai buat anda mata sepet – fungsi untuk membesarkan mata
Contact lens ini sesuai bagi mereka yang bermata sepet kerana ia mampu memberikan efek agar mata tampak lebih besar. Dijual dengan 10 warna pilihan yang hebat dari siri BB ini, akan membuat mata anda tampil lebih besar dan ekspresif. Kanta lengkap ini mampu bertahan untuk jangka masa sebulan. Tidak perlu lagi bimbang untuk mencari kanta lengkap yang lain. Blincon BB dapat memenuhi kehendak anda dengan sempurna.
7. Cooper Vision Clariti Elite Contact Lens
Sesuai untuk mata juling – multifungsi buat anda yang mempunyai masalah rabun jauh atau dekat
Kanta lengkap ini memberikan fokus kepada keseimbangan serta keselesaan dan kesihatan Kornea. Lensa elit dari CooperVision ini menggabungkan keseimbangan oksigen, kelembapan tinggi, modulus rendah dan kandungan air yang tinggi untuk menghasilkan lensa yang memberikan keselesaan optimum semasa anda memakainya, jaminan kelembapan sepanjang masa. Kandungan air 56% yang tinggi dalam lensa ini dengan gabungan teknologi AquaGen, sesuai untuk mereka yang rabun jauh, dekat dan juling kerana ia mempunyai kuasa kanta di pelbagai tahap dan ciri-ciri kanta lekap yang paling baik.
8. Air Optox Hydraglyde
Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah power tinggi dan mata selalu kering
AIR OPTIX ditambah dengan kanta sentuh HydraGlyde yang menggabungkan dua teknologi canggih direka untuk memberikan kelembapan pada permukaan kanta lekap agar tahan lama serta memberikan perlindungan pada mata. Ia mengandungi Smart Shield Technology untuk membantu melindungi kanta lekap dan mata daripada radikal bebas atau pencemaran udara. Hydraglyde dapat mengekalkan kelembapan permukaan pada kanta sepanjang hari. Kanta lekap ini mempunyai kuasa untuk rabun pelbagai tahap, termasuk yang mempunyai power tinggi.
9. Korean Ringcon Soft Contact Lens
Kanta lengkap dari Korea – untuk penampilan lebih natural
Kanta lekap yang diimport khas dari Korea, tidak mengeringkan mata kerana mempunyai kandungan air yang agak baik sebanyak 38%. Kanta lekap ini boleh digunapakai selama 1 tahun jika kena dengan cara penjagaan dan penyimpanannya agar lens itu tidak tercemar dari bahan yang akan mengakibatkan iritasi pada anak mata. Jika anda penonton setia drama Korea atau peminat selebriti dari negara itu, perhatikan anak matanya. Kebanyakan daripada mereka gemar menggunakan warna yang natural agar tidak tampil terlalu ketara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI