Selebriti terkenal Indonesia, Dewi Sandra sudah berkahwin hampir 13 tahun dengan Agus Rahman namun masih belum dikurniakan zuriat.
Dewi Sandra pernah menerima pertanyaan tentang zuriat ketika siaran video mengenai Intense Investigation yang kemudiannya disiarkan semula oleh akaun Instagram.
Memberi reaksi kepada pertanyaan itu, Dewi Sandra menegaskan mempunyai zuriat bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun menurutnya, usaha ke arah itu tidak akan pernah berhenti dan akan terus dilakukan sama ada melalui proses semula jadi mahupun program kehamilan.
“Mendapatkan zuriat tidak semudah yang kita sangkakan,” kata Dewi Sandra.
Anak Adalah Amanah
Menurut Dewi Sandra, anak adalah amanah yang besar. Justeru, ibu bapa juga akan bertanggungjawab terhadap segala-galanya mengenai anak selepas dia dilahirkan termasuklah soal pendidikan dan sebagainya.
“Anak itu amanah yang sangat besar. Mungkin Allah tahu saya tak boleh jaga anak, saya akan dipersalahkan oleh anak ini kalau saya tak dapat didik dia, jaga dia.”
Tidak Tahu Lebih Baik
Sebagai seorang manusia, Dewi Sandra berkata dia tidak tahu lebih berbanding Allah SWT. Oleh itu, dia menyerahkan sepenuhnya kepada kehendak Yang Maha Esa.
“Ini adalah pilihan. Tuhan lebih mengenali saya berbanding diri saya sendiri,” katanya.
Tambah Dewi Sandra lagi, sebagai manusia kita perlu kenal diri dan sentiasa bersyukur.
Kata-kata Dewi Sandra turut menarik perhatian warga maya.
Rata-rata mereka memuji jawapan yang diberikannya itu di samping memberi sokongan buat Dewi Sandra.
“Jawapan bijak dik… semua wanita sempurna dalam versi mereka sendiri.”
Hijabista mendoakan semoga Dewi Sandra juga suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah suatu hari nanti.
BACA JUGA: Kacukan Inggeris-Betawi DEWI SANDRA Kini Sukses Sebagai Usahawan Jenama Fesyen Muslimah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulu Gadis Ini Nakal & Selalu Kecewakan Ibu Bapanya, Kini Alhamdulillah Sudah Berubah Jadi Anak Solehah
Isi Kandungan
ToggleRemaja memiliki jiwa yang mudah memberontak dan pada saat ini, mereka masih lagi tercari-cari identiti diri mereka. Pada waktu ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mencorakkan anak-anak dan mengenali rakan-rakan mereka kerana bimbang mereka berkawan dengan individu yang akan memberi impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Hijabista akui agak sukar berdepan dengan remaja yang memberontak ini. Cuma, kita mampu memberi nasihat dan berdoa agar mereka berubah menjadi yang lebih baik.
Mydd Asmida, merupakan anak kedua di dalam keluarga dan mengaku dirinya merupakan anak yang paling degil dalam kalangan adik-beradiknya. Malah, satu diketika dahulu dia akui yang dia pernah mengecewakan ibu bapanya dek kerana sikapnya itu.
Juga pernah alami depression yang agak teruk, gadis ini akhirnya insaf dan kecewa dengan dosa-doa yang dilakukannya satu ketika dahulu. Ikuti perkongsiannya dan semoga ia bermanfaat serta menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
********************************
Nama aku Mydd. Family panggil Angah. Anak yang paling degil dalam ramai-ramai adik-beradik aku. Tapi paling bijak jugak. Gittuuuu. Hahaha.
Aku tak rapat dengan sesiapa pun dalam family aku kecuali ayah. Sebab aku anak ayah. Dengan ibu ni aku tak sependapat. Kalau cakap something, end up mesti bertekak. Aku selalu anggap ibu aku ni pilih kasih. Lebihkan akak adik aku berbanding aku.
Dulu ayah kerja jauh jarang balik so masa aku banyak habiskan dengan kawan-kawan. Keluar lepak sana sini macam orang takde rumah. Rambut macam-macam warna dah aku buat. Kejap lurus, kejap kerinting. Masa sekolah aku dapat biasiswa. So duit banyak.
Banyak Buat Ibu & Ayah Menangis
Ibu memang tak boleh nak kawal aku. Sebab aku ni baran. Aku pernah mengamuk pecahkan tingkap rumah guna tangan. Pernah satu hari ibu marah sangat dia nak tampar aku. Aku tahan & pegang tangan dia. Berlari dia masuk bilik menangis. Waktu itu umur aku baru 15. Punyalah derhaka tahap neraka jahanam.
Tapi dengan ayah aku selalu kena belasah. Sampai lebam birat-birat badan aku. Hanger rotan tali pinggang getah paip penampar penyepak tu semua makanan aku. Penumbuk je belum pernah singgah.
Tapi lepas ayah pukul nanti dia datang balik bawa minyak gamat sapu dekat luka & lebam aku. Sambil nangis ayah minta maaf. Ayah cakap “Kenapa angah kecewakan ayah” Aku diam je buat tak tahu. Hati batu la kononnya.
Aku anak harapan ayah tapi dalam masa yang sama anak yang paling tak guna. Form 2 sumbat masuk asrama bukan makin elok. Makin degil. Fly kesana sini. Akhirnya dibuang & pindah sekolah.
Result SPM Memang Teruk
Dekat sekolah baru lagi laa tak jadi orang. Pergi balik sekolah sesuka hati. Ponteng class ponteng sekolah. Apa je aku tak buat. Belasah orang pun pernah. Ayah sampai dah tak tahu nak buat apa dekat aku ni. Perangai memang lain macam.
PMR teruk-teruk pun aku dapat kaut 5A. Sampai SPM je hancur lebur. Siap ada 1 subject aku absent tak amek. Masatu ayah memang kecewa teruk. Sampai tak bercakap dengan aku. Habis sekolah ayah memang tak bagi kerja. Dia nak anak-anak dia sambung belajar.
Along baik je dengar cakap duduk diam-diam dekat rumah. Aku? Memang tak la. Aku diam-diam pergi cari kerja dengan member aku. So dapat kerja dekat R&R Machap Utara. Masa kerja ni la aku elok sikit. Dah tau susahnya nak cari duit. Dah takde masa nak huha sana sini. So dah timbul rasa tanggungjawab.
Cuba Pulihkan Hubungan Dengan Ibu
Aku try nak pulihkan hubungan aku dengan ibu. Tapi taktau nak buat macam mana. So aku bagi ibu aku duit lauk setiap minggu. Minyak kereta aku selalu isikan. Saja nak amek hati. And alhamdulillah. Walaupun tak rapat tapi lebih dekat berbanding dulu.
Sebenarnya orang tua ni bukan pilih kasih tapi kita yang buat mereka jauh dengan sikap kita. Kasih sayang mereka sama sebab kita adik beradik semua lahir dari rahim yang sama. Dekat setahun jugak laa aku kerja. Lepastu ayah suruh sambung study.
Aku dulu minat nak jadi stewardess. Aku dah apply nak masuk kursus stewardess tapi ayah tak bagi dia nak aku study jugak. Sebab nak tebus kecewa ayah pasal SPM aku, aku apply UiTM. Tak sangka pulak boleh dapat dengan result belacan aku tu.
Mula Bertudung Sejak Usia 21 Tahun
3 tahun study Diploma in Banking. Tanpa pinjaman PTPTN. Masa study aku banyak buat kerja sambilan cari duit tepi duit makan duit shopping. Dari dulu memang pattern aku suka kerja cari duit sendiri. Sebab aku tau ayah tak mampu nak tunaikan semua kehendak aku.
Tahun ketiga study aku start pakai tudung. Umur dah 21 dah mula fikir jauh sikit. Habis study dapat 2 3 offer kerja bank sebab aku ada lebih 1 bahasa tapi semua aku tolak. Ibu marah masa tu cakap aku tolak rezeki tapi aku buat dang je.
Bantu Ayah Berniaga
Aku pilih untuk tolong ayah aku berniaga. Sebab aku pun memang suka berniaga. 2015 tahun yang paling tough untuk aku. Ayah sakit tetibe & need to operate urgently.
Selang berapa bulan saving aku lesap hampir 10 ribu kena rembat. And aku hampir accident bertembung dengan Mercedes sebab terlelap masa drive. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas.
After 1 year ayah dah sihat, dah amek worker & aku pun pergi kerja dekat JB.
Alami Depression Yang Teruk
Setahun dekat JB. Macam-macam masalah aku lalui. 2 kali accident tapi terselamat & I’m also suffer from depression. I hurt myself didn’t go to work can’t eat can’t sleep smoke drunk lost weight and so on. Lepas tau keadaan aku ayah bawa aku balik.
That time ayah kecewa but he still try tenangkan aku. Try to be my listener. Ayah taknak aku rasa keseorangan. Ibu also cry a lot. Masa aku balik rumah ibu peluk aku. Sambil nangis and she said “kurusnya angah. Kenapa anak ibu jadi macam ni” 24 tahun aku hidup aku tak pernah tengok riak muka ibu ayah aku sesedih tu.
Bawa Diri Ke Australia
Setiap kali bangun malam Tahajjud, aku menangis bila fikirkan dosa-dosa aku & aku dah banyak kecewakan ibu ayah, aku tak pernah buat diorang bangga and I don’t wanna do this anymore. Sampai bila aku nak jadi anak tak guna?
So aku decide untuk tinggalkan carrier, family and bawa diri ke Australia to recover myself. Alone. At first ayah tak bagi pergi, mungkin risau dengan keadaan aku. But I told him I’m really in pain and I need to go. So he let me go with tears.
Sebelum pergi aku minta ampun dekat ibu ayah. Atas semua dosa-dosa aku. Aku selalu buat diorang menangis. Minta halalkan semua. Minta restu & redha mereka. Semoga urusan aku di sana dipermudahkan.
Today, aku tak berani nak cakap aku pulih sepenuhnya but I’ve got a lot of improvement. I live my life happily and balas jasa orang tua aku dari jauh. Bila dah duduk jauh hubungan dengan family pun makin erat.
Hargai Jasa Ibu Bapa
Appreciate laa orang tua kita. Jaga sakit pening mereka balas jasa mereka sementara ada peluang. Jangan sesekali tinggi suara melawan memberontak or sakitkan hati mereka. Jangan buat mereka menangis.
Mereka la satu-satunya insan yang tetap terima kita walau seteruk mana pun perangai kita. Bila ibu ayah tak redha dengan kita, Allah pun tak redha. Maka hilanglah keberkatan hidup kita.
Betapa kucar-kacirnya hidup aku selama 24 tahun. Ditimpa macam-macam musibah & masalah. Akhirnya aku jumpa ketenangan dalam keredhaan ibu ayah aku.
Dalam Al-Quran pun banyak kali Allah sebut berbuat baiklah kepada ibu bapa dalam surah Luqman, Al Baqarah, Al Isra’, An Nisa & banyak lagi surah-surah lain.
Kalau ada buat salah cepat2 minta ampun minta maaf. Sebab kalau ada yang mereka simpan dalam hati & tak maafkan kita nescaya Syurga Allah tak halal untuk kita. Nauzubillahiminzalik.
Kesilapan Jadikan Anda Individu Yang Lebih Baik
This is very first time aku dapat message feeling-feeling macam ni dengan ibu ayah. Sebelum ni memang tak la. Message bila ada hal penting je. Meleleh jugak laaa air mata. That’s why laaa kadang jarak ni bukan memisahkan tapi lebih kepada menyatukan.
Terima kasih ibu ayah sebab tak pernah putus asa jaga anak tak guna ni. Angah sayang ibu ayah. So guys, it’s okay to make mistakes even big mistakes, but make sure you learn from them. Because mistakes have the power to turn you into something better than you were before.
Sumber: Facebook Mydd Asmida
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Antara Cinta & Pengkhianatan, House Of Gucci Serlahkan Lakonan Mantap Lady Gaga
Bakal ditayangkan pada 13 Januari ini, filem House of Gucci membuka panggung sinema tahun ini dengan kisah cinta, pengkhianatan dan dendam dalam kisah jenama empayar fesyen terhebat iaitu Gucci.
Filem ini penuh dengan emosi yang sarat ditambah pula dengan persembahan lakonan mantap daripada Adam Driver sebagai Maurizio Gucci dan Lady Gaga (Patrizia Reggiani).
Ia diadaptasi daripada novel The House of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed oleh Sara Gay Forden pada tahun 2001.
Kredit juga semestinya harus diberikan kepada Jared Leto yang membawakan watak sebagai Paolo Gucci. Sis hampir-hampir tidak mengenalinya dek kerana 100% perubahan penampilannya dan juga pembawaan karakter yang sungguh berlainan dan meyakinkan.
Walau bagaimapun, plot filem ini bergerak agak perlahan dan menuntut sedikit kesabaran untuk menanti ke detik akhirnya. Hiks!
Apa-apa pun, jangan lupa saksikan filem House of Gucci di pawagam seluruh negara bermula 13 Januari ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Makan Kuih Bakar? Jom Cuba Cara Moden Yang Lebih Mudah & Sihat Ini!
Isi Kandungan
ToggleAnda penggemar tegar kuih bakar tradisional yang mempunyai rasa lemak manis, ditambah dengan keharuman ekstrak pandan serta garing diluar, lembut dan gebu di dalam.
Pernah tak sis rasa risau, bila selalu sangat makan kuih bakar untuk tea time, nanti bertambah berat badan, sebab kalori yang ada dalam sebiji kuih bakar ni agak tinggi juga tau. Jadi Hijabista cadangkan sis cuba masak kuih bakar kegemaran sis gunakan teknik moden yang lebih sihat ni!
Kuih Bakar Cara Moden
@aelyjamaluddin Kuih Bakar AirFryer jer. #myfoodie #kongsiresepi #kuihlegend #kuihbakarpandan ♬ Bloom (Bonus Track) – The Paper Kites
Sumber Video: TikTok Im Not A Chef
Sebenarnya mudah je nak buat kuih bakar cara moden ni sis! Tak perlu ‘Get Your Hands Dirty’ cuma perlu gunakan peralatan memasak yang canggih dan menjadi idaman setiap suri rumah tangga seantero dunia iaitu Air Fryer. Dah lah mudah, masa memasak kuih bakar pun lebih singkat tau! Di bawah ini, Hijabista kongsikan resipi untuk sis cuba buat kuih bakar moden ni sendiri di rumah masing-masing.
Resipi Kuih Bakar ‘Air Fryer’
Artikel berkaitan: Resipi Kentang Bakar Berempah Guna Air Fryer, Alternatif Masak Tanpa Guna Banyak Minyak
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat atau 1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara Memasak:
1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang.
2.Bancuhan ini boleh menghasilkan dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar ia secara berasingan.
3.Masukkan ke dalam Air Fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.
- Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.
Sumber Resipi: Meta Raisah Rashid
Mudah Disediakan & Lebih Sihat!
Sumber Gambar: Sinar Harian Plus
Selain memudahkan penyediaan, kuih bakar Air Fryer ini juga mesra diet dan rendah kalori tau sebab peralatan memasak yang canggih dan moden ni, membolehkan para hijabi semua memasak pelbagai jenis hidangan makanan dengan penggunaan minyak yang sedikit. Contohnya, jika sis nak masak ayam, daging dan ikan pun disarankan untuk menggunakan Air Fryer ni terutamanya untuk mereka yang sangat menjaga pemakanan dan mementingkan gaya hidup sihat.
Malah, yang lebih menarik lagi apabila Air Fryer ni cukup mudah untuk dibersihkan, jadi tak perlu pening-pening kalau sis tak suka basuh peralatan memasak yang berkerak tebal lepas digunakkan. Air Fryer tidak meninggalkan kerak tebal dan amat mudah untuk dicuci serta didatangkan khas bersama dulang mudah tanggal.
Dah tau cara nak masak Kuih Bakar moden kan? Lepas ni boleh lah sis nikmati Kuih Bakar Air Fryer bila-bila masa je, dah la senang nak buat dan yang paling penting lebih sihat!
Artikel berkaitan: Nak Beli Air Fryer Sebab Minyak Masak Naik Harga? Baca Dulu Fakta Ahli Kimia Ini Kongsi
Sumber: TikTok Im Not A Chef, Meta Raisah Rashid & Sinar Harian Plus
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI