Melihat ibu kita tersenyum kegembiraan memang sesuatu yang indah. Apatah lagi, jika kita merupakan punca disebalik senyuman itu.
Seperti yang dilakukan oleh Fatin Syahira Samsuri atau lebih mesra dipanggil Mira, dia telah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Dato Seri Siti Nurhaliza yang akan berlangsung tidak lama lagi.
My mom’s reaction when i surprised her with @ctdk’s concert tix! Dah sebulan dah beli, penat jugak tahan diri nak surprise tiket ni haha. Niat nak beli platinum tiket sebab lebih senior citizen friendly, lebih selesa untuk mama tapi dah habis ? It’s okay! My mom is still the happiest cutie which makes me so happy!
#anakberanakdrama #sitinurhalizaontour#bigfan #countingdays @fiza1209Seronokkan rasanya apabila melihat orang yang kita sayang tersenyum bahagia! Banyak cara sebenarnya untuk kita membalas jasa dan menggembirakan mereka yang tercinta. Tidak kiralah besar ataupun kecil, yang penting kita usaha dan abaikan kata-kata negatif orang sekeliling. Janji kita happy!
Didoakan agar Mira dan keluarga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Amin.kredit: instagram @mirasamsurii