Melihat ibu kita tersenyum kegembiraan memang sesuatu yang indah. Apatah lagi, jika kita merupakan punca disebalik senyuman itu.
Seperti yang dilakukan oleh Fatin Syahira Samsuri atau lebih mesra dipanggil Mira, dia telah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Dato Seri Siti Nurhaliza yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Reaksi ibunya sememangnya sangat comel dan membuatkan netizen yang melihatnya turut berasa gembira dan sebak.
Ibu memang peminat setia Dato Seri Siti Nurhaliza!
My mom’s reaction when i surprised her with @ctdk’s concert tix! Dah sebulan dah beli, penat jugak tahan diri nak surprise tiket ni haha. Niat nak beli platinum tiket sebab lebih senior citizen friendly, lebih selesa untuk mama tapi dah habis ? It’s okay! My mom is still the happiest cutie which makes me so happy! #anakberanakdrama #sitinurhalizaontour#bigfan #countingdays @fiza1209
Video ini juga terus tular hinggakan penyanyi no.1 negara itu sendiri komen di laman sosialnya dan memuat naik kembali video tersebut di akaun Instagramnya @ctdk.
‘Mata masuk habuk’- Tok Ti
Seronokkan rasanya apabila melihat orang yang kita sayang tersenyum bahagia! Banyak cara sebenarnya untuk kita membalas jasa dan menggembirakan mereka yang tercinta. Tidak kiralah besar ataupun kecil, yang penting kita usaha dan abaikan kata-kata negatif orang sekeliling. Janji kita happy! Didoakan agar Mira dan keluarga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Amin.
kredit: instagram @mirasamsurii
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI