Tak terasa, Ramadan semakin menuju ke penghujung dan Syawal pula bakal menjelang. Inilah masa yang dinanti-nantikan—bukan sekadar untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga untuk berkumpul dengan keluarga dan mengeratkan silaturahim. Lebih istimewa, suasana raya pasti bertambah meriah dengan hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga!
Raya kali ini, NJOI ada menawarkan kejutan istimewa khas buat pelanggan setia NJOI. Anda boleh NJOI sehingga RM35 kredit percuma tau!
Hiburan Raya Yang Menghidupkan Nostalgia & Gelak Tawa
Bagi pencinta muzik, tahun ini ada MagiSiti, sebuah persembahan istimewa dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang penuh dengan elemen kejutan dan magis. Tak cukup dengan itu, peminat rancangan realiti boleh menikmati Gegar Vaganza Specials, di mana barisan penyanyi legenda bakal mengubat rindu dengan lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ramai.
Bagi yang gemarkan hiburan ringan, Sepahtu Kecoh Beraya menjanjikan gelak tawa tanpa henti dengan lawak spontan dari Jep, Rahim dan Pak Ya! Tak lupa juga, Rapun bakal mengisi pagi raya anda dengan emosi yang bakal meruntun jiwa para penonton.
Mudahnya Hiburan Raya – Hanya Dengan Satu Aplikasi!
Siapa kata nak nikmati hiburan raya kena keluar duit banyak? Dengan My NJOI App, anda boleh NJOI sehingga RM35 kredit percuma untuk menonton rancangan kegemaran sepanjang musim perayaan ini! Hanya perlu:
Bukan itu sahaja, NJOI turut menawarkan Family Pack serendah RM1 sehari—memudahkan anda menikmati pelbagai rancangan tanpa perlu risau tentang kos tambahan. Selain program-program raya yang hebat, anda juga boleh NJOI rancangan tempatan dan antarabangsa yang lain menerusi lebih 50 saluran!
Jangan Terlepas! Kempen Ini Berakhir 30 April 2024
Syawal hanya datang sekali setahun, jadi jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan hiburan terbaik bersama keluarga. Pastikan anda tebus kredit percuma dan nikmati rancangan menarik sepanjang musim perayaan ini!
Muat turun My NJOI App sekarang & nikmati hiburan tanpa batasan!