Pejam celik, pejam celik, tinggal beberapa hari lagi menjelang Raya. Dalam waktu terdekat ni, sis sempat lagi singkap rahsia kulit glowing dan sihat bermaya. Gunakan Hada Labo Hydrating Water Gel terbaharu ini sebagai booster kulit mantap berasaskan kaedah ‘Cara Kecantikan Wanita Jepun’.
Menyedari cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, ditambah lagi bulan Ramadan dan stres harian, kulit muka pun jadi kering serta mendatangkan masalah lain. Antaranya kulit sensitif, nampak kusam, garis-garis halus dan tekstur kasar. Nak mekap pun jadi satu hal, tak lekat, kan?
Jangan pening sis! Ada cara mudah nak selesaikan masalah ni. Rahsianya, jangan skip pakai pelembap… Pilihan Hijabista tentulah Hada Labo Hydrating Water Gel
yang dipermajui dengan pelbagai khasiat.
PELEMBAP YANG ON-POINT
Ada yang beranggapan, “Eh, kulit sis dah macam kilang minyak, nak pakai pelembap lagi ke?” Jawapannya, yes! Kulit berminyak atau kering, kedua-duanya perlu pelembap untuk mengimbangi semula dan menyihatkan dari dalam kulit.
Yang kulit berminyak atau kombinasi, pilih pelembap bertekstur gel, sebab ia ringan dan tak buat kulit rasa berat.
Cara Pilih Pelembap Ikut Jenis Kulit
Sis mesti cari pelembap dengan formulasi yang ada lembapan mendalam, menyamankan serta menguatkan rintangan kulit – ini penting untuk kulit yang glowing!
Tambahan lagi, kalau ada perlindungan ekstra macam anti-blue light, lagi best. Cahaya biru ni, musuh senyap yang buat kulit kita cepat tua, tau!
HERO RAYA PREP
Nak kulit yang glow-up macam bintang raya? Hada Labo Hydrating Water Gel inilah rahsianya! Diperkaya dengan 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ceramide, ia mampu mengunci lembapan jauh ke dasar kulit. Memang cukup sempurna untuk menyihatkan kulit sis sebelum Raya nanti.
Dengan teksturnya yang berasaskan gel dan ringan tu, cukup sesuai untuk sis yang memiliki kulit berminyak atau kombinasi. Sapu je, terus meresap, takde rasa melekit atau berminyak. Kulit rasa fresh dan lembap je.
Ia juga ada Ekstrak Kaktus yang kaya dengan antioksidan, sesuai untuk menyamankan kulit dan melindunginya daripada kerosakan. Ia juga mengandungi 2 prebiotik untuk menguatkan barrier kulit dan Carnosine yang melindunginya daripada blue light.
Hada Labo Hydrating Water Gel ini juga menepati ‘Cara Kecantikan Wanita Jepun’ yang semula jadi dan ringkas digunakan – bebas alkohol, paraben, pewangi, minyak mineral, MIT dan Diglycol. Jadi, jom bersiap sedia untuk Raya dengan kulit yang lembap, glowing, dan sihat!
Tunggu apa lagi, ayuh dapatkan set Hada Labo anda sekarang di Watsons, Shopee (link https://shopee.com.my/mymentholatum) dan Lazada (link https://www.lazada.com.my/shop/my-mentholatum). Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo
#HadaLaboMalaysia
#HadaLabo
#HydratingWaterGel
#BrightGlowingSkin
#JapaneseWayOfBeauty
#HadaLaboRayaGlow