Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, pengacara dan usahawan paling Berjaya tahun ini, Neelofa. Gaya hidupnya yang aktif membuatkan selebriti cantik sentiasa terdedah dengan panahan matahari, habuk dan apa sahaja kotoran ketika berada di luar. Namun kita lihat Neelofa begitu bijak sekali menjaga kecantikan dirinya dan memastikan dia sentiasa ‘on point’ setiap kali berselfie. Apa rahsia gadis berusia 28 tahun ini untuk kekal cantik, sihat dan paling penting bertenaga.
Dalam satu temubual dalam majalah tempatan, Neelofa memberitahu rahsianya untuk kekal muda adalah dengan minum banyak air
kosong. Dia mengamalkannya sejak 2009 lagi ketika itu dia berusaha untuk menurunkan berat badan.Apabila tekak sudah biasa minum air kosong dan tidak mahu minum air lain. Dan menurutnya juga air kosong itu sebenarnya sangat ‘refreshing’. Pesanannya lupakan sahaja air manis dan tumpukan saja pada air kosong yang memang memberi tenaga kepada kita.
Manakala dalam soal rejim penjagaan kulit pula, selebriti kelahiran Kelantan ini mengakui banyak menggunakan alat solek. Justeru dia akan memastikan setiap kali habis kerja, Neelofa akan mencuci muka dengan cleansing oil dan dia juga turut mengambil suplemen.
Selain itu, rahsia Neelofa kekal cantik dan jelita adalah kerana dia melakukan rawatan mandi ais (ice therapy) di Shah Alam. Menurutnya, dia akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala dengan baldi yang berisi air dan ais yang sejuk. Rawatan ini sebenarnya dapat membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Malah perbezaan kulit juga nampak berbeza selepas rawatan dan segar walaupun tanpa mengenakan solekan.
Untuk mengekalkan stamina dan kecergasan, usahawan popular ini juga turut bersenam di gim. Neelofa juga gemar bermain badminton, berenang dan juga kick boxing. Biasanya dia akan melakukan semua senaman sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.
Dan walaupun berhijab, Neelofa juga turut mementingkan penjagaan rambutnya. Oleh kerana tiada masa ke salun, jadi dia akan membeli produk yag agus untuk rambutnya. Dia juga menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: #OOTD Neelofa Paling Stailo 5 Tahun Di MELETOP
SUMBER: EH
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA