Rambut yang sihat, panjang dan indah adalah impian setiap wanita. Tetapi terdapat banyak masalah rambut yang menghalang pertumbuhan rambut kita. Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh wanita ialah kelemumur.
Kelemumur adalah masalah kulit yang menyebabkan kulit kepala kering dan gatal. Ia menjadikan rambut anda kelihatan kusam dan kasar, sekali gus membantutkan pertumbuhan rambut. Kelemumur menjadi lebih teruk dengan perubahan cuaca dan ia sangat sukar untuk ditangani. Kulit kepala yang kering dan mengelupas boleh menyebabkan keguguran rambut dan memburukkan lagi keadaan.
Masker rambut buatan sendiri ini untuk menghilangkan kelemumur anda, jom lihat resipinya:
Masker Rambut Yogurt Amla
Anda perlu:
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar jus lemon
Setitis minyak pokok teh
1 sudu besar serbuk amla
Cara untuk membuat:
Ambil 2 sudu besar. yogurt ke dalam mangkuk. Tambah sudu besar. serbuk amla.
Akhir sekali masukkan 1 sudu besar. jus lemon dalam campuran.
Sekarang, tambahkan beberapa titis minyak pokok teh dan campurkan semuanya dengan baik.
Anda boleh menambah sedikit air untuk menjadikan topeng rambut menjadi pes yang licin.
Masker Rambut Cuka Neem & cider epal
Ads
Anda perlu:
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar cuka cider epal
Setitis minyak kelapa
1 sudu besar serbuk daun neem
Cara untuk membuat:
Ambil 2 sudu besar yogurt ke dalam mangkuk. Tambah sudu besar. serbuk daun neem ke dalamnya.
Akhir sekali masukkan 1 sudu besar. cuka sari apel dalam campuran.
Sekarang, tambahkan beberapa titis minyak kelapa dan kacau semuanya dengan baik.
Masker sedia untuk digunakan.
Cara menggunakan masker
Bahagikan rambut anda ke bahagian tengah.
Mula menggunakan masker rambut pada akar rambut dan gunakan sepanjang rambut anda.
Biarkan selama 25-30 minit.
Bilas masker dengan air dan basuh rambut dengan syampu lembut.
Gunakan masker rambut ini sekali seminggu untuk hasil yang baik.
Faedah Masker Rambut Buatan Sendiri:
Yogurt
Yogurt penuh dengan protein yang menyuburkan rambut dan bagus untuk membersihkan kulit kepala dan membersihkan sel kulit mati. Ia mempunyai nutrien hebat yang boleh membantu proses pertumbuhan rambut anda. Ia juga mempunyai sifat melicinkan yang menambah kilauan pada rambut.
Ads
Jus lemon
Jus lemon kaya dengan vitamin C. Ia membantu dalam membersihkan kulit kepala dan menyumbat folikel rambut. Vitamin C adalah sumber yang hebat yang membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut.
Cuka Epal
Cuka sari epal kaya dengan vitamin dan mineral yang baik untuk rambut dan kulit kepala. Ia mengandungi asid alpha-hydroxy yang membantu mengelupas kulit kepala dan mempunyai ciri anti-radang yang boleh membantu dengan kelemumur. Ia juga membantu dalam mengekalkan keseimbangan pH dan membasuh bakteria.
Amla
Ads
Amla membantu dalam mencegah kelemumur, menguatkan folikel rambut, dan meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala. Ia juga mempunyai sifat penyaman semula jadi. Ia adalah tonik yang hebat untuk rambut.
Daun Neem
Neem terkenal dengan khasiat perubatannya dan merupakan herba yang berkesan untuk rawatan rambut gugur. Ia membersihkan kulit kepala secara mendalam dan menghalangnya daripada mengelupas.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertuah sungguh Biduanita Negara kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun dirai dalam sebuah majlis yang cukup meriah dan mewah baru-baru ini.
Majlis tersebut dihadiri ramai barisan selebriti dan insan-insan ternama tanah air.
Salah seorangnya ialah Datuk Faridah Hanim Haron atau terkenal dengan panggilan Ibu Hanim. Beliau terkenal sebagai ‘guru’ kepimpinan dan organisasi yang banyak mendidik para usahawan dan peneraju pelbagai cabang empayar niaga menggapai kejayaan.
Malah, figura yang berusia hampir 60 tahun ini turut menitipkan kata-kata bermakna buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ibu Hanim memuat naik satu video pendek bersama kata-kata bermakna itu di Instagramnya.
“Selamat ulang tahun kelahiran, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, permata seni yang tiada tandingan. Dalam perjalanan hidup ini, Ibu menyaksikan keindahan yang Dato’ Sri bawakan, bukan sekadar suara yang menyentuh jiwa, tetapi akhlak yang menyentuh hati.”
Ibu Hanim turut menganggap Dato’ Sri Siti Nurhaliza seorang wanita istimewa kerana sentiasa merendah diri biarpun namanya kini berada di puncak kegemilangan.
“Meski nama meniti setinggi langit, wanita istimewa ini tetap merendah ke bumi, mendekati insan dengan kasih sayang dan rendah hati. Inilah keindahan sejati biduanita negara, bersinar tanpa melukai, menyinari tanpa menghilangkan cahaya orang lain.”
Titip bu Hanim buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza agar terus menghasilkan karya terbaik yang menyentuh jiwa semua.
“Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih Nya, memberkati usia yang bertambah ini dengan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan. Teruskan menyentuh hati kami semua dengan karya yang tulus dan jiwa yang ikhlas.”
Di akhir posting, Ibu Hanim menitip doa buat artis nombor satu negara ikesayangan ramai itu.
“Ibu mendoakan agar setiap langkah Dato’ Sri diberkati, setiap impian tercapai dan setiap usaha menjadi asbab kebaikan kepada semua.
“Selamat hari jadi, bidadari seni tanah air. Semoga langit terus memeluk doa-doa baikmu.”
Untuk info, lebih 20 tahun menimba pengalaman dalam bidang pembelajaran dan pembangunan organisasi, Ibu Hanim meraih pengiktirafan selaku fasilitator profesional bertauliah yang berperanan menyelesaikan isu kompleks di dalam sesebuah syarikat.
Beliau memiliki kelulusan dalam Master in Business Administration (MBA) in Entrepreneurship dari Australian Institute of Entrepreneurship.
Kemampuan Ibu Hanim bukan sebarangan kerana berdasarkan latar belakang karier terdahulu, beliau satu-satunya Pakar Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan yang berjaya melakukan pelbagai perubahan kepada beberapa anak syarikat PETRONAS.
Usai tamat perkhidmatan di PETRONAS, Ibu Hanim dilantik sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membina kualiti pemimpinnya.
Atas komitmen yang ditunjukkan, beliau menerima pengurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, pada tahun 2017.
Enggan berhenti menabur bakti kepada masyarakat dan mahu memartabatkan anak bangsa di persada dunia, Ibu Hanim menubuhkan syarikat organisasi dan kepimpinan miliknya iaitu Annems Leadership Solution (ALS) Sdn Bhd pada 4 Ogos 2015.
Selama tujuh tahun dalam industri, ALS berjaya melahirkan ratusan usahawan berjaya dan berilmu menerusi program Business Sustainability Solution (BSS).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sedar atau tidak di pembungkusan kosmetik yang anda gunakan ada simbol-simbol tertentu yang menyimpan informasi penting? Beberapa simbol yang ada di pembungkusan kosmetik terdapat informasi tarikh luput, kandungan dalam kosmetik dan informasi yang anda sedia maklum.
Namun ada lagi simbol-simbol yang penting wajib anda ambil tahu agar wajah atau anggota badan anda rosak atas kecuaian dan terlepas pandang maksud-maksud simbol yang terdapat informasi mengenai produk tersebut.
Berikut erti simbol yang tertera di pembungkusan kosmetik yang disiarkan dari bustle.com
Simbol pembungkusan kosmetik yang pernah anda lihat seperti 6M, 12M ataupun 16M itu menandakan PAO (Periode After Opening) atau jangka waktu setelah bungkusan dibuka.
Huruf M dibelakang angka tersebut menandakan months atau bulan.
Jadi apabila tarikh kosmetik anda tertulis Tarikh luput 25 Julai 2027 dengan simbol 6M, ertinya setelah dibuka produk ini hanya boleh digunakan sehingga 6 bulan. Namun bila kosmetik belum dibuka, maka produk boleh bertahan sampai tarikh luput iaitu 25 Juai 2027.
Ingat, bagi anda mahu beli kosmetik prelove atau share in jar, sebelum membeli tanyakan tarikh pembungkusan kosmetik dibuka ya!
Simbol arnab melompat ini menandakan bahawa kosmetik tidak diuji pada haiwan. Label ini bukan sekadar dituntut, kerana label ini diguna pakai pada peringkat antarabangsa.
Simbol “arnab melompat” ini terdapat pasa vegan kosmetik, seperti Alba Botanica, AB Skincare, Amber Budd Skincare, dan lainnya, boleh juga rujuk di https://www.leapingbunny.org/guide/brands
Sebenarnya, simbol yang berhubungan dengan haiwan bukan hanya leaping bunny sahaja , ada juga “Animal Cruelty Free”, dan “No Animal Testing”. Berikut adalah perbezaannya:
Simbol jam pasir pada pembungkusan kosmetik menunjukkan lama penggunaan produk yang hanya bertahan selama 30 bulan, baik setelah pembungkusan dibuka atau belum.
Simbol ini, bermaksud anda boleh baca informasi lengkap mengenai produk pada lembaran di dalam pembungkusan.
Dari gambarnya saja sudah kelihatan maksudnya, produk kosmetik dengan simbol “Api” ini menandakan produk mudah terbakar. Jadi bila ada simbol “api”, pastikan disimpan dalam suhu ruangan yang betul! Simbol “api” sering ada pada produk yang mengandung alkohol, seperti pembersih kuku atau aseton.
Simbol ini juga dikenal dengan lambang “estimasi”. Huruf “e” menandakan bila pembungkusan sesuai dengan peraturan negara Eropa, yang menerangkan berat produk sesuai yang anda dapatkan.
Menandakan setidaknya 95% dari formula produk mengandung bahan alami. Kadang-kadang anda akan bertemu dua logo. Satu bermaksud ‘Organic Cosmetic’ yang bererti 95% bahan alami berasal dari pertanian organik. Juga ada yang ‘Natural Cosmetic’ yang bererti kurang dari50%.
Simbol ini menandakan bererti pembungkusan yang digunakan pada kosmetik anda dibuat dari bahan kitar semula. Selain itu menandakan pembungkusan kosmetik boleh dikitar semula. Sangat mesra pengguna.
Logo ini menandakan kalau perusahaan produk kosmetik termasuk dalam bahagian skema kitar semula yang besar negara Eropa. Selain itu jenama produk kosmetik yang memiliki simbol Green dot juga menandakan bahawa produk kosmetiknya mematuhi peraturan pembaziran pembungkusan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah breakout memang mengerikan lebih-lebih jika diserang datang tanpa diduga. Macam-macam cara cuba dilakukan untuk mengatasinya. Namun sebelum kena tidak ada salahnya kita mencegahnya sebagai peringatan. Perkongsian dari Fyza Syah ini yang memberitahu punca berlakunya masalah breakout yang ramai tak tahu dan cara untuk mengatasinya.
Moga perkongsian yang dibuat di laman sosial facebook akan memberi manfaat buat hijabi.
Ramai tak tahu yang kulit breakout tu boleh datang dari pelbagai punca. Kulit rosak memang buat kita murung berbulan lamanya. Sebab tu kita kena tau dari mana punca sebenar dia jadi breakout kan.
Kat sini Kak Fyza kongsikan antara punca kulit rosak, berjerawat lagi-lagi untuk korang yang kulit jenis super-sensitip tu. Moga bermanfaat dan boleh jadi panduan untuk korang.
Walaupun punca kulit breakout tu datang dari pelbagai arah, tapi mekanisme atau cara kejadian dia tetap sama. Secara asas la kan, bila kulit kita terlebih hasilkan minyak, dia akan tutup liang pori. Tu yang buat liang pori jadi tersumbat.
Lagi parah bila sejenis kuman jerawat yang kita panggil dia P.acnes, akan duduk bersama-sama membiak dalam liang pori yang tersumbat tu.
Kat sini la pentingnya kita kena elakkan kulit terlebih hasilkan minyak sampai buatkan liang pori tersumbat dan akhirnya berjerawat. Rajin bersihkan muka tu dah pasti, tapi kena pilih produk berdasarkan kandungan dalam produk tersebut.
Kandungan dalam produk itu sendiri yang memainkan peranan untuk hasilkan minyak berlebihan pada kulit muka taw.
Antaranya:
Salah satu punca ialah kandungan seperti minyak mineral yang biasanya ada dalam bedak, krim kecantikan atau set mekap kita. Mineral oil ni bagus untuk lembapkan kulit, tapi sebab dia agak heavy sehingga boleh buat kulit tersumbat dan berjerawat.
Silikon pon sama jugak. Kak Fyza memang sedaya upaya elakkan produk muka yang ada silikon. Baca je kandungan bahan dalam produk yang kita nak beli tu. Kalau dia tulis ‘silicon-free’, itu pilihan terbaik
Silikon ni pon biasanya ada dalam foundation ber SPF tinggi, dan sangat menyumbat liang pori. Produk yang ada silikon biasanya dia tidak wuduk friendly. Air sembahyang memang tak meresap sempurna ke dalam kulit.
Nak cuci kena guna mekap remover. Kena bersihkan betul-betul untuk elak jerawat naik. Lagiii, penggunan berterusan produk bersilikon akan rosakkan kulit muka, kulit jadi kusam, pigmentasi yang tak sekata dan wajah cepat nampak tua.
Untuk korang yang suka bermekap heavy, Kak Fyza syorkan rajin buat facial treatment dekat spa. Kalau tidak, bahan seperti mineral oil dan silikon yang kebanyankan ada dalam mekap memang senang sangat buat kulit jadi berjerawat dan kusam
Makanan berempah yang ada tomato dan lada, ada kandungan asid lycopene. Asid ni akan rendahkan ph kulit kita. Setengah orang kulit dia lebih mudah luka atau merengsa.
Namun, setengah orang pulak lebih sensitif dengan makanan berasaskan susu, roti, bergula tinggi. Yang ni kan, korang kena check balik, sebab badan kita tak sama bagi tindak balas.
Mana-mana produk pencuci, biasa kandungan utama dia ialah sulfates (agen pencuci), silikon dan agen pelembap yang kuat. Bahan macam ni akan buat kulit mudah tersumbat dan akhirnya berjerawat.
Sebab tu kalau korang perasankan, belakang badan kita ada jerawat nasi. Kat bahagian dada, dan kulit kepala pon sama banyak jerawat nasi. Ni lah punca dari bahan kimia dalam syampu dan pelembap rambut.
Ramai salah faham yang bila guna scrub je, mesti nak sental kuat-kuat. Konon nak hilangkan jerawat nasi dan minyak. Korang kena take note yang scrub ni adalah urutan lembut pada wajah untuk buang sel kulit mati dan bersihkan kulit dari segala minyak dan lebihan bedak dan habuk.
Bila kita gosok terlalu kuat dan kasar, kita sebenarnya dah buat jerawat yang tengah aktif tu lebih radang dan kita sebarkan kuman jerawat kat muka. Ingat taw, fungsi scrub untuk detoks kulit kusam dan singkir lebihan minyak, bukan untuk pecahkan jerawat.
Boleh pakai scub waktu kulit berjerawat, tapi ada cara yang betul dan berkesan, okay?
Macam tak logik tapi sangat betul dan realistik. Sebab bulu dari janggut atau misai pasangan kita ni bersifat tajamkan. Bila terkena muka isteri, berlaku geseran antara jambang ke misai tu kann. Geseran ni la yang akan rangsang minyak dari kulit terhasil sampai buat kulit naik jerawat dan blemish. Kalau nak tau, geseran tu jugak boleh buat janggut suami jadi burn.
Kalau korang merokok, harap ketahuilah yang rokok bukan setakat karsinogen atau agen penyebab kanser, tapi jugak buat kulit korang breakout!
Asap rokok tu sendiri akan pecahkan jaringan kolagen dalam kulit. Kulit jadi kering dan lebih cepat nampak tua. Saiz pori membesar, kedutan lebih banyak dan bagi setengah orang lain, kulit dia akan jadi lebih berminyak sehingga tercetusnya jerawat yang banyak.
Mungkin dah ramai yang tahu memicit jerawat buat jerawat makin jadi teruk kan. Bukan setakat jerawat makin bengkak dan merah, tapi dia akan tinggalkan kesan parut yang lebih dalam. Parut ‘dalam’ ni lamaaa nak hilang taw.
Mungkin jugak korang dalam cubaan nak keluarkan nanah atau minyak dalam jerawat tu, tapi cara ni sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Sebab, bila kita cuba keluarkan nanah dari liang pori tadi, kita jugak berisiko untuk sebarkan kuman lebih dalam ke bawah kulit. Akhinya jerawat dari sikit jadi semakin banyak berganda
Stress dan jerawat berpisah tiada. Bila stress, muka naik jerawat. Bila naik jerawat, kita jadi bertambah stress. Memang sangat berkaitan dan jadi kitarankan.
Bila stress, kita sendiri yang akan menggalakkan hormon jahat yang dipanggil hormon cortisol dalam badan. Hormon cortisol pulak akan merangsang kelenjar minyak untuk hasilkan lebih banyak minyak sehingga buat liang pori muka tersumbat.
Pencuci atau sabun pakaian biasanya mengandungi bahan kimia yang ‘keras’ untuk kulit kita. Bila kita nak salin baju atau baring pada bantal, kulit kita sebenarnya bereaksi dengan sisa detergen yang masih terlekat pada pakaian atau sarung bantal tadi. So, kulit naik ruam atau muka naik jerawat.
***********
Pilih produk yang berlabel ‘non-comedogenic’, bermakna dia tidak menyebabkan kulit jadi allergi, mempunyai formula khas yang tidak sumbat liang pori wajah. Kalau ada tulis kat situ ‘demertalogy tested ‘ lagi bagus.
Korang boleh stop dulu makanan pedas dan berempah selama sebulan. Biasanya kalau tak sesuai dengan kandungan rempah dalam makanan, jerawat nasi atau ruam mudah naik kat sekitar mulut dan dagu. So, cuba rehat dari makanan pedas berempah untuk kenal pasti betul-betul punca dia okayyy.
Waktu mandi, selepas cuci rambut dengan syampu, masa nak bilas dengan air tu cuba palingkan kepala dan rambut supaya buih-buih syampu tu tak kena secara langsung pada muka dan badan. Senang kata, sewaktu bilas, tundukkan kepala dan biarkan rambut berjuntai ke bawah.
Air cucian tu akan terus turun ke lantai, tak mengena pada muka dan badan.
Atau korang boleh beralih pada syampu santan yang banyak sekarang ni yang lebih organik dan banyak khasiat .
Ketika kulit sedang berjerawat, jangan disental denfan scrub. Sebaliknya, korang boleh jadikan scrub tu macam masker. Lepas sapu keseluruh muka, biarkan lama sikit beberapa minit. Bagi zat dalam scrub tu meresap pada kulit dan percepatkan jerawat kecut.
Kalau jerawat dah mula kering selepas beberapa hari, barulah boleh gosok dengan lembut scrub tu kat muka. Scrub penting untuk pastikan kulit betul-betul bersih dari sisa kotoran, kurangkan minyak dan galakkan sel kulit baru tumbuh
Part ni, korang boleh mintak la suami cukur bulu kat muka dia. Slow talk okay. Tau yang janggut itu sunnah nabi, tapi kalau benar itu satu-satunya punca muka senang breakout, tak salah pasangan mengalah sikit untuk si isteri. Kesian kat isteri stress, keluar duit lagi nak rawat muka. Bantu isteri korang ok.
Alternatif lain, boleh je nak sapu minyak kelapa pada janggut suami ketika ‘intim’ bersama. Ini untuk kurangkan kesan ‘tajam’ bulu janggut tu menikam kulit muka isteri.
Untuk lelaki yang merokok, nak tak nak korang serah diri ajelah. Stop from smoking. Kita yang perempuan ni pon kena sentiasa elakkan dari asap rokok. Asap rokok sangat harmful, bahaya. Kat luar kita tau muka bole rosak, kat dalam? Jawab sendiri.
Jalani hidup lebih sihat, bersih dan bahagia.
Agak mencabar tapi korang kena didik jugak tangan untuk tidak suka picit jerawat dan sentuh sekitar muka. Since tangan kita ni sendiri yang jadi punca sebarkan dan pindahkan kuman jerawat kat muka sendiri, so disiplinkan diri dan bagi ruang dan masa untuk jerawat tu pulih sendiri.
Banyakkan bersenam, sebab senam memang terbukti boleh kurangkan rasa tekanan dalam diri. Nak-nak bila peluh keluar, rasa lapang yakmat.
Untuk muslim, kita ada Allah, kita solat dan banyakan baca al-quran. Kadang kepala kita serabut sebab kita lupa Dia. Sedangkan masa kita dengan Dia semakin berkurang, tapi untuk kerja semakin sibuk.
“Dan mengingati Allah, hati-hati menjadi lapang”
Aturkan jadual harian supaya lebih tersusun, displin dengan jadual.
Pilih yang fragrance-free, dye-free. Bahan cam ni memang boleh buat kulit merengsa. Ada je pencuci pakaian yang formula dia khas untuk kulit sensitif.
Bila kita dah tau punca, senang lah kita nak betulkan apa yang patut kan. Kalau sebab salah produk macam yang kandungan racun merkuri dan hidrokuinon tu korang stop serta-merta. Dua bahan ni kesan sampingan dia dasat lagi sebab beracun. Amik masa nak baik.
Penjagaan dalaman pon penting tau. Darah kita ni kan bawa zat ke seluruh badan. Kalau darah bersih, kulit pon sihat dan cantik. Kalau darah bertoksin dan tak lancar, kulit pon kusam dan senang breakout.
Jad pengguna bijak dan memilih. Yang nak tanggung kita kan. Once bila kulit dah rosak dia akan amik masa dan belanja lagi besar, ini pengalaman Kak fyza yea.
Apa yang kita pakai, apa yang kita makan dan gaya hidup kita tu semua ada kaitan dan jadi punca kulit breakout.
***Korang nak #SHARE atau tag kengkawan pon boleh post ni. Semoga sama-sama dapat manfaat dan cari jalan nak keluar dari masalah kulit breakout, super sensitif tu.
***Boleh jugak nak #Set_See_First Fyza Shah untuk tak tertinggal tips best-best dan ilmu kulit sihat dan selamat ni.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.