Kecantikan

Rawat Wajah & Rambut Dengan Minyak Badam, Mata Panda Pun ‘Hilang’, Tiada Lagi Masalah Kelemumur

Share

Minyak badam mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk tubuh. Tidak hairanlah, terdapat banyak manfaat daripada minyak badam, bukan sahaja daripada sudut kesihatan tetapi juga kecantikan.

Apabila ditambahkan ke dalam rutin perawatan wajah, badam dapat memberikan manfaat yang besar untuk kecantikan. Minyak badam dapat membantu memperbaiki dan meremajakan kulit. Sifat pelembut yang ada di dalamnya dapat menjadikan kulit anda kelihatan lebih baik.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Minyak badam dapat menjadikan rambut lebih kuat dan tidak mudah putus, yang mendorong pertumbuhan rambut yang sihat. Bukan hanya itu, vitamin E yang terkandung di dalamnya juga dapat menjadikan rambut anda kelihatan lebih sihat dan berkilau.

Berikut dikongsikan juga beberapa manfaat lain minyak badam untuk perawatan kecantikan.

1. Katakan “TIDAK!” kepada Mata Panda
Atasi lingkaran hitam di sekitar kawasan mata dengan mengoleskan secara menipis minyak badam di secara pusingan arah jam atau lawan arah jam di lokasi mata sebelum tidur pada malam hari secara teratur. Berikan urutan ringan menggunakan jari manis dan biarkan ia semalaman meresap dan menjalankan magisnya tersendiri. Keesokannya, kulit di sekitar lingkaran mata, pasti akan terasa kenyal dan lebih terhidrat. Tiada lagi mata panda atau mata ikan buntal. Usah biarkan “daya penarik dari mata turun ke hati”, terjejas. Sapukan minyak badam pada kadar yang kerap, ya?

Photo by Ismael Sanchez from Pexels

2. Wajah terlihat sentiasa awet muda
Salah satu fungsi minyak badam adalah untuk melancarkan peredaran darah. Pabila minyak badam dioleskan pada wajah yang telah dibersihkan, ia dapat mengurangkan kerutan dan garis-garis sipi atau tegar penuaan yang biasanya muncul di sekitar mulut dan kawasan mata.Usah benarkan, wajah anda tampak lebih “berusia” daripada usia yang sebenar. Pegang pada prinsip, ‘age is just a number’. Anda pasti akan lebih mengukirkan senyuman tanpa segan-silu kerana tiada lagi garis- garis kedutan hodoh pada raut wajah. Bukankah begitu?

3. Tanggalkan cela solekan semudah A, B, C
Minyak badam juga dipercayai berfungsi sebagai pembersih solekan, sekali gus dapat menegangkan kulit yang kendur. Oles minyak badam pada wajah terutama pada mata dan bibir, kemudian bersihkan sisa minyak dan kotoran dengan menggunakan kapas. Ia pasti lebih bersih; usah biarkan saki-baki kotoran masih melekat pada kulit wajah.

4. Ungkapkan “Selamat tinggal wahai kulit mati…”
Atasi kulit yang terlihat kusam dengan perawatan skrub alami menggunakan minyak badam. Caranya, campur minyak badam dengan sesudu susu, sedikit perahan lemon dan sesudu gula kasar. Oles ke seluruh permukaan kulit dan berikan urutan lembut dengan gerakan membulat agar kotoran dan sel kulit mati disingkir secara sempurna. Biarkan tepekan itu selama beberapa saat sebelum dibilas dengan air suam.

5. Rambut sihat tanpa kelemumur
Bagi yang bermasalah rambut sarat dengan kepingan kelemumur dan habuk-habuk kulit kering, oleskan minyak badam pada helaian rambut dan kulit kepala dalam keadaan basah dan urut secara manja. Ingat bahawa, usah terlalu banyak dan biarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan syampu dan berbaldi air. Umumnya kelemumur akan berkurangan selepas tiga kali rawatan. Bukan mitos, tapi fakta. Wajib cuba, ya!

Photo by Bennie Lukas Bester from Pexels

6. Pupur muka secara alami; bukan yang tipikal di farmasi
Minyak badam juga berfungsi sebagai pupur alami yang cukup praktikal. Caranya, tutup rambut yang telah dioleskan sedikit minyak badam dengan topi plastik (‘shower cap’) dan biarkan ia “berkahwin” selama beberapa saat. Kemudian,  bilas dengan air sejuk. Lakukan perawatan ini seminggu sekali untuk memperbaiki tekstur rambut.

7. Penyelamat bibir pecah atau ‘chapped lips’
Oleskan minyak badam pada bibir mungilmu hampir setiap pagi, terutama, sebelum anda memulakan sebarang solekan bibir agar bibir tidak pecah merekah dan kekal hidrat sentiasa. Minyak badam juga dapat mencerahkan warna permukaan kulit bibir hinggakan bibir anda bakal terlihat lebih segar.Tidakkah anda ingin bibir yang merah menyala bak biji saga?

Photo by Shiny Diamond from Pexels

8. Oh ya, ia bakal membuatkan kulit kepala tidak kemerah-merahan dan menghalang iritasi. Cubalah, dengan menyapukannya pada kulit kepala anda. Sungguhpun anda menyarungkan hijab, perapian rambut, usahlah diabaikan.

9. Jika anda punya masalah kulit tumit merekah, kulit tangan dan kulit kaki cukup kering, usah biarkan ia melarat. Belailah ia dengan sapuan secara nipis minyak badam. Hasilnya anda akan lihat kulit kembali lembut.

10. Selain itu, minyak badam juga dikatakan meningkatkan daya ingatan. Mudah sahaja, hanya tambahkan minyak badam ke dalam susu Omega dan campur-baurkannya secara padu. InshaaAllah, memori anda bakal dipertingkatkan.

HIJABISTA: Tidak salah jika kita mencuba, bukan? Lagi pun selalunya bahan-bahan semula jadi ini boleh dikatakan tiada kesan sampingan. Dalam masa yang sama juga anda dapat berjimat. 

Sumber kredit: Top image:  Photo by Shiny Diamond from Pexels Photo by Karolina Grabowska from Pexels

 

Published by
Norhasliza