Kecantikan

Rawat Mata Sembab & Lingkaran Gelap Bawah Mata Dengan Bahan Dapur, Jimat & Yang Penting Tiada Kesan Sampingan

Share

Masalah mata sembab sering berlaku jika anda tidak cukup tidur. Lingkaran gelap di bawah mata juga berlaku apabila anda terlalu penat menghadap sesuatu tugasan dala tempoh yang lama. Sudah pasti keadaan ini mencacatkan penampilan diri anda.

Mata adalah jendela hati. Dalam bidang kecantikan, penjagaan mata sering dititikberatkan kerana ia bahagian pertama dan utama berlakunya masalah kekenduran, wujudnya kedutan serta garisan halus.

Photo by Soroush Karimi on Unsplash

Sebenarnya masalah mata sembab atau lebih dikenali dengan masalah ‘mata panda’ ini boleh diatasi dengan menggunakan perawatan menggunakan bahan-bahan di rumah.

AIS BATU

Ambil beberapa ais batu dan balutkan ia dengan kapas atau kain lembut yang mampu menyerap air. Kemudian tekapkan di bahagian mata selama beberapa minit. Lakukan sehingga bengkak semakin surut.

Photo by cottonbro from Pexels

TEH UNCANG

Pilih teh jenis hitam atau hijau, kemudian rendamkan ia dengan air panas selama beberapa minit. Tunggu sehingga uncang tersebut kembang sepenuhnya kemudian letakkan ia di kawasan mata yang bengkak. Sebagai langkah penjagaan, tutup uncang teh tersebut yang terletak di kawasan mata itu dengan sehelai kain supaya ia tidak terdedah dengan kotoran.

Photo by Skitterphoto from Pexels

 NASI PANAS

Percaya atau tidak, nasi yang panas boleh mengurangkan masalah mata bengkak secara efektif dan cepat. Caranya mudah sahaja. Kepalkan nasi yang tidak terlalu panas supaya tidak keradangan kemudian letakkan di kawasan bengkak selama beberapa minit.

Photo by Mgg Vitchakorn on Unsplash

 

TIMUN

Potong beberapa keping timun yang segar dan sejuk kemudian letakkan di kawasan lingkaran mata. Ia bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah lingkaran gelap bawah mata, malah ia juga boleh membantu mengurangkan masalah mata bengkak kerana mengandungi astringent. Biarkan selama 10 minit.

Photo by Markus Winkler on Unsplash

 KENTANG

Masyarakat Eropah mempercayai khasiat kentang sebagai penawar kepada sakit kepala dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Malah, mereka juga bersetuju kentang mampu membantu mengurangkan masalah mata bengkak. Caranya kupas dahulu kulit kentang, bersihkan dan biarkan sehingga ia kering. Parut atau potong halus kemudian bungkus ia pada kain dan tuamkan di kawasan mata.

Photo by Peter Schad on Unsplash

AIR GARAM

Ambil ¼ cawan air yang telah dilarutkan dengan beberapa sudu garam. Kemudian celupkan putik kapas ke dalam air dan oleskan di kawasan bawah mata beberapa kali. Ini kerana, secara logiknya garam mempunyai kelebihan menyerap air, jadi teknik ini sesuai untuk dipraktikkan.

Photo by Anastasia Zhenina on Unsplash

HIJABISTA: Ringkas dan mudah bukan? Penggunaan barangan yang ada di sekeliling kita sebagai bahan asas kecantikan tidak perlu diragui. Ia tidak merbahaya sekali gus membantu menyerikan wajah dan penampilanmu.

Sumber kredit: Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels Photo by Pille-Riin Priske on Unsplash Photo by Anastasia Zhenina on Unsplash

Published by
Norhasliza