Kesibukan dengan dunia kerjaya membuatkan adakalanya kita tidak mendapat tidur yang cukup. Keadaan ini jika terus berlarutan pastinya akan meninggalkan kesan buruk pada kulit wajah. Antara bahagian wajah yang paling terkesan ialah bahagian bawah mata.

Kecantikan seseorang wanita itu dapat dilihat bermula dengan bahagian mata. Namun apabila bahagian mata nampak lesu, dengan garis kedutan yang menyerlah, pastinya kecantikan pada diri seseorang wanita itu akan menjadi pudar.

Berikut dikongsikan tip untuk menghilangkan kedutan di bahagian bawah mata menggunakan bahan-bahan semula jadi.

LIDAH BUAYA

Lidah buaya memang banyak manfaatnya untuk kecantikan salah satunya ialah menghilangkan kedutan pada wajah. Caranya mudah sahaja. Ambil daun lidah buaya, buangkan kulitnya, ambil bahagian isi daun lidah buaya kemudian sapukan gel lidah buaya pada bahagian bawah mata. Urut secara lembut. Ia mampu mengurangkan kedutan pada bahagian bawah dan jika diamalkan selalu lama kelamaan kedutan akan hilang.

PISANG

IKLAN

Masker pisang dapat membantu menghilangkan garis-garis kedutan pada bahagian bawah mata. Caranya mudah sahaja. Lumatkan 1/4 pisang hingga teskturnya menjadi lembik. Sapukan adunan pisang pada bahagian bawah mata. Cukup sapuan nipis sahaja. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan bilas menggunakan air suam. Amalkan seminggu dua hingga tiga kali.

PUTIH TELUR 

Sapuan masker telur dapat membantu anda untuk menghilangkan kedutan di bahagian bawah mata anda. Ia juga mampu meningkatkan pengeluaran kolagen yang berguna untuk keanjalan kulit wajah.

Cara membuat masker telur mudah sahaja. Campurkan 1 biji putih telur dan 5 sudu teh madu. Oleskan campuran tersebut ke bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam. Boleh diamalkan dua atau tiga jali seminggu.

IKLAN

MINYAK ZAITUN

Selain pengambilan minyak zaitun sebagai suplemen, minyak zaitun juga memiliki kandungan khusus yang boleh meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit wajah. Sapuan minyak zaitun pada kulit wajah mampu menghilangkan garis kedutan pada wajah terutama bahagian bawah mata.

Caranya mudah sahaja. Urut lembut kulit di sekitar bahagian bawah mata menggunakan minyak zaitun selama 15 minit, kemudian bilas menggunakan air suam. Amalkan seminggu dua atau tiga kali.

ESSENTIAL OIL 

IKLAN

Ada beberapa essential oil yang mampu menghilangkan garis kedutan di bahagian bawah mata. Minyak-minyak tersebut antaranya ialah argan, grapeseed, jojoba, lavender, sandalwood dan ylang-ylang.

Cara menggunakannya mudah sahaja. Hanya larutkan essential oil sama ada dengan minyak kelapa atau minyak zaitun. Kemudian oleskan campuran tersebut ke bahagian bawah mata. Jika rajin, boleh amalkan setiap malam.

Selain itu, kulit juga memerlukan Vitamin C yang cukup. Hal ini kerana Vitamin merupakan antioksidan yang bermanfaat untuk meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit. Kebiasaannya vitamin ini boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Namun jika anda ingin mendapatkan Vitamin C yang lebih banyak, anda boleh menyapukan gel atau krim yang mengandungi vitamin C secara langsung pada kulit wajah. Sapuan Vitamin C tidak hanya menghilangkan kedutan di bahagian kulit wajah, vitamin ini juga sebenarnya menjadikan kulit lebih lembap dan terhidrasi.

Ada satu lagi cara untuk menghilangkan dan mencegah kedutan di bawah mata iaitu dengan melakukan senaman dan urutan pada wajah. Lakukan senaman dan urut wajah secara lembut. Beri tumpuan pada bahagian sekitar mata agar bahagian sekitar mata lebih tegang dan anjal.

Sumber: wolipop.detik.com

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI