Bukan mudah dapat wajah yang sempurna untuk dimuat naikkan di laman sosial. Ratu selfie ini teknik sesuai untuk dapatkan raut wajah yang runcing persis selebriti Holywood. Cotour adalah Teknik terbaik untuk solekan yang on point!

Terdapat 2 teknik yang berbeza untuk memakai contour iaitu highlighting dan shading. Highlight berfungsi untuk menonjolkan sesetengah bahagian muka seperti tulang pipi, dahi, hidung dan atas bibir. Manakalah shading pula untuk menonjolkan features wajah anda agar kelihatan mendalam. Terdapat pelbagai jenis produk contour di pasaran yang sememangnya dapat mengikut keperluan anda. Namun, kesemua jenis produk contour memberikan efek yang berbeza.

Bagaimanakah cara contour yang betul dengan menggunakan stick?

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Seperti yang sudah anda ketahui, teknik contouring adalah untuk menaikkan keruncingan tulang pipi. Jadi, teknik yang paling mudah adalah dengan membuat angka 3 pada bahagian pipi. Mulakan dari area telinga, bawa ke arah pipi, seterusnya hingga ke bahagian dagu. Setelah itu, blend menggunakan berus kabuki atau span sebelum menyapu blusher atau bronzer di permukaan wajah.

Contour jenis bedak memberi hasil pigmen lebih lembut dan tidak pekat untuk penampilan muka yang halus. Manakala contour jenis krim dan stick pula memberi pigmen yang tinggi, senang untuk melakukan teknik blending dan kesan muka anda akan menjadi lebih runcing dengan ketara. Kerana terdapat banyak jenis produk contour, senarai produk dibawah mungkin dapat membantu anda serba-sedikit;

1. NYX PROFESSIONAL Makeup Wonder Stick

Contour stick bertekstur krim yang terbaik

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Contour stick 2-in-1 ini mempunyai tekstur yang berkrim dan senang di oles pada wajah. Kerana teksturnya yang berkrim dan lembut, produk ini amat sesuai untuk jenis kulit kering dan juga yang mahukan solekan nipis untuk memberikan wajah tampil dengan efek dewy. Produk ini amat sesuai untuk full-face makeup kerana formulanya yang nipis tidak akan menyebabkan solekan anda menjadi cakey dan tebal sehingga tampak bercapuk.

2. Sephora Collection Color & Sculpt Stick

Contour stick tahan lama, tidak perlu aplikasi setiap masa

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Didatangi dengan dua tona untuk kulit cerah dan gelap, produk daripada Sephora ini tahan lama dan juga mempunyai kemasan matte. Dengan produk contour stick yang mudah dioles pada wajah, sapukan sahaja dengan hanya menggunakan tangan kerana teksturnya berkrim membuatkan ianya amat senang untuk digunakan. Anda boleh menggunakan contour stick ini untuk full-face makeup yang akan membuatkan wajah anda tampak tajam ataupun menggunakannya secara nipis untuk hasil bronze dan sun-kissed yang natural.

3. Fenty Beauty Match Stix Matte Skinstick

Contour stick untuk tona kulit gelap dan eksotik

Ads

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Produk ini juga multifungsi kerana anda boleh menggunakan tona yang cair sebagai highlighter dan concealer manakala tona gelap sebagai contour. Rangkaian produk solekan terkenal keluaran artis antarabangsa Rihanna ini, siapa yang tidak kenal dengan jenama Fenty Beauty? Formulanya amat senang dioles dan sesuai untuk anda yang inginkan solekan dari natural ke glamor. Walaupun kemasannya matte, ianya tidak meengeringkan muka. Jadi kulit jenis kering juga sesuai mengenakan produk ini.

4. Nudestix Matte All Over Face Color Blush and Bronze

Contour stick sesuai untuk kulit berminyak

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Dengan kemasan matte yang sesuai untuk kulit berminyak, contour stick ini akan menjadikan kulit wajah anda tampil sun-kissed yang memikat! Contour stick ini dilengkapi dengan berus yang tersambung dibahagian belakangnya membuatkan sesi bersolek anda menjadi lebih pantas dan efisyen. Sesuai digunakan sebagai solekan harian untuk ke tempat kerja. Produk contour stick mengandungi formula multifungsi yang membolehkan anda menggunakannya di keseluruhan bahagian wajah seperti mata, pipi, rahang, hidung, dagu dan bibir.

5. Maybelline Face Studio V-Face Duo Stick

Contour stick multifungsi 2-dalam-1 dengan highlighter

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Ads

Terkandung formula yang tidak mengeringkan kulit, ianya meluncur lembut ke atas kulit wajah. Kini, anda juga mampu mempunyai bentuk wajah V yang runcing dan menawan. Berbentuk nipis dan tirus, contour stick ini amat sesuai untuk dijadikan pembayang pada hidung serta melakukan teknik cupid’s bow buat efek hidung lebih mancung dan tirus. Produk contour stick + highlighter ini mesra travel kerana anda tidak perlu membawa banyak barang solekan yang hanya akan memakan ruang. Productnation

6. Cover FX Click Foundation & Concealer

Contour stick sesuai untuk berkulit sawo matang, dengan efek semulajadi

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Bebas paraben, sulfate serta pewangi tiruan, contour stick berformulasi vegan dari Cover FX ini mempunyai fungsi duo iaitu warna gelap sebagai contour bagi menambah dimensi pada wajah. Highlight pula untuk memastikan cahaya ilusi menyinari wajah anda. Anda tidak perlu risau kerana produk ini akan menghasilkan efek natural. Tidak nampak seperti menggenakan solekan tebal. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama buat anda yang bersawo matang, kini kecantikan anda setanding aktress popular di kaca TV.

7. Benefit Cosmetics Hoola Quickie Cream-To-Powder Contour Stick

Cream contour stick terbaik untuk kulit berminyak

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Dengan kejayaan nya yang telah mendapat tempat di hati peminat, mereka kini telah melancarkan bronzer berbentuk stick atau contour. Menggunakan formula yang sama, cream contour stick ini amat sesuai untuk yang berkulit berminyak. Sangat tahan lama, produk berbentuk stick ini akan meluncur dengan lembut di permukaan kulit anda dengan kemasan yang bersih dan sempurna. Pipi anda kini akan nampak lebih tirus!

Ads

8. Make Up For Ever Ultra HD Stick Foundation

Contour stick dengan fungsi 2-dalam-1 untuk anda yang berkulit cerah

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Inginkan raut wajah runcing bak selebriti Hollywood? Ataupun anda seorang ratu selfie yang gemar berposing di sosial media? Sesuai untuk yang berkulit normal hingga kering, ianya mudah dibawa kemana sahaja sekiranya anda inginkan aplikasi berganda. Hanya touch up sedikit sebelum berswafoto, kini anda tampil lebih glowing. Gunakan MakeUp Ultra HD Stick Foundation untuk menaikkan lagi seri di wajah anda. Dilengkapi dengan formula 2-dalam-1, produk ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai teknik sculpting malah sebagai asas solekan atau foundation.

9. RIMMEL Insta Duo Contour Stick

Bergaya ala wanita kota London dengan contour stick murah dan berkualiti ini

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Contour stick murah daripada Rimmel London ini bukan sahaja memberi anda peluang untuk memilik gaya wanita London yang high fashion, namun ianya amat mudah dikendalikan untuk memberi anda contour wajah yang runcing, hidung mancung dan dagu tirus supaya anda dapat memilih angle dengan baik semasa selfie. Diformulasi khas untuk kegunaan bergambar, wajah anda tampak lebih ‘Insta-worthy’ dengan contour stick yang dilengkapi dengan highlighter mewah ini!

10. WET N WILD Dual Ended Contour Stick

Contour stick waterproof – sesuai semasa musim panas

Ratu Selfie Yang Inginkan Raut Wajah Runcing Seperti Selebriti Holywood, Ini Senarai Contour Terbaik.

Padankan solekan kalis air anda dengan produk Wet n Wild yang tidak akan pudar walaupun terkena air kerana formulanya diperbuat daripada wax yang akan melindungi solekan daripada comot dan menghilang. Sesuai digunakan semasa musim panas, jika berpeluh kulit wajah anda tidak akan kelihatan bercapuk dan comot. Kini, tiada lagi alasan untuk kelihatan pucat tanpa solekan pada hari cuti musim panas untuk melakukan aktiviti di taman tema air, bersantai di kolam renang mahupun berjemur di tepi pantai.

Sumber: productnation

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI