Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita digalakkan untuk menambah ilmu dan mengejar pahala sebanyak mungkin. Bukan sahaja ketika kita dalam jaga, tetapi juga sebelum lelapkan mata.
Sebelum tidur, kaum wanita digalakkan melakukan beberapa adab sebelum tidur untuk mendapat lebih ganjaran pahala dan banyak kelebihannya. Seperti mana Rasulullah SAW berpesan pada Aisyah Ummu Mukminin, isteri tercintanya.
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
- Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
- Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
- Sebelum para Muslim meredhaimu.
- Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Artikel Berkaitan: Amal Baca Surah Al-Mulk Untuk Wajah Sentiasa Berseri
Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda:
“Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
- “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
- “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
- “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
- Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Bagus untuk diamalkan dan semoga bermanfaat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mira Filzah Kongsi Cara Zikir Mudah Di Laman Instagram, Amalkan Setiap Masa Untuk Peroleh Kebaikan!
Umat Islam disarankan untuk sentiasa mengamalkan bacaan zikir kerana ia memberi banyak kelebihan kepada kita. Zikir bukan sahaja dbaca selepas solat malah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Jadi jika anda sibuk bekerja bukanlah menjadi alasan untuk tidak melakukan amalan berzikir.
Berbicara mengenai zikir, baru-baru ini artis popular yang cantik ayu, Mira Filzah berkongsi tentang cara-cara zikir yang mudah untuk kita lakukan. Menerusi laman Instagramnya, Mira menunjukkan lapan zikir mudah yang sememangnya kita boleh ikut walaupun sibuk sepanjang masa.
Berikut adalah lapan zikir mudah mengikut perkongsian Mira Filzah dan juga nota tambahan dari team Hijabista. Selamat beramal!
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya : Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” itu sebagai satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.
Riwayat Al-Tirmizi (2835)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)
Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)
Dalam ayat Al-Qur’an Allah SWT juga telah berfirman,
“Dan jika kalian manusia mahu bersyukur atas nikmat yang telah aku berikan kepada kalian maka nescahya aku akan menambah nikmat yang telah aku berikan kepada kalian, dan jika kalian kufur (tidak mau bersyukur) maka ketahuilah niscaya siksa ku itu pedih.” (Q.S. Ibrahim: 7).
Rasulullah SAW. bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon”. (HR Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Sesungguhnya membaca “Subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (HR. Muslim no. 2695)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, karena ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari no. 7386).
Dari Abdullah bin Amr ,, Rasulullah S.A.W bersabda :
“Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan : Laailahaillallah ,, allahuakbar subhanallah ,, alhamdulillah ,, walaahawlawalaa quwwataillabillah melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan ”
Dalam Riwayat Muslim pula ada menjelaskan bahawa :
“Barangsiapa bertasbih ( Subhanallah ) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali ,, bertahmid ( Alhamdulillah ) sebanyak 33 kali dan bertakbir ( Allahu Akbar ) sebanyak 33 kali kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikala lahulwalahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir ,, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan ”
Firman Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)
Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”
Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
Sudah terang lagi bersuluh, terlalu banyak kebaikannya jika kita mengamalkan zikir dalam kehidupan seharian kita. Setiap satu ayat ini memberi ganjaran pada kita di akhirat kelak.
Antara kelebihan-kelebihan lain jika kita berzikir adalah:
- Dapat menghalau perkara buruk dan kejahatan syaitan.
- Allah S.W.T akan selalu ingat kepada hambanya yang berzikir.
- Muwujudkan rasa syukur kepada Allah S.W.T dan mendekatkan kita dengan-Nya.
- Meningkatkan rasa cinta kepada Allah S.W.T.
- Membersihkan kolam jiwa dan hati.
- Menjauhkan rasa kebimbangan dan was-was.
- Mendapat kebaikan di dunia serta di akhirat.
- Mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama lakukan zikir mudah ini hasil perkongsian daripada artis popular tanah air, Mira Filzah. Tiada apa yang boleh menjauhkan kita dengan Allah S.W.T melainkan diri sendiri yang membina benteng untuk menjarakkan kita dengan-Nya!
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Posting Sweet’ Pertama Shuib Watie Setelah Bergelar Suami Isteri! – “Assalamualaikum Cinta..”
Semalam telah berlangsungnya satu majlis ijab kabul diantara pasangan sensasi paling popular iaitu pelawak dan juga pelakon, Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu bersama pilihan hatinya seorang usahawanita, Fati Nikmatul Adawiyah atau Watie Hanifiah.
Majlis ijab kabul gilang gemilang pasangan ini berlangsung pada 8.47 malam semalam iaitu pada hari penuh barakah (Jumaat) pada tanggal 23 Jun 2023 bertempat di Putra Glass House, Shah Alam.
Hantaran ‘Pertama’ Sebagai Suami Isteri Di Laman Instagram Masing-Masing!
Hijabista sempat meninjau ruangan Instagram milik pasangan merpati dua sejoli Shuib dan Watie pada hari ini dan mendapati masing-masing membuat hantaran beserta kapsyen ‘sweet’ ditujukan buat diri masing-masing sejak diijabkabulkan semalam.
Menerusi hantaran di laman Instagram milik Shuib, dia memuatnaik gambar bersama Isteri tercinta, Watie dalam rangkulan nya dengan memakai baju senada warna putih dan cream berserta sepatu yang sama dengan Watie.
Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah kapsyen ringkas yang ditulis pada hantaran berkenaan iaitu “Assalamualaikum, Cinta” dan telah dibalas oleh Watie dengan kapsyen “Wa’alaikumussalam Rindu”, dilaman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar serupa.
Menerusi hantaran sama juga, memaparkab pasangan ini sedang berada di lapangan terbang dan mungkin bakal pergi berbulan madu, meluangkan masa bersama sebagai suami isteri.
Dengan Sekali Lafaz Watie Kini Sah Isteri Kepada Shuib!
Hijabista difahamkan, hanya sekali lafaz Watie sah bergelatr suri hati kepada Shuib diiringi dengan linangan air mata pengantin perrmpuan sebaik sahaja lafaz sah itu disebut sekaligus menandakan termaterainya sebuah ikatan perkahwinan diantara merpati dua sejoli ini.
Watie menerima mas kahwin berjumlah RM8,288 bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sekadar info, acara bersejarah buat pasangan yang mengambil keputusan mengikat pertunangan pada 6 Mei lalu selepas lima bulan mengenali hati budi turut mendapat tajaan mencecah RM1.7 juta.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Sumber: Instagram Watie Hanafiah & Instagram Shuib Sepahtu
Artikel berkaitan: Shuib Bawa Anak-Anak Ziarah Kubur Sarah, ‘Sambut Bday Dekat Rumah Baru U’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahukan Jodoh Yang Sempurna Dan Penuh Kebaikan, Amalkan Pilihan Doa Ringkas Ini Yang Mudah & Mudah Diingati!
Isu jodoh bukanlah sebuah isu yang boleh kita rancang dan ketahui bila masanya akan tiba. Kadang-kala, jodoh datang tidak mengenal waktu mahupun usia. Jodoh datang awal bersebab, jodoh datang lambat juga bersebab.
Bagi anda yang sedang menanti jodoh dan sentiasa mahukan jodoh yang terbaik, lakukanlah amalan doa ringkas ini supaya Allah SWT dapat memberikan jodoh yang terbaik untuk diri kita semua..kerana percayalah, jodoh tak pernah silap…
Maksud Rumi:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh (isteri-isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” – QS Al-Furqaan 74
Maksud Rumi:
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
Selain itu juga, ada beberapa pilihan doa lain yang boleh anda amalkan supaya mendapat jodoh yang baik dan sepadan. Khas untuk kaum wanita, bacalah doa pendek ini setiap kali selesai solat supaya Allah SWT mendengar keinginan anda dan insyaAllah akan dimakbulkan.
Maksud Rumi:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.”
Semoga anda yang sedang membaca artikel ini mendapat jodoh yang baik dan sepadan! Diharapkan doa-doa ini dapat membantu anda dalam usaha untuk mendapatkan jodoh dengan cepat dan sempurna. InsyaAllah. Amin Ya Rabb!
Sumber gambar: Instagram Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI