Siapa sahaja yang tidak mahu untuk mengetahui bagaimana rupa paras Baginda Rasulullah SAW. Adakah Baginda seorang yang tinggi? Demi Allah SWT, alangkah indahnya jika kita tahu.
Sebagai umat Rasulullah SAW juga kita haruslah tahu segala perincian Baginda dari sejarah sehingga amaln yang baik dilakukanya. Belum cukup lagi buat kita berhenti mengenali apa pun mengenai baginda.
Bukan rezeki buat kita umatnya yang terakhir untuk menatap muka Rasulullah SAW. Alangkah beruntungnya umat ketika zaman Baginda SAW yang dapat melihat dengan mata mereka rupa Pesuruh Allah SWT yang tercinta.
Artikel berkaitan: Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.
Namun, kita tidaklah ditinggalkan tanpa pengetahuan rupa paras Baginda, ada tercatat fizikal baginda menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA. Ia dikongsikan lagi oleh agamawan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, jelas melalui hadis tersebut, Ali bin Abu Talib RA menyifatkan Rasulullah SAW seperti:
“Tidak terlalu tinggi melayup dan tidak terlalu rendah, ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain, rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, tetapi antara keduanya tidak bermuka cengkung dan tidak tembam.
“Mukanya bulat dan putih kemerahan, rambutnya lebat, sendi-sendinya tampak jelas, tidak banyak bulu di badan kecuali pada anggota tertentu, badannya tidak dipenuhi bulu, tapak tangan dan kakinya tebal,
“Kalau dia berjalan, maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi, bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun, kalau dia berpaling, maka dipalingkan berserta badannya, antara dua belikatnya, ada cap kenabian yang menunjukkan Baginda SAW penyudah segala nabi,
“Memiliki tapak tangan yang paling lapang (boleh juga diertikan sebagai pemurah), dan dada yang sangat bidang (atau diertikan dengan berlapang dada–berdasarkan huraian ulama hadis penterjemah), paling benar sebutan dan percakapannya, paling mengotakan perjanjian, manusia paling lembut perangainya, paling mulia pergaulannya, siapa yang melihatnya sekali, lalu terasa kehebatannya,
“Dan siapa yang benar-benar bergaul dengannya, akan mencintainya. Ada seorang yang menyifatkannya dengan berkata: “Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya orang yang sepertinya, Muhammad SAW.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Jelas melalui riwayat di atas menerangkan tentang segala perincian fizikal serta cara jalan malah juga peluh Rasulullah SAW yang dijelaskan dalam hadis itu. Sungguh mendalam dan sukar untuk kita bayangkan, itulah dia pengorbanan cinta kita terhadap Baginda.
Artikel berkaitan: Sama Macam Infused Water, Air Nabeez Kegemaran Nabi Muhammad SAW Sesuai Untuk Diambil Waktu Sahur
Pada akhirat kelak, setiap dari manusia bakal berpeluang untuk melihat dengan mata menyaksikan Rasulullah SAW, tidak terhad kepada yang menerima syafaat sahaja. Oleh dengan itu, kita patut untuk berusaha dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT dan patuh dengan ajaran Rasulullah SAW.
Sumber: Maktabah al-Bakri dan Sinar Islam Plus
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.