Siapa sahaja yang tidak mahu untuk mengetahui bagaimana rupa paras Baginda Rasulullah SAW. Adakah Baginda seorang yang tinggi? Demi Allah SWT, alangkah indahnya jika kita tahu.
Sebagai umat Rasulullah SAW juga kita haruslah tahu segala perincian Baginda dari sejarah sehingga amaln yang baik dilakukanya. Belum cukup lagi buat kita berhenti mengenali apa pun mengenai baginda.
Bagaimana rupa Baginda Rasulullah SAW?
Bukan rezeki buat kita umatnya yang terakhir untuk menatap muka Rasulullah SAW. Alangkah beruntungnya umat ketika zaman Baginda SAW yang dapat melihat dengan mata mereka rupa Pesuruh Allah SWT yang tercinta.
Namun, kita tidaklah ditinggalkan tanpa pengetahuan rupa paras Baginda, ada tercatat fizikal baginda menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA. Ia dikongsikan lagi oleh agamawan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, jelas melalui hadis tersebut, Ali bin Abu Talib RA menyifatkan Rasulullah SAW seperti:
“Tidak terlalu tinggi melayup dan tidak terlalu rendah, ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain, rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, tetapi antara keduanya tidak bermuka cengkung dan tidak tembam.
Ads
“Mukanya bulat dan putih kemerahan, rambutnya lebat, sendi-sendinya tampak jelas, tidak banyak bulu di badan kecuali pada anggota tertentu, badannya tidak dipenuhi bulu, tapak tangan dan kakinya tebal,
“Kalau dia berjalan, maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi, bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun, kalau dia berpaling, maka dipalingkan berserta badannya, antara dua belikatnya, ada cap kenabian yang menunjukkan Baginda SAW penyudah segala nabi,
“Memiliki tapak tangan yang paling lapang (boleh juga diertikan sebagai pemurah), dan dada yang sangat bidang (atau diertikan dengan berlapang dada–berdasarkan huraian ulama hadis penterjemah), paling benar sebutan dan percakapannya, paling mengotakan perjanjian, manusia paling lembut perangainya, paling mulia pergaulannya, siapa yang melihatnya sekali, lalu terasa kehebatannya,
Ads
“Dan siapa yang benar-benar bergaul dengannya, akan mencintainya. Ada seorang yang menyifatkannya dengan berkata: “Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya orang yang sepertinya, Muhammad SAW.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Jelas melalui riwayat di atas menerangkan tentang segala perincian fizikal serta cara jalan malah juga peluh Rasulullah SAW yang dijelaskan dalam hadis itu. Sungguh mendalam dan sukar untuk kita bayangkan, itulah dia pengorbanan cinta kita terhadap Baginda.
Pada akhirat kelak, setiap dari manusia bakal berpeluang untuk melihat dengan mata menyaksikan Rasulullah SAW, tidak terhad kepada yang menerima syafaat sahaja. Oleh dengan itu, kita patut untuk berusaha dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT dan patuh dengan ajaran Rasulullah SAW.
Surah Al-Fatihah sudah menjadi surah yang biasa kita baca, hafal dan dengari. Memang sudah dari kecil, sebagai umat Islam, kita wajib mengamalkan surah Al-Fatihah dalam kehidupan harian kita. Surah Al-Fatihah sebenarnya adalah surah yang pertama diturunkan secara lengkap dan sekali gus memberi keistimewaan dan perbezaan berbanding dengan surah-surah lain dalam Al-Quran.
Bukan itu sahaja, surah Al-Fatihah juga ialah surah pembuka Al-Quran dan juga di dalam solat. Itulah sebabnya, jika kita mengamalkan surah Al-fatihah ini dalam kehidupan seharian kita, ia akan memberi banyak ganjaran kepada kita sebagai umat Islam.
Berdasarkan sebuah hadith yang menyatakan seperti berikut:
“Ketahuilah aku ingin mengajarmu satu surah yang sangat agung dalam al-Quran sebelum aku keluar masjid. Lalu Nabi SAW pergi supaya dia boleh keluar daripada masjid.
Aku mengingatkan baginda tentang apa yang ingin disebutkan, lalu Baginda SAW bersabda, surah ini ialah al-Sab‘ al-Mathani [tujuh ayat yang penuh dengan pujian] dan merupakan surah al-Quran yang teragung yang pernah diberikan kepadaku.”
(Riwayat Al Bukhari)
Antara kelebihan surah Al-Fatihah adalah:
SURAH AL FATIHAH SEBAGAI PENAWAR / PENYEMBUH PENYAKIT
Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, surah al=Fatihah adalah antara ayat al Quran yang digunakan sebagai penawar, syifa, ruqyah atau penyembuh.
Imam al-Nawawi berkata:
Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi SAW:
وَمَاأَدْرَاكَأَنَّهَارُقْيَةٌ؟
Maksudnya: Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah.
(Riwayat al-Bukhari (5736) dan Muslim (2201))
Surah ini juga dapat dijadikan sebagai ruqyah atau penyembuh serta dapat dirujuk kepada peristiwa bagaimana seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Sa’id al-Khudri R.A yang telah menjampi seorang ketua kabilah yang terkena sengatan binatang berbisa.
Beliau membaca al-Fatihah untuk merawat dan dengan izin Allah SWT, ketua kabilah itu sembuh seperti sediakala*.
*Hadith Riwayat Muslim (5863)
2. DITURUNKAN HANYA UNTUK NABI SAW
Surah al Fatihah adalah satu surah yang diturunkan secara ekslusif untuk Nabi Muhammad SAW sahaja dan tidak pernah diturunkan surah yang seumpamanya melalui kitab Taurat, Injil dan Zabur.
Maksud: Abu Hurayrah dan Ka ‘ab RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tidak pernah Allah SWT menurunkan dalam Taurat atau Injil seperti Umm al-Quran, iaitu surah yang mempunyai tujuh ayat yang bersifat al-Mathani dan surah ini terbahagi antara-Ku dan hambaku dua bahagian, dan bagi hamba-Ku yang separuh itu apa yang mereka pinta.
(Riwayat Al-Tirmidhi, al-Nasa’i, dan Ahmad)
Marilah kita bersama-sama mengamalkan surah Al-Fatihah dalam kehidupan harian kita danjanganlah lupakan surah ini kerana sesungguhnya ia memiliki keistimewaan tersendiri. Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selain daripada aktiviti berlari, berbasikal ataupun senaman kardio lain, aktiviti berenang juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk menurunkan berat badan.
Bukan sahaja dapat membakar banyak kalori, berenang juga memberi kebaikan pada mental, fizikal, segala otot dan tulang. Semua bahagian ini digerakkan untuk membuat satu gerakan berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina badan ( sistem kardiovaskular).
Selain dari menurunkan berat badan, ia juga dapat mengurangkan masalah selulit dan memberi faedah kepada ibu yang sedang hamil. Antara kelebihan lain aktiviti berenang adalah:
Menurun berat badan dengan cepat
Siapa yang tidak mahu memiliki berat badan yang ideal? Bagi anda yang menghadapi masalah berat badan ataupun obesiti, berenang merupakan pilihan terbaik untuk memulakan proses penurunan berat badan. Berenang boleh membakar lebih 500 kalori tubuh selama 1 jam. Badan memerlukan tenaga bagi melawan arus air dan menampung berat badan untuk terus bergerak di dalam air. Malah, berenang juga dapat menguatkan otot di samping meningkatkkan kesihatan tubuh badan. Dengan penglibatan beberapa bahagian otot yang berbeza dan sistem kardiovaskular, berenang dapat memberikan impak yang sangat baik untuk wanita yang mendambakan bentuk badan yang menarik serta berat badan yang ideal dan ramping.
Jadi, jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan peluh atau malas untuk berlari, berenang adalah antara aktiviti yang paling sesuai.
Tahukah anda, aktiviti berenang mampu untuk membakar 500-600 kalori sejam? Banyak tau!
2. Mencegah penuaan dan awet muda
Ha! Siapa sangka, aktiviti berenang mampu menjadikan anda Tampil muda dan sentiasa kelihatan segar! Pelbagai cara dan produk untuk tampak lebih menawan malah beberapa faktor persekitaran juga mengakibatkan penuaan kulit wajah.
Oleh itu, melalui berenang boleh mencegah penuaan khususnya untuk kulit. Ketika badan kita berada di dalam air secara tidak langsung kulit akan menjadi lembab. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus pada kulit dan penuaan akibat usia. Wajah akan kelihatan sihat dan remaja.
3. Mengurangkan tekanan stres dan depresi
Kita sentiasa stres disebabkan hal peribadi dan juga kerja. Kaum wanita, khususnya sentiasa dipengaruhi oleh tekanan stres kerana emosi mahupun persekitarannya. Stres yang berpanjangan akan menghasilkan depresi dimana kita tidak dapat tanggani dan ia mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Bagaimana cara untuk kita mengurangkan stress? Caranya mudah, sentiasa berfikiran positif dan melakukan senaman renang.
Sama seperti senaman kardio yang lain, kebaikan yang anda perolehi jika berenang selama 30 minit boleh membuatkan anda berasa relaks, tenang dan kurang stres. Badan yang berendam di dalam air akan terasa lebih segar dan bebas kerana air membantu mengurangkan tekanan pada sistem saraf hingga perasaan menjadi tenang dan aman. Jadi, lepaskan bebanan di bahu anda dengan berenang wahai para wanita.
4. Meningkatkan kesihatan jantung
Menjadi salah satu senaman kardio yang terbaik, aktiviti berenang amat baik untuk kesihatan tubuh badan kita mahupun dari segi dalaman. Dengan melakukan aktiviti rutin renang secara teratur, fungsi jantung akan bertambah baik. Jantung dapat mengepam darah dengan lancar dan baik ke seluruh tubuh badan. Hasil kajian dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti berenang dapat melawan risiko penyakit jantung kronik. Oleh itu, bagi anda yang menghidapi masalah lemak berlebihan, adalah disarankan untuk melakukan aktiviti ini.
5-Mengurangkan risiko diabetes
Sesuai bagi anda yang mengalami masalah diabetes, aktiviti berenang boleh membantu anda untuk mengurangkannya. Dalam satu kajian, menunjukkan bahawa risiko diabetes dikurangkan sebanyak 6% semasa berenang. Dengan hanya 30 minit, tiga kali seminggu risiko mendapat diabetes jenis 2 dikurangkan sebanyak 10%.
Antara kelebihan lain aktiviti berenang adalah:
Meningkatkan sistem pernafasan dengan baik.
Memulih dan meningkatkan tenaga.
Digunakan sebagai terapi pemulihan selepas kecederaan.
Mengurangkan tekanan darah tinggi.
Ibu hamil juga digalakkan melakukan senaman renang untuk menguatkan otot di bahagian bahu dan perut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Peti sejuk, sudah pasti tempat yang paling selamat untuk meletakkan segala makanan, sama ada bahan mentah mahupun makanan lebihan. Tetapi tahukah anda ada sebahagian makanan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk?
Jom kita bincang tentang makanan yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Walaupun menyimpan makanan di dalam peti sejuk mungkin nampaknya cara yang jelas untuk memastikan ia segar tetapi tidak semua makanan memerlukan penyejukan. Malah, untuk sesetengah makanan, ia boleh menjadi yang paling teruk. Udara sejuk peti sejuk boleh memberi kesan negatif terhadap nilai pemakanan sesetengah buah-buahan yang sihat.
Berikut ialah 21 makanan yang tidak boleh anda simpan di dalam peti sejuk, dan mengapa sebaiknya biarkannya pada suhu bilik:
1. Tomato
Jika tomato disimpan di dalam peti sejuk ia akan kehilangan rasa yang kaya dan tajam. Untuk mengelakkannya daripada menjadi tawar dan bertekstur bertepung, tomato hendaklah disimpan KELUAR dari peti sejuk.
2. Pisang
Buah ini memerlukan suhu sederhana untuk masak. Walau bagaimanapun, anda boleh meninggalkannya di dalam peti sejuk jika ingin memastikannya tetap hijau. Jika ia bertukar hitam, ia akan menjadi hitam pada suhu tinggi. Lebih baik menyimpannya di udara terbuka di tempat yang kering dan di dalam plastik untuk jangka hayat yang lebih lama.
3. Avokado
Hampir selalu perlu masak selepas pembelian. Menyimpannya di dalam peti sejuk akan melambatkan proses ini. Avokado akan kekal lazat dan masak secara semula jadi jika disimpan di tempat yang kering.
4. Tembikai
Jika tembikai dimakan segar, ia mesti dipotong dan diletakkan di dalam peti sejuk pada saat-saat akhir, semasa penyediaan hidangan misalnya. Terlalu lama di dalam peti sejuk anda, ia akan kehilangan antioksidannya.
5. Terung
Terung adalah sayuran sensitif suhu dan tempoh berpanjangan di dalam peti sejuk boleh memudaratkan. Suhu di bawah 10 ° C boleh merosakkan tekstur dan juga rasa terung. Ia harus disimpan pada suhu bilik dan jauh dari buah-buahan dan sayur-sayuran lain.
6. Madu
Jika madu boleh disimpan selama bertahun-tahun, kerana gula yang terkandung di dalamnya. Meletakkannya di dalam peti sejuk hanya akan mengeras dan menjadikannya tidak boleh dimakan. Perkara yang menarik tentang madu asli ialah ia boleh disimpan selama-lamanya dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
7. Bawang putih
Bawang putih tidak dibuat untuk peti sejuk, sejuk akan membuatnya bercambah dan menjadikannya tidak dapat dihadam seperti bergetah dan berkulat. Ia adalah satu lagi makanan yang memerlukan peredaran udara. Ia akan kekal baik selama lebih sebulan di ruang terbuka dalam bakul.
8. Bawang
Selalunya akan menjadi lembut, malah kadangkala berkulat, jika disimpan di dalam peti sejuk. Ia tahan lebih lama apabila disimpan di luar. Bawang memerlukan sedikit peredaran udara dan boleh disimpan di dalam jaring yang sering dijual.
9. Coklat
Apabila kita melihat filem putih pada coklat selepas ia disimpan di dalam peti ais, kita sering dipercayai bahawa ia adalah acuan. Malah, ia adalah lemak yang terkandung dalam coklat secara semulajadi! Oleh itu, ia tidak mewakili sebarang risiko untuk kesihatan kita, tetapi ia tidak begitu baik untuk rasa yang kehilangan dimensi. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menempah tempat persembunyian kecil untuknya di tempat kering yang terlindung daripada sinaran cahaya.
10. Kentang
Kentang rasa paling sedap apabila disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Ia juga tidak perlu dibasuh sebelum digunakan. Suhu di dalam peti sejuk akan menyebabkan kanji terurai, yang akan membuatkan ubi kentang terasa berbutir malah manis. Jika kentang telah disejukkan, kulit mungkin menjadi gelap sebelum waktunya semasa memasak.
11. Tembikai susu
Seperti tembikai, tembikai mesti dipotong dan diletakkan di dalam peti sejuk cukup lama untuk menyejukkannya untuk menikmatinya segar. Ia harus disimpan pada suhu bilik.
12. Basil
Menyimpan selasih di dalam peti sejuk bukanlah pilihan yang baik, kerana ia berisiko menyerap bau dan layu terlalu cepat! Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk menyimpannya seperti sejambak bunga: di udara terbuka dalam bekas dengan sedikit air. Anda boleh memeliharanya dengan merendam akarnya dalam segelas air.
13. Telur
Seperti di pasar raya, telur tidak boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk. Letakkannya di tempat yang kering untuk pemuliharaan yang lebih baik.
14. Strawberi
Bersentuhan dengan sejuk, strawberi kehilangan gulanya dan mengambil tekstur pedas. Simpan ia di udara terbuka dan jauh dari cahaya matahari langsung. Yang terbaik adalah, selepas membelinya dimakan dengan cepat.
15. Buah Batu
Seperti kebanyakan buah-buahan, tiket sehala ke peti sejuk bukanlah penyelesaian terbaik! Nektarin, pic dan aprikot lain anda boleh kehilangan nutriennya. Selain mengekalkan antioksidan, penyimpanan dalam udara ambien juga membolehkan ia masak dengan baik sambil menjadi kurang berasid dan oleh itu lebih manis.
16. Timun
Kulitnya tidak suka kesejukan langsung dan akan layu pada kelajuan tinggi. Sehingga anda memulakannya, jangan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik sahaja anda memulakannya, ia boleh diselitkan di bawah lapisan filem berpaut untuk mengekalkan rangupnya.
17. Kopi
Kopi perlu diletakkan di tempat yang kering jauh dari haba untuk kekal segar. Suhu peti sejuk biasanya terlalu sejuk. Ia juga harus disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kualiti yang tinggi. Biji kopi hendaklah disimpan pada suhu bilik dan jauh dari haba, kelembapan dan cahaya.
18. Roti
Suhu sejuk cenderung mempunyai kesan pengeringan pada banyak makanan. Roti akan menjadi kering dan basi jika disimpan di dalam peti sejuk. Ia juga boleh mempunyai tekstur lembut jika disimpan terlalu lama dalam persekitaran yang sejuk.
19. Mentega Kacang
Mentega kacang hendaklah disimpan pada suhu bilik. Ia berkemungkinan akan menjadi kering dan keras jika disimpan di dalam peti sejuk. Untuk mentega kacang yang berkrim dan boleh disebarkan, adalah dinasihatkan untuk menyimpannya di tempat yang gelap dan kering. Kecuali mentega kacang semulajadi yang boleh diasingkan jika tidak disejukkan.
20. Sos tomato
Walaupun kebanyakan botol sos tomato memerlukan anda menyejukkannya selepas dibuka, produk ini biasanya mengandungi bahan pengawet yang mencukupi untuk mengelakkan kerosakan tanpa penyejukan. Banyak restoran menyimpan botol sos tomato di atas meja untuk jangka masa yang lama.
21. Oren
Buah sitrus sangat berasid dan boleh rosak oleh suhu yang terlalu sejuk. Kulit juga boleh menjadi kusam dan berbintik-bintik apabila disimpan di dalam peti sejuk. Oleh kerana oren mempunyai kulit yang tebal dan keras, ia berfungsi dengan baik dalam persekitaran yang lebih panas.
SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...