Penyanyi terkenal , Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak popular iaitu Shuib Sepahtu menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.
“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’’. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai di antata mereka yang menjadi al-Hafiz.
“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecendurungan anak-anak.
“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah mengenai harapannya buat anak-anak tercinta.
kredit: media hiburan, instagram siti sarah