
Bagi penggemar aiskrim sudah tentunya nikmat makan aiskrim itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Bukan semua orang berkemampuan untuk merasa ais krim yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Khas buat mereka yang mengidam makan aiskrim Baskin Robbins tapi enggan rabak poket, jangan bimbang. Kita boleh sahaja buat sendiri aiskrim di rumah. Paling penting rasanya sebiji macam aiskrim Baskin Robbins yang menjadi kegilaan ramai itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum. Ini Resepinya!
Jom kita cuba resipi buat aiskrim yang dikongsi oleh Ameera ini.
BAHAN- BAHAN:
- Whipping cream 2 kotak kecil
- Milo 4 sudu besar
- Susu pekat setengah tin

Langkah-langkahnya:
- Tidak perlu letak air.
- Terus blender semua. Selepas blend masuk terus dalam bekas.
- Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.
- Siap aiskrim Baskin robbin buatan sendiri.
- Tak percaya? Cubalah buat. Memang sedap.
VISUAL CARA NAK BUAT:





Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Ameera
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Antara Persiapan Bertemu Malam Lailatul Qadar, Simpan Segala Gajet Di Rumah. Ayuh Lakukan ni!

Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.

Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
1. Berehat Di Siang Hari

Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
2. Berjaga Di Waktu Malam

Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
3. Siapkan Ruang Solat

Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
4. Tuliskan Doa

“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII”
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
5. Tingkatkan Sedekah

Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
6. Tutup Televisyen Dan Disimpan Semua Gajet Yang Ada

Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Sumber: Facebook Ummu Naufal
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ini Yang Patut Kita Buat Pada 10 Malam Terakhir, Kalau Nak Jumpa Lailatul Qadar.

Diam tak diam sudah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Inilah malam paling ditunggu-tunggu sekalian umat Islam. Malam lailatul qadar yang lebih baik daripada malam-malam sebelumnya
Sepatutnya malam inilah kita berteleku di tikar sejadah sambil melakukan pelbagai amalan ibadah dengan membaca Quran, berzikir dan mengerjakan amalan solat sunat.
Namun senario sekarang apa yang kita perhatikan, 10 malam terakhir inilah bagaikan lubuk rezeki kepada peniaga di Bazar Ramadan. Mana taknya, jualan barangan raya lebih murah daripada biasa dan Bazar Ramadan akan dibuka hingga dinihari. Seakan pesta apabila ada yang lelong pakaian ataupun kuih raya pada harga sangat murah.
ARTIKEL BERKAITAN: Mandi, Berpakaian Indah & Berharum-haruman, Antara Amalan Rasulullah SAW di 10 Malam Terakhir Ramadan
Bukan itu sahaja, malah peniaga online juga tidak kurang sibuknya menjual baju raya di saat akhir. Semua blogger dan peniaga kecil bersaing menampilkan rekaan terkini. Malah untuk lebih senang ada yang menjual pakaian secara pakej sekeluarga.

Pelbagai strategi digunakan dan ada yang lebih awal mempromosi di laman sosial hingga kemudiannya timbul isu ciplak hasil rekaan orang lain. Isu yang bukan sekali dua timbul namun setiap kali raya, pasti ianya berbangkit kembali. Namun begitu, bagi peniaga bagai sudah set di minda ‘Tak kesah lah tiru ke tak? Janji laku, janji masyuk’.
Walau bagamanapun, bagi mereka yang mementingkan kualiti dan rekaan eksklusif tetap dengan memilih rekaan dari pereka terkenal. Rekaan lebih asli dan berkualiti, bagi mereka yang ‘bajet’ utuh dengan pendirian pilih yang ciplak rekaan seakan-akan janji menang memakai.
Persoalannya admin ingin katakan disini dalam kita sibuk menjayakan misi ciplak-menciplak ni bagaimana pula misi dalam merebut 10 malam terakhir Ramadan. Sepatutnya di sepertiga 10 mlam akhir ini kita umat Islam bersedia dalam meningkatkan ibadah puasa dalam merebut syafaat 10 malam lailatul qadar.
Daripada kita asyik mempersoalkan isu ini, ayuh kongsi tip menjelang 10 malam terakir ini.
1. Muliakan niat, bersihkan hati yang tulus dengan memaksimakan ibadah.
2. Bacalah tafsir Al Quran dan fahami isi kandungannya.

3. Jangan menunggu sehingga ke malam 27 seharusnya bangun setiap malam 10 terakhir lakukan ibadah. “Barangsiapa yang terjaga (tidak tidur) di malam lailatul qadar dengan iman dan harapan dosa-dosanya akan diampunkan”. Insya-Allah.
5. Hafalkan doa malam lailatul qadar ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni (Ya Allah kau maha pengampun, maka ampunilah aku.)
6. Pakailah pakaian yang indah dan wangi-wangian ketika beribadah.

7. Bukan malam pasang status di laman sosial contohnya: (alhamdulilah nikmatnya dapat bermunajat ….)
8. Sabar menahan segala dugaan di 10 malam terakhir.
9. Yang paling penting Husnudhzon lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah kita sedang meminta kapadaNya yang maha mencipta janganlah ragu-ragu dengan ketentuannya, yakin dengan sepenuh hati.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasangan Instafamous Ini Pilih Tema Biru Di Majlis Pertunangan. Netizen Puji Cantik & Doakan Bahagia Till Jannah

Dewasa ini, rata-rata hijabi mahukan majlis merai hari bahagia cukup sempurna untuk dikenang seumur hidup. Bukan sahaja di majlis perkahwinan, tetapi juga pertunangan. seperti perkongsian pasangan instafamous ini yang tampil begitu cantik menggayakan persalinan rona biru di majlis pertunangan mereka.
Gambar yang dikongsi menjadi viral kerana keindahan majlis itu dengan padanan warna biru yang cukup memikat hati.
Majlis pertunangan antara Natasya Nazreen dan pasangannya Asyraff Mazlan ini di adakan di sebuah hotel di Kota Bharu dengan dihadiri sanak saudara serta teman-teman rapat pasangan ini.
Biarpun hanya majlis pertunangan, tetapi kemeriahannya seperti majlis perkahwinan. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama popular di media sosial. Justeru tidak hairanlah majlis pertunangan ini mendapat perhatian netizen.
Dalam majlis itu Natasya Nazreen tampil ayu menyarung dress rona biru yang dipadankan dengan penggayaan hijab bawal juga dari rona sedondon.
Sementara itu pasangannya Asfraff Mazlan juga segak dalam pakaian baju Melayu lengkap songkok dan samping juga dari rona yang sama.
Follower kedua-dua instafamous ini turut mengucapkan tahniah dan mengharapkan pasangan ini kekal bahagia till jannah.
sialekchin Congratulations! I like to see you both! Such a lovely couple. Wishing you both have a sweet and happy married life! (soon)
dijamludbaalial akhir nya awk bertunang juga @natasyanazreen dn @asyraffmazlan …couple sempoiii giler..moga kekal hingga ke pelamin dan jannah my all dear
rosmahaini Tahniah….semoga dpermudahkan sehingga kejinjang pelamin ….aamiin.
rabiatulhazwanie Tahniah @natasyanazreen ..semoga sampai ke jinjang pelamin..Aaminn
Lagi Foto-foto Menarik:
#1. miss_eema tahniah tasha
#2. fa.rah6866 Cntiknyaaa
#3. irisyune Beautiful so beautiful
#4. aieshaaiziah nice
#5. puterikelate tahniah si cantik..
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NATASYA NAZREEN & ASYRAFF MAZLAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

