Sebelum ini bukan tidak ada peserta Islam berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Antaranya Halema Aden yang menyertai Miss Minnesota USA 2016 atau Raudha Kasmir menyertai Miss Indonesia 2018. Penyertaaan mereka juga turut mendapat reaksi cukup berbeza dari seluruh masyarakat. Dan sekarang seorang lagi gadis berhijab, Nurul Shamsul, 20 tahun yang mencatat rekod apabila menjadi wanita Islam pertama yang tercalon dalam Top 20 Miss Universe Zealand.
Nurul yang merupakan seorang pelajar dilahirkan di Ampang Selangor ini berdarah campuran Malaysia dan Indonesia telah dibesarkan di New Zealand sejak usianya 5 tahun.
Melalui akauan instagramnya, Nurul menyatakan perasaan gembiranya apabila dia akhirnya layak berada di peringkat akhir untuk pertandingan Miss Universe New Zealand.
Dilihat dari latar belakangnya, Nurul merupakan penuntut di Universiti Waikato dengan jurusan Psikologi. Malah dia juga turut menyatakan hasratnya menyertai Ratu Cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.
Artikel Berkaitan: Ratu Cantik Indonesia Ini Rupanya Bakal Doktor
“Saya suka membantu masyarakat berkembang maju dan membebaskan dan memperkasakan individu di masa hadapan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nurul juga berharap dengan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik ini dapat memberinya peluang menolak stereotaip serta memberi impak positif kepada agama Islam di mana gadis berhijab tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan seperti itu.
“Saya harap peluang yang diberikan ini akan membantu memecahkan sempadan dan stereotaip. Saya juga berharap bersama-sama kita dapat mentakrifkan semula maksud kecantikan itu,” tambahnya lagi.
Melalui salah satu post di laman instagramnya, Nurul turut menulis penting untuk sentiasa mengetahui siapa anda dan asal usul anda. Malah perlu bangga dengan diri sendiri.
Dia turut menambah melalui pengalamannya sendiri, Nurul menyukai New Zeland kerana penduduknya lebih menerima budaya dan etnik yang berbeza. Malah itu yang menjadikan New Zealand unik kerana semua budaya yang ada.
Menjadi satu-satunya gadis berhijab dalam pertandingan Ratu cantik itu nanti, Nurul berharap supaya erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.
Pertandingan akhir nanti akan diadakan pada bulan Ogos di SKYCITY Theater.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL SHAMSUL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI