Apabila kita dibebani pelbagai tuntutan kerja, pastinya badan dan minda kita juga akan cepat letih hingga menimbulkan rasa mengantuk. Boleh tahan mencabar juga situasi ini apatah lagi ketika di bulan puasa. Nak tak nak kena teruskan jugalah.
Namun, jika rasa mengantuk itu makin kuat mencengkam diri, anda bolehlah cuba ikuti tip yang Hijabista sarankan ini. InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk hilangkan rasa mengantuk itu.
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk. Tapi jangan dicuba pulak pada bulan puasa ya!
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
Mendengar lagu ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar lagu favourite kan.
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
Menatap PC dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihat PC. Cuba lakukan perkara lain seperti berborak dengan kawan, touch up makeup atau melihat pokok yang hijau.
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.