‘Rasa Nak Berguling Nangis’- Wanita Sebak Hantar Hadiah Daripada Anak Buat Ibu Bapa Yang Buta

Share

Ibu bapa adalah segala-galanya untuk kita. Merekalah yang telah banyak berkorban bagi memberikan yang terbaik untuk kita agar kita dapat berjaya dalam hidup.

Justeru itu, ramai yang tersentuh hati apabila melihat video perkongsian daripada Siti Sarah ini. Dia yang menjalankan perniagaan menghantar hadiah berasa sebak apabila baru-baru ini dia menghantar hadiah kepada pasangan suami isteri yang kelainan upaya. Hadiah itu merupakan kejutan yang dikirimkan oleh anak mereka sendiri.

Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dekat sini.. delivery harini mengajar aku sesuatu … sesuatu yang susah kita nak jumpa.. dan kita sendiri terlepas pandang.. kita selalu nak kan yang perfect nak ibu bapa macam ni macam ni .. tak dapat apa-apa kita bebal.. tapi kadang-kadang cuba kita fikir mereka yang tak mampu nak bagi..

mak abah yang tak dapat melihat masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar-getar dengan harapan makcik tu takdelah perasan .. yang paling aku nampak ialah walaupun mereka buta, aku tengok dorang happy macam kita jugak .. tak nampak sedih langsung ..

dikurniakan pulak anak yang baik masyallah bila aku baca dah lah memang aku panggil mak abah aku dengan panggilan macam tu dan gelaran aku sendiri ialah kakak .. aku sendiri rasa nak berguling nangis dekat tar eh over lak kau

Mesti mak abah dia sayang dekat anak ingat kot bday anak dia masyallah bertuahnya kamu
Thnks kepada yang order ni .. betul-betul terkesan dihati saya

kredit: Siti Sarah

Published by
Qiss