Rasa Lebih Tenang Lepas Berniqab, Neelofa Padam Hampir 5 Ribu Foto Di Instagram

Share

Selebriti terkenal, Neelofa dilihat telah memadam kebanyakan foto-fotonya yang terdahulu di laman Instagram sejak mengumumkan dirinya kini berniqab pada 15 Oktober yang lalu.

Ini termasuklah gambar-gambar ketika hos Next to Neelofa itu berada di luar negara bagi menghadiri pertunjukan fesyen antarabangsa termasuklah sesi penggambaran bersama beberapa penerbitan majalah sebelum ini.

Tindakan Neelofa itu juga turut disedari oleh peminat-peminatnya yang setia mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka itu. Mereka juga sangat terharu dengan apa yang dilakukan oleh Neelofa itu dan mendoakan agar beliau sentiasa diberkati Tuhan.

Dari 7568 keping gambar, kini yang tinggal hanyalah 2648 keping gambar sahaja di laman Instagramnya sejak dilihat pagi tadi.

Terdahulu, Neelofa mengakui kehidupannya lebih tenang sejak mengenakan niqab. Beliau juga turut tumpang gembira dengan tindakan model hijabi antarabangsa, Halima Aden, yang nekad meninggalkan pentas peragaan kerana cintanya pada agama.

Published by
QIST