Pengacara popular, Farahanim Razak meluahkan rasa kecewanya apabila sosej yang dibelinya dari pasaraya IKEA mempunyai ulat yang menggelikan.
Menerusi perkongsiannya dalam akaun Instagram, dia berasa terkejut apabila anaknya Amira Raissa ataupun lebih mesra dengan panggilan Rara menjerit apabila melihat ada ulat yang masih hidup bergerak di dalam sosejnya.
Semalam beli sosej di Ikea pada waktu malam dalam jam lapan lebih begitu. Tetapi, sosej yang dibeli itu tertinggal dalam kereta. Pagi ini, bila nak ambil semula dan mahu makan, Rara nampak ada benda bergerak. Rupanya sosej ada ulat.
Tambahnya lagi, anak kecilnya itu sudah makan sedikit sosej tersebut. Lantas Hanim membasuh mulut anaknya itu risau akan mengalami keracunan makanan.
Rara dah makan sikit kat hujung tu terus Anim basuh mulut dia. Nasib baik yang hujung tu Anim check takda ulat…baru je beli malam tadi tak letak sos apa-apa, memang tak sentuh langsung terus letak dalam paperbag, tertinggal dalam kereta.
Hanim juga turut bertanyakan soalan kepada warganet sekiranya sosej yang dibelinya dari pasaraya IKEA itu harus dimakan terus sejurus dibeli ataupun tidak.
Memang sosej ni tak tahan ke macam mana? Kena makan terus?
Biarpun dalam beberapa minit sahaja, hantaran yang dikongsikan itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti.
Turut meluahkan raza gelinya tentang kejadian itu, Tok Ti turut menghantar komen berkaitan isu tersebut.
Warganet yang lain juga turut menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka tentang sosej berulat itu.
Sumber gambar: Instagram Farahnim Razak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.