Berlangsungnya Festival Filem Malaysia (FTM) yang ke-32 pada 2 Disember yang menjadi satu majlis anugerah yang cukup disegani oleh ramai penggiat seni. Titik peluh mereka selama ini akan membuahkan hasil dalam satu bentuk penghargaan yang cukup membanggakan.
Pelakon tanah air, Beto Kusyairy, kini telah merangkul satu kategori antara 31 kategori anugerah yang tersenarai dalam FFM ke-32 itu. Dia berjaya memegang anugerah kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik atas lakonannya dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Namun, dia tidak dapat untuk menghadiri ke majlis itu untuk menerima anugerah yang disandangnya. Beto juga ada memuat naik satu posting di laman Instagram dengan ucapan tanda syukur.
“Terima kasih #FFM32 & @finasmalaysia, Syukur alhamdulillah, walau gayat juga atas pengiktirafan setinggi ini,
“Ampun maaf kepada pihak festival kerana tak dapat bersama2 meraya & meraikan dek kekangan masa serta tanggungjawab sedia ada,
“Kepada seluruh warga penerbitan #filemMatKilau terutama sang nakhoda @syamsulyusoffilm yang jerih perihnya aku tak boleh pertikai, ini adalah hasil daripada kerja keras hempas pulas kau juga.” katanya.
Bukan setakat itu, Beto juga mengambil kesempatan itu berterima kasih dan juga menyelitkan juga nasihat buat penonton serta penyokong filem tempatan.
“Terima kasih kepada yang menyokong. Terus semarakkan filem kita melalui cara yang betul. Tinggalkan tontonan cetak rompak khususnya filem2 tempatan melalui telegram atau mana2 platform yang tidak sah. Sekecil inisiatif sebegini memberi impak besar kepada kami selaku penggiat untuk memartabatkan filem kita,
“Semoga filem kita menjadi lebih baik di masa akan datang dari segala sudut selain menginspirasi antara satu sama lain berkat dari sokongan & doa kalian..insyaAllah.” ujarnya.
Hal ini terjadi apabila ramai rakyat Malaysia yang suka untuk menyebarkan cetakan rompak filem secara atas talian dan menggunakan Telegram sebagai medium. Dia juga akhiri posting itu dengan kata-kata dari arwah Yasmin Ahmad–“Do work not for awards. Do it honestly”.
Sumber: Instagram @beto_kusyairy
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.