Juara Big Stage musim ketiga, Azzam Sham telah selamat bertunang dengan cinta hatinya yang juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwanie.
Berlangsung di kediaman keluarga Sheryl di Petaling Jaya malam tadi, majlis tersebut diadakan secara serba ringkas bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sama cantik sama padan, pasangan ini kelihatan manis sekali apabila sedondon menggayakan busana berwarna turqoise.
Jelas Azzam, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.
“Kami sebenarnya sudah kenal sebagai kawan sejak tahun 2015 lagi. Kebetulan perjalanan seni kami sama. Kami pernah menyertai sebuah syarikat rakaman musik yang sama sebelum bertukar ke MVM Production dan Rusa Music.
“Cuma sejak dua tahun yang lalu, ikatan itu bertukar menjadi lebih istimewa. Harapnya perancangan kami untuk mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dipermudahkan,” ujar pelantun lagu Cinta Jangan Pergi ini.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Moga dipermudahkan urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Buat anda semua, jangan lupa untuk menempah segera majalah Hijabista yang terkini dalam tulisan jawi!
sumber: MH, @azzam_sham