Dalam soal pemilihan syampu rambut adakalanya ramai wanita keliru untuk membuat pilihan. Amat penting untuk memilih syampu yang sesuai. Jika tidak, rambut akan gugur dan berkelemumur.
Rambut adalah lambang keyakinan diri dan amat berharga bagi setiap orang, malah ia ibarat mahkota bagi wanita. Bagi sesetengah orang, penjagaan rambut sama penting dengan kulit wajah, namun tidak kurang juga yang mengabaikannya hingga timbul pelbagai masalah rambut.
Pasti ramai antara kita pernah berdepan masalah rambut seperti rosak, kusut, bercabang dan terlalu kering. Berikut dikongsikan beberapa pilihan syampu terbaik yang boleh anda cuba untuk merawat masalah rambut yang anda alami.
Tidak salah menggunakan produk rambut di pasaran, cuma pastikan ia tidak mengandungi bahan kimia berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan kulit kepala. Sekali sekala anda boleh memanjakan diri dengan melakukan rawatan rambut di rumah dengan bahan semula jadi.
HIJABISTA: Selain menggunakan produk perawatan rambut, anda juga boleh menggabungkannya dengan petua menggunakan semula jadi. Salah satu petua yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan limau purut. Ia bukan sahaja melembutkan rambut tetapi dalam masa yang sama menjadikan rambut berbau harum.
Sumber kredit: Twitter Kopi Pasta Top image: Photo by cottonbro from Pexels