Aduhai, kalau tak cuci rambut nanti akan ada bau yang busuk. Bila sudah cuci rambut pula, tekstur akan mula kusut dan terlalu kering sepanjang hari.
Sudah tentunya ramai yang mengalami masalah yang sama dalam senario di atas. Walaupun nak kekalkan rambut wangi dengan mencucinya setiap hari, ia akan lebih membuatkan lagi rambut anda bermasalah!
Ramai yang suka mengambil solusi untuk mencuci rambut dengan sangat kerap. Khuatir ada yang bakal menegur bau rambut yang busuk dan kepam!
Artikel berkaitan: 10 ‘Hair Hack’ Ini Layak Dicuba Pada Helaian Rambut Anda, Obsesi Rambut Kerinting!
Kajian ada menyatakan bahawa kekerapan anda mencuci rambut akan menyebabkan lagi rambut kusut. Bahkan, banyak lagi masalah seperti rambut bercabang dan lain-lain seperti yang bakal dinyatakan di bawah!
Pemilihan produk bukan menjadi satu faktor utama masalah rambut bercabang, malah kerap basuh boleh menyumbang kepada masalah ini. Pelembap semula jadi akan mudah hilang dan mengurangkan kesihatan rambut.
Jadi rambut yang bercabang adalah sebab kekurangan pelembap asli yang keluar dari kulit kepala. Dalam masa yang sama, air panas juga tidak disarankan untuk mencuci rambut kerana ia boleh buat kulit kepala mengelupas dan berminyak.
Rambut yang kering akan memudahkan penampilan kita tampak kusut dan terjadinya masalah rambut yang berminyak. Rambut yang berminyak ini juga boleh menyebabkan bau busuk malah masalah kelemumur dan jerawat pada kepala.
Bagi mereka yang suka mewarnakan rambut sudah tentu anda akan banyak membelanjakan wang yang banyak. Namun, kerap mencuci rambut juga adalah salah satu faktor senangnya warna rambut itu cepat pudar dan tidak menarik!
Keringkan rambut menggunakan pengering rambut sudah tentu akan menyebabkan rambut cepat rosak. Haba yang digunakan juga perlulah bersesuaian dan tidak terlalu panas kerana ia akan menyebabkan rambut rosak dan kelihatan tidak sihat.
Artikel berkaitan: Tanggal Tudung Rambut Leper & Penyet, ‘Hack 15 Saat’ Rambut Jadi Kepok Dan Subur Segera.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.