Cemburunya apabila melihat rambut orang lain sihat, lebat dan berkilat. Tambah-tambah lagi apabila ditiup angin, pastinya beralun dengan cantik seperti seorang model dalam televisyen. Dalam hati kita pun pastinya terbit keinginan untuk memiliki rambut menawan seperti itu bukan?
Janganlah runsing hijabi! Sebenarnya, kita juga boleh memiliki rambut sebegitu. Walaupun bertudung, tidak salah untuk kita berusaha mendapatkannya untuk kepuasan diri sendiri. Bila kita rasa diri cantik, pastinya keyakinan diri kita juga akan bertambah.
Kadang kala, teringin jugalah untuk memberi kelainan gaya pada rambut. Mungkin dari segi stail dan warnanya. Namun, terbit perasaan ragu-ragu kerana risau jika bahan pewarna itu bakal menyusahkan kita untuk menunaikan solat nanti.
Nampaknya para muslimah tidak perlu risau lagi dengan masalah sebegitu. Pilihan sudah ada di depan mata. Pilih sahaja pewarna rambut Garnier Color Naturals tanpa was-was. Tidak syak dan ragu-ragu lagi, ini adalah produk yang perlu anda miliki untuk memberikan sentuhan berbeza pada helaian mahkota anda kerana ia telus air dan halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal).
Hijabi juga tidak perlu tercari-cari lagi produk lain yang sesuai kerana produk pewarna rambut sebegini memang terhad di pasaran. Jika sebelum ini kita khuatir dengan bahan pewarna rambut, kini dengan adanya Garnier Color Naturals ini anda tidak perlu musykil lagi kerana ia tidak mengandungi bahan kimia ammonia yang boleh memberi kesan buruk pada tubuh untuk jangka masa panjang.
Di samping itu, Garnier Color Naturals ini juga mengandungi pelbagai bahan natural yang semestinya dapat memberikan kesan baik pada rambut seperti minyak zaitun, minyak badam dan minyak avocado.
Bukan itu sahaja, sensasi serum buah-buahan dan juga vitamin yang terkandung dalam item ini dapat menjadikan rambut sihat dan kuat. Warna rambut juga akan menjadi lebih cantik dan akan tahan lama sehingga lapan minggu dengan adanya inovasi Color Lock Technology. Mereka yang baru hendak mencuba mewarnakan rambut tidak perlu gusar kerana anda pastinya tidak akan menyesal apabila memilih produk ini.
Buat mereka yang berambut pendek termasuklah kaum lelaki bolehlah menggunakan pewarna ini dalam versi pek sachet kerana saiznya yang kecil sudah cukup untuk mewarnakan keseluruhan helaian rambut dengan rata. Ia juga boleh digunakan untuk membaiki warna akar rambut anda.Dengan hanya menggunakan pek sachet, anda boleh mendapatkan warna rambut yang diidamkan sepantas 15 minit sahaja.
Sangat mudah bukan? Datang dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM 19.90 untuk pek kit/kotak manakala RM 8.40 untuk pek sachet, produk ini mudah didapatkan di mana sahaja seperti di farmasi, gedung pasaraya dan juga di platform atas talian seperti di Lazada, Shopee dan Hermo. Tunggu apa lagi, pilihlah warna kegemaran anda dan belilah sekarang juga!