Melihat segumpal rambut melekat pada sikat selepas rambut disisir tentunya mengundang risau. Apabila anda mengurai rambut dengan tangan, banyak yang melekat di celah-celah jari anda dan didapati rambut lebih mudah gugur selepas dicuci, tentulah membuatkan hati risau. Bukan apa, bimbang semakin banyak rambut yang gugur namun ‘penawar’ untuk merawat masalah ini masih lagi belum jumpa.
Jika masalah ini berlaku, anda tidak bersendirian. Ramai wanita yang mengalami masalah kurang menyenangkan ini, apatah lagi apabila membayangkan kemungkinan rambut menjadi semakin nipis atau risiko botak.
Terdapat pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur seperti stres, tersalah pakai syampu, ubat-ubatan dan sebagainya.
Namun masalah rambut gugur boleh dielakkan dengan beberapa cara. Ikuti perkongsian Seri Delima Abdullah.
PETUA UNTUK MASALAH RAMBUT GUGUR
1.Jangan kerap sangat sikat rambut.
Dah tahukan rambut tu mudah gugur, jadi janganlah kerap sangat sikat rambut.
Dan kalau nak sikat tu gunalah cara yang betul. Jangan direntap macam tu aje rambut tu.
Cara menyikat dengan betul. Genggam sebahagian pada bahagian tengahnya dan sikat pada bahagian hujung rambut dulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.
2. Guna Sikat Bergigi Jarang
Cubalah cari sikat yang bergigi jarang. Dengan sikat bergigi jarang, rambut tidak akan tertarik dengan sepenuhnya.
3. Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, rambut perlu disikat dulu supaya rambut tidak kusut. Jika rambut kusut, risiko untuk rambut gugur cukup tinggi.
4. Tocang Rambut Sebelum Tidur
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur.
5.Makan Makanan Tinggi Protein
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!
6. Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.
7. Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.
8. Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh!
9. Pakai Minyak Kuatkan Akar Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.
10.Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.
11.Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
Semoga dengan perkongsian ini anda dapat mengatasi masalah rambut gugur. Untuk pelbagai pilihan produk rambut, klik DI SINI
Sumber kredit: Seri Delima Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI