Pada hari ini, semakin ramai kaum wanita tidak kiralah muda atau tua yang mendapatkan rawatan estetika bagi menyerikan wajah. Iyelah, siapa yang tak nak cantik kan? Tapi ramai juga yang bernasib malang apabila mendapatkan suntikan daripada doktor yang tidak diiktiraf. Akibatnya, wajah pun jadi makin teruk. Sememangnya adalah sangat penting tau untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah.
Pelanggan perlulah tahu material yang digunakan sewaktu rawatan dan mereka kena jujur dengan doktor. Lebih baik kita mendapatkan rawatan dengan doktor yang berkata ‘Anda harus tunggu beberapa tahun untuk menjalani rawatan ini’ daripada doktor yang cakap ‘ya’ terhadap semua perkara.
Seperti yang telah dikongsikan oleh pakar perubatan iaitu Dr Ma Purita Paz Lao (Dr Peachy) dan Dr Jaime Arzadon (Dr Bong) daripada Filipina, Professor Salvatore Piera Fundaro dan Dr Giovanni Salti daripada Itali pada satu sesi sembang santai yang diadakan oleh RELIFE, anak syarikat di bawah syarikat biopharmaceutical terunggul Itali, Menarini Group. Bertemakan “Bringing Together Science and Art To Create Beauty”, sememangnya perkongsian mereka sangat membuka mata!
Sejak beberapa tahun ini, Dr Peachy telah lihat banyak pelanggan yang dahulunya terdiri daripada golongan dewasa yang berusia, namun kini golongan muda juga turut mencubanya kerana apabila sudah mula bekerja, mereka sangat agresif dan perlu nampak cantik. Orang muda juga tidak lagi malu untuk ke pusat dermatalogi untuk tampil lagi cantik.
Dr Bong pula menjelaskan tujuan utama melakukan dermal fillers adalah bagi memahami konsep dengan mencari punca kepada masalah yang berlaku contohnya apa yang terjadi apabila kita dimamah usia?
Untuk menjadikan kulit lebih segar dan seperti baru, kita boleh melakukannya dengan dermal fillers. Suntikan ini sangat mudah, boleh dilakukan sewaktu anda sedang makan tengah hari ketika waktu pejabat. Sekejap sahaja! Itulah kelebihan asid hyaluronik.
Satu lagi kelebihannya adalah jika pelanggan tidak berpuas hati dengan prosedur, ianya boleh dikeluarkan semula. Proses ini dipanggil hyalurodinase. Seterusnya, asid hyaluronik ini menyerap air hidrofilik yang bersifat menyerap air. Ini membuatkan kulit kita lebih lembap dan segar.
Terdapat pelbagai jenis dermal fillers namun dilarang penggunaannya seperti silikon (bahan terlarang) dan collagen fillers yang sudah tidak popular kerana kesan sampingan dan alergi.
Menurut Dr Fundaro,terdapat perbezaan permintaan di antara orang Asia dah juga Eropah. Wajah orang Asia lebih lebar tetapi pendek namun kulitnya tebal. Permintaan utama orang Asia adalah untuk membentuk hidung dan dagu.
Bagi orang Eropah pula, mereka mahu membentuk semula tulang pipi mereka. Dermal fillers juga biasanya tahan bagi tempoh setahun atau lebih dan untuk orang Asia, sememangnya rawatan ini bertahan lama kerana ketebalan jenis kulit mereka.
Oh, begitu rupanya. Macam bestlah apa yag dikatakan ini. Lepas ni sis pun rasa nak cuba jugaklah! Ada sesiapa yang nak join sekali?