Pada hari ini, semakin ramai kaum wanita tidak kiralah muda atau tua yang mendapatkan rawatan estetika bagi menyerikan wajah. Iyelah, siapa yang tak nak cantik kan? Tapi ramai juga yang bernasib malang apabila mendapatkan suntikan daripada doktor yang tidak diiktiraf. Akibatnya, wajah pun jadi makin teruk. Sememangnya adalah sangat penting tau untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah.
Pelanggan perlulah tahu material yang digunakan sewaktu rawatan dan mereka kena jujur dengan doktor. Lebih baik kita mendapatkan rawatan dengan doktor yang berkata ‘Anda harus tunggu beberapa tahun untuk menjalani rawatan ini’ daripada doktor yang cakap ‘ya’ terhadap semua perkara.
Seperti yang telah dikongsikan oleh pakar perubatan iaitu Dr Ma Purita Paz Lao (Dr Peachy) dan Dr Jaime Arzadon (Dr Bong) daripada Filipina, Professor Salvatore Piera Fundaro dan Dr Giovanni Salti daripada Itali pada satu sesi sembang santai yang diadakan oleh RELIFE, anak syarikat di bawah syarikat biopharmaceutical terunggul Itali, Menarini Group. Bertemakan “Bringing Together Science and Art To Create Beauty”, sememangnya perkongsian mereka sangat membuka mata!
Sejak beberapa tahun ini, Dr Peachy telah lihat banyak pelanggan yang dahulunya terdiri daripada golongan dewasa yang berusia, namun kini golongan muda juga turut mencubanya kerana apabila sudah mula bekerja, mereka sangat agresif dan perlu nampak cantik. Orang muda juga tidak lagi malu untuk ke pusat dermatalogi untuk tampil lagi cantik.
Ads
Wow! Waktu kerja pun boleh buat treatment?
Dr Bong pula menjelaskan tujuan utama melakukan dermal fillers adalah bagi memahami konsep dengan mencari punca kepada masalah yang berlaku contohnya apa yang terjadi apabila kita dimamah usia?
Untuk menjadikan kulit lebih segar dan seperti baru, kita boleh melakukannya dengan dermal fillers. Suntikan ini sangat mudah, boleh dilakukan sewaktu anda sedang makan tengah hari ketika waktu pejabat. Sekejap sahaja! Itulah kelebihan asid hyaluronik.
Ads
Satu lagi kelebihannya adalah jika pelanggan tidak berpuas hati dengan prosedur, ianya boleh dikeluarkan semula. Proses ini dipanggil hyalurodinase. Seterusnya, asid hyaluronik ini menyerap air hidrofilik yang bersifat menyerap air. Ini membuatkan kulit kita lebih lembap dan segar.
Ads
Terdapat pelbagai jenis dermal fillers namun dilarang penggunaannya seperti silikon (bahan terlarang) dan collagen fillers yang sudah tidak popular kerana kesan sampingan dan alergi.
Menurut Dr Fundaro,terdapat perbezaan permintaan di antara orang Asia dah juga Eropah. Wajah orang Asia lebih lebar tetapi pendek namun kulitnya tebal. Permintaan utama orang Asia adalah untuk membentuk hidung dan dagu.
Bagi orang Eropah pula, mereka mahu membentuk semula tulang pipi mereka. Dermal fillers juga biasanya tahan bagi tempoh setahun atau lebih dan untuk orang Asia, sememangnya rawatan ini bertahan lama kerana ketebalan jenis kulit mereka.
Oh, begitu rupanya. Macam bestlah apa yag dikatakan ini. Lepas ni sis pun rasa nak cuba jugaklah! Ada sesiapa yang nak join sekali?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Syurga adalah tempat yang menjadi idaman buat para umat Islam, itulah impian semua manusia dimana mereka ingin berada di kehidupan hakiki kelak. Namun apakah kita selayaknya menerima syurga Allah SWT?
Jangan putus harapan! Meskipun hidup ini banyak dosa telah kita lakukan, Allah SWT masih lagi memberi peluang supaya kita bertaubat. Banyak juga masa untuk perbaiki diri dengan sedaya upaya.
Syurga untuk semua dengan usaha…
Sememangnya, lelaki dan perempuan layak memasuki syurga tidak kira jantina, tiada perbezaan pun untuk kedua-duanya. Apa yang membezakan ada bagaimana jaminan seseorang itu dengan amalannya untuk layakkan diri ke syurga Allah SWT, itulah persoalannya.
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka ia diundang di akhirat supaya masuk syurga berdasarkan pintunya mana yang ia suka (sesuai pilihannya).”
(HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Jadi jelas di sini menyatakan ada terdapat amalan-amalan tertentu yang memudahkan seseorang wanita itu untuk memasuki syurga. Solat lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, menjaga harga dirinya serta mentaati sang suami–syurga di janjikan buatnya. Secara lazim, amalan yang penting untuk wanita patuhi adalah dengan menjaga serta mendirikan solat lima waktu.
Allah SWT pernah berfirman:
“Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
(Surah An-Nisa ayat 103)
Manakala, diriwayatkan oleh Jabir R.A, Rasulullah SAW juga bersabda:
“Perumpamaan solat lima waktu adalah seperti seseorang yang mandi di sebuah sungai yang dalam yang mengalir di depan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”
(HR. Muslim)
Namun, ada juga amalan yang harus diketahui oleh para muslimah. Amalan ini juga boleh menghapuskan kesalahan dan meningkatkan darjat seseorang muslimah itu.
Di petik oleh Abu Hurairah R.A, mengatakan Rasulullah SAW bersabda:
“Sukakah engkau semua saya tunjukkan pada sesuatu amalan yang dengannya itu Allah SWT akan menghapuskan segala macam kesalahan serta mengangkat pula dengannya tadi sampai beberapa darjat? Para sahabat menjawab; “Baik, ya Rasulullah”
Baginda bersabda:
“Iaitu menyempurnakan wudhu’ sekalipun banyak menghadapi kesulitan, melangkahkan kaki untuk pergi ke masjid, serta menantikan solat setelah selesai solat yang satunya. Yang sedemkikian itulah yang dinamakan ribat (perjuangan).”
Apa yang dapat kita simpulkan melalui hadis serta penjelasan baginda SAW adalah:
Sempurnakan wudhu’ sekalipun menghadapi kesulitan, misalnya di saat cuaca dingin sekali, sehingga airnya pun menjadi sangat dingin.
Dalam hadis di atas di jelaskan bahawa sentiasa berthaharah yakni kekal suci dari hadas besar dan kecil, maka solat dan segala sesuatu yang dilakukan dengan niat ibadah dan berbakti kepada Allah SWT, adalah sama pahalanya dengan berjihad fii sabilillah.
Suaranya yang memukau sentiasa menjadi igauan telinga yang mendengar. Auranya saat beraksi di atas pentas pastinya memikat mata yang melihat. Namanya bukan asing lagi dalam industri muzik tempatan mahupun di Indonesia, Singapura serta Brunei. Punya legasi sendiri, nama Anuar Zain masih kukuh dan sentiasa menjadi dambaan ramai terutamanya kaum wanita.
Semalam, pada 25 Januari 2022, bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur, penyanyi lelaki popular Anuar Zain ataupun nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain menghadiri sidang akhbar Makan Malam Amal Anuar Zain – “Karena Aku Cinta”. Kehadirannya pada acara itu membuat ramai yang teruja dan team Hijabista sempat bertanyakan soal jodoh yang yang menjadi persoalan ramai tentang perkembangan hal peribadi penyanyi lelaki tersohor ini.
“Mungkin jodoh saya di alam lain..”
Berbicara soal jodoh, pelantun lagu Lelaki Ini tidak janggal meluah kata malah selesa berkongsi rasa tentang dirinya yang masih sendiri. Menurutnya, soal jodoh bukanlah isu yang bisa ditentukan olehnya. Malah, dia yakin dengan perancangan serta ketentuan Allah SWT. Pastinya, jodoh datang awal bersebab, malah datang awal juga ada hikmahnya.
Soal jodoh itu kita tidak boleh rancang. Mungkin kalau jodoh saya belum tiba di sini, Allah dan tentukan jodoh saya di alam selepas ini. Setiap manusia pasti ada pasangannya sendiri. Itu janji Allah SWT kepada kita dan itulah rahsia-Nya.
Sentiasa berdoa untuk yang terbaik
Ulasnya lagi, dia juga turut mendoakan agar Allah SWT memberikan jodoh yang terbaik untuk dirinya dan juga keluarga. Sentiasa bersabar dan percaya dengan perancangan dari-Nya, Anuar tidak gusar menanti jodoh untuk dirinya. Malah lebih bersabar dalam menanti cinta hati miliknya.
Andaikata Allah sudah memilih jodoh untuk menjadi pasangan saya suatu hari nanti, jadi saya terima dengan hati yang terbuka. Saya juga seringkali berdoa untuk diberikan pasangan yang baik dari segala aspek. Apa yang penting, jodoh saya itu harus menerima saya juga keluarga saya, begitu juga sebaliknya.
Tambahnya lagi, antara tiga kunci utama yang diamalkan untuk memastikan segala urusan dipermudahkan adalah menjaga hubungan dengan Allah SWT, menjaga hubungan sesama manusia dan sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT.
Bakal mengadakan persembahan di Ipoh International Convention Centre (IICC) pada 5 Mac 2022, penyanyi Anuar Zain bersama Bond Holdings Sdn.Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad akan meraikan makan malam amal bersempena untuk menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan ‘Frontliners’ yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang Pandemik Covid-19 dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik ini. Harga tiket bermula dari RM 230, RM 280 dan RM 380. Untuk info lanjut, hubungi 011-36088001.
Team Hijabista mendoakan agar Anuar Zain mendapat jodoh yang terbaik untuk dirinya dan keluarga serta dipermudahkan segalan urusan. InsyaAllah. Amin Ya Rabb..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Rangkaian makanan segera ada di mana-mana dan hidangan cepat, mudah dan lazatnya menarik apabila anda dalam perjalanan. Bukan rahsia lagi bahawa makanan segera biasanya penuh dengan kalori, natrium, dan gula, yang boleh menyukarkan untuk mengekalkan diet atau mengikuti program penurunan berat badan anda.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh menikmati hidangan atau snek dari restoran makanan segera kegemaran anda sekali-sekala. Jika anda menyemak pengambilan kalori hidangan makanan segera anda, menyesuaikan hidangan dengan bijak dan terus membuat pilihan makanan pintar untuk hidangan lain, anda masih boleh menikmati makanan segera semasa berdiet.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mengambil kira Pengambilan Kalori
1. Kira kalori
Mengurangkan pengambilan kalori adalah penting untuk menurunkan berat badan dan ketahui jumlah kalori yang perlu ada setiap hari akan membantu anda merancang makanan segera. Secara purata, seorang wanita memerlukan kira-kira 1,500 kalori setiap hari untuk kehilangan 1 paun setiap minggu. Purata lelaki perlu mengambil kira-kira 2,000 kalori setiap hari untuk menurunkan berat badan pada kadar yang sama. Umur, ketinggian, berat semasa dan tahap aktiviti faktor utama.
2. Semak nilai pemakanan dalam talian sebelum makan
Sebelum tiba di restoran makanan segera, rancang hidangan anda lebih awal dengan menyemak nilai pemakanan yang disenaraikan dalam talian. Banyak rangkaian restoran makanan segera dan popular, membolehkan anda meneroka kandungan nutrisi di laman web mereka. Mengetahui apa yang perlu dipesan lebih awal akan membantu anda mengekalkan pilihan makanan yang sihat dan menguasai kalori.
3. Cari kiraan kalori pada menu
Jika anda tidak mempunyai peluang untuk menyemak maklumat pemakanan sebelum pergi ke restoran makanan segera, anda masih boleh membuat pilihan termaklum. Anda akan sering melihat kiraan kalori disenaraikan di sebelah item makanan pada menu di restoran makanan segera. Pastikan menyemak kiraan kalori setiap hidangan dengan teliti dan pilih hidangan yang sesuai dengan matlamat kalori anda tidak akan berasa bersalah tentang apa yang anda makan.
Memesan dari Menu Makanan Segera Semasa Berdiet
1. Pesanan dari menu kanak-kanak
Makanan yang disenaraikan dalam menu kanak-kanak boleh menjadi pilihan yang bagus semasa anda berdiet. Bahagiannya lebih kecil, jadi ia mengandungi lebih sedikit kalori daripada item pada menu utama. Selain itu, anda sering boleh memilih sekeping buah sebagai pilihan sampingan.
2. Langkau soda
Harap maklum bahawa kiraan kalori hidangan pada papan tidak termasuk kiraan kalori untuk soda. Purata cawan soda boleh mengandungi sekitar 300 kalori dan 19 gram (0.67 oz) gula, yang tidak berguna untuk mengekalkan diet anda. Air sentiasa menjadi pilihan yang selamat, bebas kalori dan menyegarkan. Juga, badan anda memerlukan air untuk terus hidup dan berfungsi dengan baik.
Walaupun soda diet mempunyai sifar kalori, gula tiruan dalam minuman boleh membuatkan anda mengidam lebih banyak gula sebenar, menyebabkan anda terlalu menikmati hidangan manis yang lain. Minuman limau dan buah-buahan biasanya membawa sama banyak kalori dan gula seperti soda.
3. Katakan tidak kepada kentang goreng
Banyak hidangan di rangkaian makanan segera menawarkan pesanan kentang goreng sebagai sampingan. Walaupun kentang goreng sememangnya lazat, ia boleh membungkus kiraan kalori berkisar antara 300 hingga 900 kalori! Ia kebanyakannya hanya lemak dan kalori. Gantikan pesanan kentang goreng dengan salad sampingan, sekeping atau buah-buahan, atau memilih untuk melangkau pesanan sampingan sama sekali.
4. Minta perasa atau salad dressing anda dihidangkan di sebelah.
Perasa seperti mayonis, sos tartar, krim masam, sos barbeku dan sos salad mengandungi kalori dan gula yang tinggi. Mayonis, sebagai contoh, mempunyai kira-kira 180 kalori untuk setiap 2 sudu besar atau 30 mililiter (1 fl oz). Kalori tersebut boleh bertambah dengan cepat. Minta untuk menerima perasa atau salad dressing dalam bekas kecil di sisi supaya anda boleh mengawal jumlah yang anda gunakan.
Pilih untuk menggunakan mustard untuk meningkatkan rasa. Pada kira-kira 20 kalori untuk 2 sudu besar, mustard adalah perasa yang enak dan rendah kalori yang mempunyai banyak rasa.
5. Pilih makanan panggang daripada goreng
Apabila memesan makanan dari restoran makanan segera, elakkan memesan makanan yang dilapisi roti atau digoreng. Pilih sandwic dan bukannya pilihan yang rangup, atau abaikan stik drum yang digoreng dan pesan panggang. Makanan bergoreng menyerap banyak lemak dan tinggi kalori. Makanan panggang mempunyai kiraan kalori yang lebih rendah, menjadikannya lebih mudah untuk mengekalkan matlamat penurunan berat badan anda.
6. Pertimbangkan tortilla
Bungkus tortilla boleh mengandungi sekitar 300 kalori, jadi memilih mangkuk berbanding tortilla boleh membantu anda mengekalkan kalori. Kurangkan kalori dengan lebih banyak lagi dengan melangkau krim masam padat kalori dan keju parut.
7. Buang roti hamburger
Lain kali anda mengidam hamburger atau sub sandwic, sesuaikan pesanan anda dan kurangkan kalori dengan membuang roti. Pertimbangkan untuk memesan sandwic anda yang dibalut dengan salad. Memesan hamburger tanpa roti boleh mengurangkan kira-kira 150 kalori. Jika anda tidak mahu memotong roti sepenuhnya, minta roti itu dilubangkan untuk mengurangkan kalori.
8. Nikmati salad dengan protein tanpa lemak
Menikmati diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan protein tanpa lemak boleh membantu anda menurunkan berat badan, meningkatkan tahap tenaga anda dan mengekalkan jisim otot. Apabila memesan makanan segera, pertimbangkan untuk menikmati salad dengan ayam panggang dengan saus ringan di bahagian tepi.
Berhati-hati dengan salad yang mengandungi perban berkrim, keju cincang, bacon dan perasa padat kalori yang lain. Penambahan ini boleh menukar salad yang sihat dan tanpa lemak menjadi hidangan padat kalori.
9. Belah makan dengan kawan
Jika anda benar-benar menikmati burrito dengan krim masam atau suka berbelanja dengan milkshake coklat, minta rakan untuk membahagikannya dengan anda. Berkongsi hidangan akan membantu anda mengawal bahagian dan pengambilan kalori. Selain itu, anda akan memuaskan keinginan makanan segera tanpa menjejaskan diet anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ikon fesyen berhijab Indonesia, Irish Bella sering berkongsi gaya outfit yang modest dan stylish melalui media sosial buat para hijabi yang ingin tampil anggun...