Ramai Yang Tak Tahu Cara Nyahbeku Bahan Mentah Dari Peti Sejuk. Ini Pendedahan Seorang Doktor

Share

Ikan basah sekiranya terlalu lama berada di dalam peti ais memang agar sukar untuk mengeluarkannya, apatah lagi apabila anda ingin menyegerakan urusan memasak. Ada juga ramai juga mengadu bahan mentah yang beku tidak berapa segar dan kurang enak dimakan.

Ekoran itu seorang doktor mendedahkan cara betul menyahbekukan bahan mentah peti sejuk yang ramai tidak tahu. Jom baca dan kongsikan. Seperti dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan.

CARA YANG BETUL SIMPAN DAN NYAHBEKU BAHAN MENTAH DI PETI AIS.

“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut. Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer”.

Bahan mentah yang hendak simpan di dalam freezer harus dicuci bersih-bersih, selepas itu siang bahan mentah dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Sekiranya hendak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

“Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi kalau gitu. Hehe.”

Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat mengelakkan beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Boleh Cuba 7 Resepi Sihat Ayam Perapan Untuk Diet Plan Dalam Bulan Ramadan

Cara nyahbeku bahan mentah yang betul:

  1. Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir sehingga bahan mentah tersebut lembut.
  2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
  3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!

Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat! Di musim anda tidak dibenarkan keluar rumah ini haruslah membuat stok makanan basah untuk jangka masa yang panjang tetapi tidak perlulah sehingga membuat pembelian panik.

Sumber: FB Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Published by
SH