Usaha bersama pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin bersama pelakon Fasha Sandha nenganjurkan solat hajat dan doa selamat khas buat rakan artis mereka, Nad Zainal, kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Perkongsian dari Shahrulezad di laman media sosial Instagram miliknya itu memaklumkan usaha Fasha Sandha mengelolakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk kesembuhan Nad Zainal.
Katanya, Fasha Sandha bertungkus lumus untuk mengusahakan majlis itu dari lokasi masjid sehingga makan dan minum para tetamu. Shahrulezad juga menjelaskan Fasha bersungguh-sungguh menghubunginya malam sebelum hari kejadian.
“Terima kasih buat Fasha Sandha yang bersusah payah mengatur semua ini. Dia call saya malam sebelumnya,
“Dia yang beria buat semua ini dari cari lokasi masjid sehinggalah ke urusan makan dan minum, Semua ini dilakukan atas sebab ramai yang sayangkan Nanad (Nad Zainal),
“Semoga Allah SWT memakbulkan dia tulus ikhlas dari kami semua.” titipnya di ruangan kapsyen itu.
Majlis itu diadakan khas bagi memanjatkan doa dan mengharapkan kesembuhan serta bukti rasa sayang mereka terhadap Nad Zainal.
Pengarah drama itu juga membuat satu inisiatif tabung kecemasan buat pelakon itu untuk membiayai kos rawatan perubatan di hospital pakar. Tujuannya lagi untuk cuba meringankan beban keluarga pelakon itu.
Sumber: Instagram budakijat dan Siakapkeli
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.