Hari ini, penggunaan serum sudah menjadi sebuah kewajipan dalam masyarakat kita. Jika kita lihat di mana-mana farmasi, pelbagai rangkaian produk serum dijual dari pelbagai jenama dan juga fungsi.
Serum amat disarankan bagi mereka yang mengalami masalah muka breakout atau mengalami masalah jerawat yang serius. Serum juga berfungsi untuk memperbaiki muka yang rosak akibat jerawat yang melampau.
Ia juga berupaya merawat kesan iritasi dan jangkitan punca merebaknya jerawat. Antara bahan mujarab terkandung dalam serum rawatan jerawat ialah ekstrak botani seperti daun teh hijau dan timun. Selain itu terdapat juga unsur AHA (alpha-hydroxy acid), BHA (beta-hydroxy acid), asid sitrik dan zink.
Kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada kamu cara pemakaian serum yang betul. Ha! Ini penting tau kerana jik serum tidak dipakai dengan cara yang betul, maka ia tidak mendatangkan hasil yang baik kepada wajah kamu. Jom amalkan langkah-langkah ini!
1. Bersihkan muka
Sebelum memakai serum pada wajah, muka haruslah dalam keadaan yang bersih dari sebarang solekan supaya khasiat serum dapat meresap jauh ke dalam kulit muka.
Ads
2. Keringkan kulit muka
Kemudian, pastikan kamu mengeringkan muka dengan tuala bersih. Tekapkan sahaja tuala ke muka untuk tidak memstikan kulit menjadi kering. Biarkan muka dalam keadaan yang sedikit lembap supaya serum dapat berfungsi dengan baik dan meresap jauh ke dalam kulit.
Muka yang lembap memudahkan facial serum dapat diserap lebih sempurna daripada keadaan muka yang terlalu kering.
Ads
3. Gunakan serum secukupnya
Kuantiti serum haruslah cukup ketika kamu menyapunya pada permukaan kulit. Bukan hanya sekadar titiskan ke tapak tangan dan kemudian sapu ke muka, tetapi kamu juga perlu terus menitiskan facial serum ke seluruh kawasan muka, terutamanya di bahagian dahi, pipi, dagu dan leher.
4. Urutan yang lembut
Ads
Cara urutan juga memainkan peranan penting. Kamu haruslah menyapu rata keseluruh muka dan mengurut secara lembut. Teknik urutan perlulah secara membulat dan menaik. Bila kamu mengurut secara menaik, ia membantu penyerapan serum lebih berkesan kerana liang-liang pori yang tertutup oleh bulu roma di muka akan terselak dan sekaligus memudahkan penyerapan facial serum terus masuk ke dalam liang-liang pori.
5. Tepukkan telapak tangan ke muka
Cara terakhir ini pasti kamu seringkali lihat di mana-mana iklan di kaca televisyen atau di laman sosial. Teknik tepuk telapak tangan ke muka ini untuk melonggarkan otot-otot di wajah dan memudahkan serum untuk berfungsi dengan baik. Caranya, gosokkan tapak tangan supaya rasa hangat & kemudian barulah tepuk ke muka. Uolls boleh fokuskan di bahagian dahi dan pipi. Ia bertujuan untuk mengalirkan suhu panas ke muka supaya serum dapat diserap dengan baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi Azzam Sham dan pasangannya, Sheryl Shazwanie selamat menyambut cahaya mata pertama mereka pada jam 9.45 malam Ahad yang lalu. Sheryl melahirkan bayi perempuan seberat 2.89 kilogram dengan kaedah pembedahan di Assunta Hospital Petaling Jaya.
Azzam atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkongsi berita gembira tersebut melalui Insta Story miliknya. Dia memanjatkan rasa syukur apabila isteri tercinta selamat bersalin dan proses kelahiran anak sulung mereka dipermudahkan.
Bercerita mengenai momen menyambut kelahiran anaknya, Azzam menyatakan bahawa dia berpeluang berada di sisi Sheryl dalam bilik pembedahan dan menyaksikan sendiri proses isterinya bersalin.
Menurut Azzam, pengalaman tersebut membuatkan dia insaf dan memberi kesedaran bertapa berharganya pengorbanan seorang isteri yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat dan tiada galang ganti mahupun dibayar dengan wang ringgit.
Menerusi Insta Story tersebut, Azzam telah berkongsi foto Sheryl yang dilihat berada di dalam wad, diikuti sebuah video menyaksikannya masuk ke dewan pembedahan. Dia juga sempat memohon doa daripada orang ramai buat isterinya itu.
Selepas isterinya selamat bersalin, Azzam telah memuat naik foto cahaya mata mereka yang ditutupi dengan emoji bunga.
“Alhamdulillah Sheryl selamat melahirkan anak sulung kami.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan, maaf kalau ada yang Azzam tak sempat reply DM,” tulisnya.
Terbaru, Sheryl turut berkongsi video pendek yang merakamkan Azzam sedang tersenyum lebar sambil memegang anak mereka dengan penuh kasih sayang. Keadaan Sheryl juga dilihat semakin baik selepas pembedahan. Malahan, dia juga sempat memuat naik swafotonya berserta tulisan ‘Selfie dulu’.
Akui Azzam, dia masih belum mempercayai situasi yang sedang dilaluinya. Dia kini sudah bergelar seorang bapa dan juga menganggap ia satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
“Sebenarnya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.
“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” katanya melalui Mstar.
Sekadar info, Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya. Pasangan ini juga mengumumkan bakal menyambut cahaya mata pertama mereka pada Julai lalu ketika usia kandungan Sheryl memasuki lima bulan.
Sumber: Instagram Azzam Sham, Sheryl Shazwanie dan Mstar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kejayaan empat pelajar perempuan yang berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan bagi Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan.
Ini demikian kerana, pencapaian ini secara tidak langsung telah melonjakkan nama negara Malaysia di persada dunia, dan juga nama Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor sendiri.
Pencapaian Membanggakan Ini Tarik Perhatian Perdana Menteri
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook miliknya telah menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ‘luar biasa’ ini dan memberikan kata-kata semangat agar para pelajar ini lebih cemerlang di masa hadapan.
“Tahniah pasukan Master- H ECS dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor kerana berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Nuremberg, Jerman, semalam.
“Tahniah kepada ahli-ahli pasukan terdiri daripada Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.
“Saya difahamkan pasukan ini telah menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (iENA) 2022 ini. Syabas saya ucapkan!
“Semoga kejayaan pasukan SMK (A) Kuala Selangor ini akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk turut terlibat dalam inovasi dan rekacipta sehingga menggapai kejayaan,” ujarnya panjang menerusi hantaran tersebut
Sebagai rekod, kesemua ahli pasukan SMKA Kuala Selangor terdiri daripada para pelajar berusia 16 tahun iaitu Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.
Mereka dibimbing oleh guru berpengalaman iaitu Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor bagi menyertai IENA yang merupakan pameran inovasi tertua di dunia yang dipertandingkan sejak lebih 70 tahun lalu.
Dikatakan bahawa pintu yang tertutup lebih baik daripada yang terbuka, tetapi bagaimana jika pintu itu benar-benar disekat oleh orang lain? Nah, anda sentiasa boleh mengetuk, tetapi itu mungkin tidak berfungsi dengan baik jika anda cuba menghubungi seseorang atau jika anda cuba mengelakkan gangguan dalam mesyuarat.
Jangan risau, ada cara untuk membuka tapak web yang disekat, walaupun orang lain menyekatnya. Ia dipanggil proksi dan jika anda memahami cara ini berfungsi, anda boleh menggunakannya untuk membuka mana-mana tapak web yang disekat, termasuk yang disekat oleh tempat kerja, sekolah atau penyedia perkhidmatan internet anda.
Internet telah berubah dengan pantas sepanjang dekad yang lalu, dengan itu cara individu mengakses tapak web kegemaran mereka. Tetapi kesan sampingan daripada kemajuan teknologi ini ialah lebih ramai orang berhadapan dengan semakin banyak teknologi penyekat. Walaupun anda mungkin tidak menyedarinya, mungkin telah disekat daripada mengakses tapak melalui pelayar web, yang berlaku apabila tapak ditapis.
7 Cara Mengakses Laman Web Positif yang Disekat di Internet, pengguna internet hari ini tidak dapat mengakses laman web yang tersedia di internet. Kerana laman web di internet tidak boleh dilihat dengan serta-merta secara keseluruhannya. Anda boleh membuka tapak yang disekat oleh Internet dengan mudah untuk membuka semua kandungan di alam siber. Sama ada melayari PC/komputer riba atau telefon bimbit, kaedah ini dijamin berkesan!
Internet Positif ialah istilah yang biasa digunakan untuk menamakan aktiviti menyekat untuk tapak yang dianggap melanggar. Sebenarnya, tidak semua tapak yang disekat mengandungi kandungan negatif. Jom semak cara membuka tapak yang disekat. Nasib baik, terdapat alternatif yang mudah!
Walau bagaimanapun, untuk mengakses tapak yang diharamkan oleh internet positif, gunakan langkah yang digariskan di bawah untuk melumpuhkan internet positif. Berhati-hati semasa menggunakan penapis internet positif ini dan elakkan menggunakannya untuk melawati tapak dengan kandungan yang tidak baik.
Cara Membuka Tapak Tersekat Internet Positif pada HP
Anda boleh melakukan cara untuk menyingkirkan Internet Positif pada peranti telefon bimbit. Kaedah ini digunakan untuk telefon pintar berdasarkan iOS dan Android. Buka semua tapak Internet Positif yang disekat dengan atau tanpa aplikasi.
1. Buka laman web yang disekat internet positif tanpa aplikasi
Kaedah ini boleh dikatakan kaedah paling mudah untuk menghapuskan Internet Positif. Anda tidak perlu memasang sebarang aplikasi sebagai bantuan dalam membuka tapak yang disekat.
Buka penyemak imbas pada peranti HP.
Akses tapak com.
Pilih pelayan negara untuk digunakan.
Taip laman web yang disekat Internet Positif ke dalam medan.
Klik butang GO atau Start.
Tapak yang disekat oleh Internet Positif telah berjaya dibuka.
2. Buka Tapak Tersekat Internet Positif melalui Aplikasi VPN
Jika anda ingin membuka tapak yang disekat oleh Internet Positif dalam jangka masa panjang, maka anda boleh memasang aplikasi VPN pada peranti anda. Terdapat banyak aplikasi VPN yang boleh membuka tapak yang disekat oleh kerajaan.
Muat turun dan pasang aplikasi VPN.
Buka dan jalankan aplikasi.
Klik pada toggel untuk mengaktifkan.
Jika pop-up muncul, semaknya kemudian klik OK.
VPN disambungkan dan akses tapak yang disekat.
Cara Membuka Tapak Tersekat Internet Positif pada Komputer Riba
Komputer riba sememangnya peranti yang paling mudah untuk mengakses internet dengan bebas berkat skrinnya yang besar. Walau bagaimanapun, kemudahan ini mungkin sering diganggu oleh Internet Positif yang menyebabkan tapak tertentu tidak boleh diakses.
1. Buka Tapak Tersekat Internet Positif melalui Google Chrome
Teknodroid telah memberikan arahan tentang cara membuka tapak yang diharamkan dalam Google Chrome supaya boleh mengakses internet pada komputer.
Pada komputer riba atau PC anda, lancarkan penyemak imbas Google Chrome.
Di penjuru kanan sebelah atas penyemak imbas, sila klik titik menegak 3> Lagi Alat> Sambungan.
Jika pemasangan sambungan chrome selesai, pelayar Chrome anda kini telah memasang sambungan VPN Sentuh. Untuk menggunakan sambungan, pergi ke penjuru kanan sebelah atas dan klik simbol VPN Sentuh, kemudian klik butang ” Click To Connect”. Menggunakan pemalam Touch VPN, anda kini boleh cuba mengakses tapak yang dilarang dalam Google Chrome.
Anda boleh mengakses tapak terhad yang berbeza di seluruh dunia dengan tambahan Touch VPN ini. Kerana Touch VPN mungkin mendapat akses yang baik kepada internet dengan menggunakan pelayan proksi di negara lain.
2. Buka Tapak Tersekat Internet Positif melalui Mozilla Firefox
Mozilla Firefox, seperti Google Chrome, adalah salah satu pelayar yang paling popular di kalangan penduduk umum. Terdapat juga pengguna komputer yang terperangkap di internet positif Mozilla dalam keadaan tertentu. Sehingga mereka tidak dapat mengakses laman web yang disekat oleh kerajaan. Sila ikut arahan di bawah untuk melumpuhkan internet positif dalam Mozilla Firefox.
Pertama, buka pelayar Mozilla Firefox.
Kemudian pilih pilihan Add-on daripada ikon baris 3.
Sila masukkan istilah “anonymoX GmbH” dalam kotak carian.1629693458_55_7-Cara-Untuk-Buka-Positif-Disekat-Tapak-Di-Internet-2021
Kemudian, dalam pelayar Mozilla Firefox, pasang alat tambah itu.
Sebelum menggunakan Mozilla Firefox untuk mengakses tapak terhad, mulakan semula penyemak imbas.1629693459_422_7-Cara-Untuk-Buka-Positif-Disekat-Tapak-Di-Internet-2021
Jika Addon ini aktif, ikon X akan ditunjukkan di penjuru kanan sebelah atas penyemak imbas.
Jika ia belum lagi aktif, klik simbol X, kemudian klik Aktif.1629693460_787_7-Cara-Untuk-Buka-Positif-Disekat-Tapak-Di-Internet-2021
AnonymoX ialah addon Mozilla Firefox yang membolehkan anda mengakses tapak yang diharamkan oleh internet positif. Addon ini berfungsi dengan menggantikan alamat IP semasa pengguna dengan alamat IP sementara dari negara lain. Di mana sahaja tapak yang anda ingin akses tidak diharamkan di negara itu.
3. Buka Tapak Tersekat Internet Positif melalui Aplikasi VPN
Aplikasi ini mampu membuka laman web yang disekat oleh kerajaan atau internet positif. Aplikasi yang disyorkan dipanggil Betternet. Aplikasi ini adalah percuma dan boleh digunakan tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu.
Muat turun Betternet di www.betternet.co.
Pasang pada komputer riba/PC anda.
Buka apl dan klik butang connect.
Tunggu sehingga proses penyambungan selesai.
Jika berjaya, semua tapak yang disekat akan dibuka.
Apabila menggunakan program VPN percuma untuk melayari, anda dinasihatkan supaya mengelak daripada memasukkan maklumat peribadi atau kewangan di mana-mana tapak. Kerana program ini akan membaca dan merekod semua data yang anda masukkan selagi anda melayari dengan aplikasi android ini.
Begitulah cara untuk membuka tapak yang disekat oleh Internet Positif baik pada komputer riba/PC atau peranti telefon bimbit untuk mengakses semua kandungan tanpa had. Anda boleh memilih untuk menggunakan kaedah dengan atau tanpa menggunakan aplikasi tambahan. Bagaimanapun, maklumat di atas mesti digunakan untuk tujuan yang berguna. Sebagai pengguna internet yang bijak, anda mesti tahu sempadan selamat!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...