Perkongsian satu video yang dimuat naik oleh penyanyi Faizal Tahir telah menjadi perhatian orang ramai. Melalui video itu, Faizal sedang mengajar seorang mualaf untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Ramai yang menzahirkan rasa kagum dan sebak melihat tindakan penyanyi tersebut. Sungguh mulia seorang insan yang menyambut kedatangan saudara Islam yang baru.
Artikel berkaitan: Hijrah Terindah, Lisa Kongsi Tips Kekal Istiqomah Untuk Perbaiki Diri!
Selamat Datang Saudara Islamku
Melihat pelantun suara lagu Gemuruh yang mengajar seorang lelaki mualaf untuk melafaz syahadah memberikan banyak kesan kepada mereka yang menonton video tersebut. Terasa sebak dan gembira melihat seseorang individu yang ingin memegang agama Islam atas kerelaan hati.
View this post on Instagram
Berkongsi di laman sosial media miliknya itu, dia menitipkan rasa syukur yang tidak terhingga dapat membantu seseorang memeluk agama Islam. Juga tulisnya pada kapsyen posting tersebut dengan potongan maksud ayat Surah An-Nasr.
“Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,
“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” Surah An-Nasr (“The Help”).” tulisnya.
Di dalam video itu juga Faizal Tahir kelihatan sangat lembut mengajar dengan teliti ucapan syahadah kepada lelaki tersebut. Lelaki itu juga di soal jika ada sesiapa yang memaksanya untuk memeluk Islam, ujar lelaki tersebut tiada dan ini atas kerelaannya sendiri.
Ramai yang memuji tindakan Faizal
Usahanya membantu lelaki tersebut meraih perhatian orang ramai. Alhamdulillah, banyak komen dan doa yang positif diberikan kepada penyanyi itu di ruangan komen posting tersebut.
“Alhamdulillah…seronok tengok usaha sahabat… – Ashraf Muslim
“Alhamdulillah, terima kasih bang membimbing saudara baru mengenal Islam… – Ryzal Ibrahim
“Allahuakbar, orang bukan islam kejar-kejar untuk masuk islam dan ingat mendalami keindahan agama ini. Kita yang islam juga lalai dan abai dengan pemberian Allah SWT. Semoga sahabat baru kita dapat manfaat dan nikmat pada hari akan datang kelak, InsyaAllah.” antara komen yang diberikan.
Artikel berkaitan: Kisah Hijrah Elfaeza Ulhaq, Akui Dunia Hiburan Tidak Semuanya Indah
Subhanallah, semoga perkongsian Faizal Tahir ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita. Kami dari Hijabista mendoakan yang terbaik buat abang Faizal Tahir dalam perjalanan berdakwah.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI