Keterampilan diri sempurna bukan hanya dari hijab yang cantik, malahan penjagaan mahkota harus diurus terlebih dahulu. Ramai hijabi tidak mengetahui kewujudan salon khas untuk wanita bertudung.
Kebanyakkan mereka kurang yakin berkunjung ke salon kerana bimbang ketika menjalani rawatan ada pengunjung bukan muhrim memasuki salon ketika aurat mereka terdedah.
Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Lebih mudah jika melakukan rawatan rambut di salon.
Masalahnya susah untuk mencari salon yang khas buat wanita muslimah. Di sini Hijabista salon khas untuk muslimah menjalani rawatan rambut mesra muslimah .
1. Siti Salon Al -Zahra, Shah Alam
Di premis ini, hanya pelanggan wanita yang dibenarkan masuk.dan salun ini menggunakan konsep moden dan dihiasi dengan amat cantik sekali. Kedai gunting rambut ini mengamalkan syariat dan menjaga aurat kaum wanita. Rawatan yang “special” dalam salon ini ialah rawatan akar rambut dengan madu.
Lokasi: 14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam
Waktu kerja: Setiap hari kecuali hari Selasa
Facebook: Siti Salon | Al – Zahrah
2. Secret Muslimah Salon
Salon ini terletak di Alor Setar. Walaupun salon kecil dan ruang terhad, ia masih membekalkan perkhidmatan yang paling profesional dan ramah yang anda boleh jumpa di Kedah. Kakitangan di sini tidak kedekut berkongsi ilmu menjaga rambut dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk di Alor Setar.
Lokasi: No. 20, Tingkat 1 Komplex Perniagaan utama Sambungan Sultanah Alor Setar Kedah
3. Chinta Hair Salon & Beauty Wangsa Maju
Salon ini bertemakan konsep rona bunga ungu, ia membekalkan kawasan bertutup khas untuk wanita yang bertudung untuk menjalankan rawatan atau gunting rambut. Salon ini di miliki oleh pelakon terkenal Fasha Sandha.
Lokasi: 33 – 1, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ads
Wangsa Walk, Wangsa Maju bersebelahan dengan OCBC
Waktu kerja: setiap hari 11am – 9pm
4. FYNNA HAIR STYLING & HOUSE OF BEAUTY
Fynna pernah muncul di paparan surat khabar Metro. Salon ini menawarkan perkhidmatan penjagaan rambut dan kecantikan. Salun ini sering kali menjalankan promosi dan menawarkan diskaun kepada pelanggan lama sehingga 50 %.
Lokasi: 27 -1, Jalan Lagenda Suria 1, Taman Lagenda Suria, 41300 Hulu Langat, Selangor.
5. Iris Salon & Spa
Salon ini dapat memenuhi keinginan wanita muslimah yang mengejar kesihatan dan kecantikan. Di sini membekalkan kawasan untuk muslimah menjalankan rawatan berdasarkan konsep islam.
Lokasi: No. 23 -1 – A, Jalan Kristal AS7/AS, Sek 7, Shah Alam.
Waktu kerja: Setiap hari kecuali Isnin
Facebook: Iris Salon & Spa
Ads
6. Sue Beauty Salon
Salon muslimah ini membekalkan anda kawasan yang selesa dan rawatan serta perkhimatan gunting rambut yang profesional untuk golongan wanita. Rawatan lain yang istimewa termasuklah rawatan inai uban, steam treatment, facial dan lain – lain.
Lokasi: No 579 -G, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, Batu Caves
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Sue Beauty Saloon
7. Spa & Salun Kecantikan Muslimah Hurun Ain Oasis
Di sini lah tempat rawatan dan salon yang semua muslimah mengidam – idamkan. Pelanggan pasti merasa amat selesa dan selamat sekali kerana tiada kaum lelaki dibenarkan untuk memasuki premis ini.
Lokasi: 104, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Hurunainoasis Spa
Ads
8. Jazeerat El-Rahah, Bangi
El-Rahah menyediakan ruang yang luas, tertutup dan privasi hanya untuk wanita Islam sahaja.
Lokasi : 55-1 Jalan 8/35 Bandar Baru Bangi
Waktu kerja: Selasa – Khamis : 11:00 am – 8:00 pm Jumaat : 11:00 am – 8:00 am Sabtu : 10:00 am – 7:00 pm Ahad : 10:00 am – 6:00 pm
Facebook Jazeerat El Rahah – Professional Hair Salon for Muslimah
9. Suri Permai Spa, Setapak
Semua wanita datang kepada kami kerana kepakaran kami menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan untuk semua peringkat pusingan hidup. Kami peneraju menyelesaikan masalah penjagaan rejim kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
Lokasi : 17-3 Platinum Walk, Jalan Langkawi Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Kerja: 10 am – 7 pm
10. EKA ROOT
Eka Roots adalah pusat kesihatan rambut dan kulit kepala di Bangsar. Rawatan untuk pertumbuhan rambut, rambut kering dan warna rambut dengan rawatan henna dan salun. Walaupun pemiliknya bukan Islam tetapi tetap menyediakan ruang khas utntuk muslimah
Lokasi : 123 Jalan Maarof, Bangsar
Kuala Lumpur, Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya. Pernah menyuarakan hasrat untuk ‘gugur’ sebagai syahid dan nyata permintaan bekas sukarelawan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Razan Ashraf Najjar di makbulkan. Dia maut selepas ditembak di dada oleh rejim Zionis ketika memberikan bantuan perubaan di perkampungan Khua’za Gaza Jumaat lalu.
Menerusi Facebook MyCare, Razan dikatakan pernah menyuarakan hasratnya untuk ‘gugur’ sebagai syahid.
“Boleh sahaja jika saya (Razan) hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka,” katanya yang dipetik melalui Facebook NGO terbabit.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCare. Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang terkejut dengan berita kematiannya yang dianggap kejam kerana dibunuh menjalankan tugas membantu insan yang memerlukan.
Kamarul berkata, Razan ada menyuarakan hasratnya untuk meneruskan aktiviti sukarela, namun tidak sempat menyempurnakan sepenuhnya niat baiknya itu.
“Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.
Mangsa Razan Ashraf Najjar, 21 tahun yang juga warga Palestin pernah menjadi sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu tahun lalu.
Najjar yang juga seorang jururawat memakai uniform putih ketika sedang menjalankan tugasnya sewaktu ditembak di bahagian dada berkenaan.
Dalam kejadian berkenaan 100 orang cedera termasuk Najjar yang terbunuh disebabkan serangan tentera Israel di hari Jumaat nan mulia.
Sebelum itu, Najjar dikatakan sedang berusaha membantu pesakit lain dalam jarak 100 meter dari kawasan sempedan tetapi kahirnya peluru Israel menembusi dadanya.
Ribuan yang menghadiri majlis pengebumian sukarelawan yang bukan sahaja masih muda tetapi punya personaliti menarik.
SUMBER: HARIAN METRO
KREDIT FOTO: VIA FACEBOOK HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MYCARE)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasti banyak di antara kita baru sedar kewujudan ‘Bijan’ bukan ? Bijan yang tengah popular sekarang di Malaysia semestinya bukanlah ‘bijan’ yang digunakan dalam masakan itu tetapi sebuah jenama fesyen antarabangsa yang dikatakan jenama termewah di dunia. Mari kita lihat beberapa fakta mengenainya yang pasti membuatkan semua terkejut apabila mengetahui mengenai nilai eksklusifnya.
Bijan Pakzad menamakan butik itu sempena dengan namanya selepas berpindah ke Los Angeles pada tahun 1970-an dari Iran. Sejak dibuka pada tahun 1976, ‘House of Bijan’ telah menghasilkan beberapa pakaian, kasut, wangian serta aksesori yang paling mahal di dunia. Kini, anaknya Nicolas Pakzad yang meneruskan legasi perniagaan tersebut.
Butiknya hanya terdapat satu di dunia ini dan terletak di Beverly Hills, California. Di luarnya terdapat sebuah kereta Bugatti Veyron dan di dalamnya dihiasi dengan lukisan bernilai jutaan dolar karya agung Fernando Botero.
Setiap Presiden Amerika dari zaman Ronald Reagan telah menjadi pelanggan butik itu. Hanya Presiden Donald Trump sahaja yang belum berkunjung ke situ.
Butik yang sangat eksklusif. Anda perlu membuat temujanji dahulu sebelum berkunjung ke situ. Tidak kiralah anda seorang Presiden, bintang filem terkemuka mahupun jutawan, peraturan itu tetap harus dipatuhi.
Selain Presiden Amerika, antara selebriti terkenal yang berkunjung ke situ ialah Pierce Brosnan, Arnold Schwarzenegger, Hugh Hefner dan Putera Rainier dari Monaco.
Tali leher yang dihasilkan di sini dilengkapi dengan nombor siri dan setiap daripadanya dipadankan dengan sehelai sapu tangan khas.
Pengeluaran setiap produk adalah sangat terhad. Setiap satu rekaan hanya mengeluarkan dua bilangan produk paling maksima.
Dikenali degan rekaan mereka yang menggunakan kulit buaya sebagai bahan fabrik utama. Kulit kangaroo dan kashmir juga digunakan dalam penghasilan produk mereka.
Sangat terkenal dalam penghasilan pakaian lelaki (men’s suite).
Nilai yang paling rendah yang seseorang pelanggan laburkan apabila berkunjung ke situ ialah sebanyak 100 ribu USD. Pada suatu ketika, mereka menghasilkan 10 rekaan beg kulit khas untuk isteri- isteri hartawan yang menempah daripada butik mereka.
Nak dapatkan handbag idaman jenama luar negara dengan harga murah? Klik sini untuk ketahui lebih lanjut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, pergolakkan rumah tangga antara aktor, Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri akibat gangguan penyondol Athira Yuhada. Akhirnya menemui penamat apabila mahkamah memutuskan ikatan perkahwinan mereka terlerai dengan talak satu.
Rentetan dari peristiwa duka ini, Shuhada atau lebih mesra disapa sebagai Shu, mengambil keputusan untuk menjadi tetamj Allah. Menjejakkan kaki ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah umrah sekaligus memanjatkan doa, rasa syukur dan mencari secebis ketenangan.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Shu sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan
beberapa keping foto Shu berlatarbelakangkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran berkenaan, Hijabista difahamkan Shu telah berangkat menunaikan umrah pada Sabtu sebaik sahaja tamat tempoh iddah iaitu tiga kali bersih kitaran haid.
Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menzahirkan rasa teruja kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, dalam masa sama Shu memohon agar para pengikutnya dan wargamaya mendoakan segala urusanya sepanjang berada di sana dipermudahkan Allah SWT.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati orang ramai turut mendoakan semoga Shu dikurniakan umrah yang mabrur oleh Allah.
Sebelum ini, Shuhada menyatakan dia ingin ke ‘rumah Allah’ bagi mencari ketenangan dan memohon doa.
Untuk rekod, pada Khamis lalu (27 Julai 2023), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan penceraian talak satu diantara pasangan Shuhada dan Hafidz.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...