Ramai Suka Makan Telur Masin Tapi Tak Suka Part Yang Putih, Ini Cara Buat Telur Kuning Masin

Share

Memang ramai yang suka makan telur masin namun tak ramai yang suka makan bahagian putihnya. Akibatknya bila makan telur masin, seringkali bahagian putih dibuang. Salah satu sebab mengapa tidak ramai yang menyukai bahagian putih telur masin ialah kerana bahagian ini agak masin berbanding bahagian yang kuning.

Ini ada berita baik  buat si penggemar telur masin yang hanya suka makan bahagian kuningnya sahaja.

Berikut perkongsian Hafiz Danial.

Aku suka telur masin tapi tak suka bahagian putih. Dah laa mahal harga kat kedai makan. Tak puas tau nak makan, yelaaa nak makan dengan nasi lagi, ratah lagi, belum masuk kategori khas letak dalam mulut pastu hisap sampai cair. Mana nak cukup sebiji.

Okay kita buat sendiri. Tapi kita buat telur kuning masin jee, say no to telur putih.

1. Bersihkan telur ayam pencen.

2. Masukkan garam secukupnya.

 

3. Ratakan garam tu. Gaul manja manja jee, jangan kasar sangat, takut hancur. Lepas itu peram 3 jam. Tutup bekas tersebut.

 

4. Lepas 3 jam dia akan jadi macam ni. Garam tu dah jadi larut macam air.

 

5.Rebus laa dua tiga biji untuk test kemasinan dah oky ke belum. Kalau tak masin tambah garam dan peram lagi.

 

6. Kalau dah okay, basuh bersih dan toskan. Biar telur tu kering.

 

7. Letak dalam bekas kedap dan simpan dalam peti ais. Jangan simpan kat luar, takut cepat rosak sebab bakteria.

 

8. Inilah hasilnya.

Mudah dan tak susah nak buat pun sis.

Sumber kredit: Hafiz Danial via Masak Apa Hari Ini

Published by
Norhasliza