Ramai Sudah Menunggu, Uyaina Arshad Dan Suami Kini Dedahkan Jantina Bayi Sulung!

Share

Ramai yang menantikan perkembangan terbaru mengenai kedua pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan juga suami, Raja Syahiran, sejak mereka mula diijabkabulkan sehingga hanya berbaki beberapa hari sahaja sebelum melahirkan bayi sulung mereka.

Sudah tentu pelakon dan pengacara, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Arshad, 30, dan suami  tidak sabar menantikan tibanya hari bersalin dan bersiap sedia dengan kelengkapan bayi.

Uyaina Suka Makan ais ketika hamil?

Pelakon dan pengacara itu turut berkongsi aktiviti/perkara yang sering dilakukannya ketika sedang hamil. Perkongsian itu dimuat naik menerusi akaun

TikTok dan Instagram Hijabistamag telah mendapat sambutan ramai warganet.

Apa yang menjadi perhatian warganet adalah tabiat Uyaina yang suka makan ais, berhias dan suka tidur. Ramai yang memberi pendapat di ruang komen bahawa pasangan ini bakal menerima seorang bayi lelaki.

Tetapi ada juga yang berpendapat mereka akan mendapat cahaya mata perempuan kerana Uyaina juga rajin untuk membersihkan rumah.

Artikel berkaitan: Cantik-cantik Gambar ‘Maternity Shoot’ Uyaina Arshad, Berseri-seri Wajah Bakal Mama

Tiba masanya untuk semua tahu!

Kini kedua pasangan ini bakal mendedahkan jantina bayi sulungnya di majlis “Baby Shower” mereka yang diadakan di Villa Nadiah, Janda Baik, Bentong, Pahang.

 

“Tolong doakan urusan Uyaina untuk melahirkan dipermudahkan.” katanya.

Seperti yang semua nantikan, Uyaina dan Raja mendedahkan jantina bayi sulung mereka adalah lelaki! Tahniah buat kedua pasangan bahagia ini. Nampaknya tekaan orang ramai memang tepat mengenai jantina bayi kedua pasangan ini.

Nama baby perlu mula dari “U”

Setelah mendedahkan jantina bayi sulung mereka, Uyaina dan Raja ada niat untuk namakan anak mereka bermula huruf “U”.

Jadi mungkin mereka sudah ada pilihan nama bayi mereka yang pasti sedap bunyinya!

Hijabista: Semoga dipermudahkan urusan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran bagi menimang anak sulung tak lama lagi! Kami semua doakan yang terbaik buat anda berdua!

Artikel berkaitan:

Published by
SH