Ramai Sangka Kulit Berminyak Dan Berjerawat Tak Perlu Pelembap, Salah!

Share

Pernah tak anda dengar momokan seperti ini, “jika kulit ‘berminyak dan berjerawat’, elakkan memakai krim pelembab atau menggunakan moisturizer,” kerana ia hanya akan menjadikan masalah kulit yang dihadapi lebih serius. Sebenarnya, untuk pengetahuan Hijabi ‘tanggapan’ seperti ini adalah salah sama sekali!

Ini kerana, pelembab atau moisturizer bertindak sebagai ejen yang merawat masalah kulit berminyak serta jerawat yang tumbuh melata pada kulit wajah. Oleh itu, dengan penggunaan pelembab ia dapat membantu kulit anda memperoleh pH kulit (Skin pH) yang seimbang dan memberi lembapan tepat mengikut keperluan kulit.

Tanpa pelembab, kulit akan menjadi kering dan menggelupas serta meggalakkan pertumbuhan jerawat lebih banyak. Justeru, adalah penting untuk kulit berminyak atau berjerawat mendapat lembapan yang sewajarnya.

Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control ‘Skin Sos’ Dan Pelembab Terbaik Untuk Kulit Anda!

Tapi lambakan pelembab di luar sana, membuatkan kepala anda runsing? Tak tahu nak pilih produk mana yang sesuai dengan kulit? Hijabista sarankan anda cuba rangkaian produk daripada Hada Labo Blemish & Oil Control!

Kenapa perlu gunakan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control ni? Sebab produk ini adalah penyelamat anda! Dan menawarkan ‘Skin SOS’ yang sempurna untuk membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Lebih menarik lagi, rangkaian produk ini juga mampu mengurangkan pembiakkan jerawat pada wajah, dalam masa sama memulihkan keseimbangan antara minyak dan air semulajadi yang terkandung dalam kulit.

Selain itu, Hada Labo Blemish & Oil Control turut melindungi kulit daripada sebarang ‘anasir luar’ yang boleh merosakkan kulit antaranya jeragat dan melegakan kerengsaan kulit, sekaligus membantu kulit lebih terhidrat kerana mengandungi Asid Hyaluronik dan ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed serta Chamomile.

Jangan risau sis! Bahan-bahan yang terkandung dalam rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control ini sememangya selamat dan dikhususkan untuk anda yang berdepan masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Hanya Tiga Langkah Mudah, Masalah Kulit Berminyak Dan Berjerawat Anda Selesai!

 

Langkah 1: Cuci Muka Menggunakan Hada Labo Blemish & Oil Control Foaming Wash

Khususkan untuk membantu menghidrat, menenangkan dan memulihkan keseimbangan air dan minyak semulajadi tanpa mengeringkan kulit. Selain itu, ia juga akan membersihkan kulit secara menyeluruh jauh ke dalam liang pori untuk memastikan tiada sisa atau lebihan minyak yang tidak diperlukan kulit, hingga menyebabkan liang pori tersumbat (sebum)

dan menggalakkan pertumbuhan jerawat.

Mengandungi bahan ekstrak seperti, Hatomugi, Bishop’s Weed dan bunga Chamomile yang mampu mengecilkan liang pori, mengecutkan jerawat, meghaluskan tekstur kulit kasar, menggelakkan kerengsaan, kemerahan dan kekusaman kulit.

 

Langkah 2: Sapukan Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion Pada Wajah!

Sempurnakan langkah kedua dengan sapukan pula Losen wajah dari rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control. Menariknya, losen ini bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu, mengawal jeragat dan minyak serta melembapkan kulit.

Mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti Asid Hyaluronik untuk mengunci, menyimpan dan menambah lembapan untuk menghasilkan kesan kulit yang lembut, licin dan anjal.

Dalam masa yang sama losen ini membantu mengawal pertumbuhan jerawat dan pengeluaran minyak ekoran kandungan ekstrak Hatomugi, Houttuynia Cordata dan Bunga Chamomile yang berfungsi melawan jeragat, meredakan kerengsaan kulit

 

Langkah 3: Oleskan Produk Terbaharu! Hada Labo Blemish & Oil Control Gel

Produk terbaharu di dalam rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control, mempunyai tekstur yang ringan bebas lekit, dapat membantu menyegarkan kulit dan mempunyai penyerapan segera ke dalam kulit. Ekstrak tumbuhan semulajadi daripada barli mutiara asli, ekstrak Hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica, Houttuynia Cordata dan Bunga Chamolie dapat membentuk benteng kulit yang ampuh, serta mengurangkan cela.

Untuk kesan yang lebih memuaskan, gunakan Hada Labo Blemish & Oil Control Gel dua kali sehari selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion dengan jumlah secukupnya, dan sapukan merata pada bahagian muka dan leher. Setelah sapu, urut dan tepuk kulit dengan perlahan untuk membolehkan penyerapan lebih mendalam ke dalam kulit.

Jadi dah tau kenapa, anda perlu memilih Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control sebagai penyelamat kulit dan ‘Skin SOS’ dari kulit berminyak dan berjerawat? Jom dapatkan produk menarik ini segera! Kini telah tersedia di semua rangkaian farmasi utama, atau layari laman sesawang Hada Labo Malaysia atau Facebook rasmi  MY Hada Labo | Facebook sekarang!

Published by
Haifa Nasir