Sejak melahirkan anak sulungnya, penampilan penyanyi tersohor negara ini memang sangat menarik perhatian. Apa tidaknya, bentuk badannya kini semakin langsing dan terbaru sudah mampu menggayakan baju 11 tahun lalu. Baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menyarung jaket kesayangan yang pernah digayakan kira-kira 11 tahun lalu. Ternyata bentuk tubuhnya sudah kembali kepada asal seperti zaman sebelumnya. Malah wajah Siti juga semakin cantik dan berseri-seri setelah bergelar ibu kepada Siti Aafiyah.
Ramai tertanya-tanya apa rahsia Siti yang kelihatan langsing selepas bersalin dan salah satu jawapan adalah dengan menyusu badan kepada anak sulungnya itu. Juga beliau turut mengamalkan cara berpantang yang konsisten sepanjang tempoh berkenaan.
Kini Siti sudah mula menjalankan kembali aktiviti seni yang menjadi kerjayanya selama ini. Beliau yang kini kelihatan semakin ceria, apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti selama 11 tahun.
Ayuh kita lihat #OOTD Siti dari selesai sahaja tempohnya berpantang hinggalah ke hari ini. Malah penampilannya yang kini seperti anak dara juga turut mendapat pujian netizen. Ada yang turut meminta tip daripada penyanyi kesayangan ramai ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK