Nor Hidayah yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey ada meluahkan perasaannya mengenai sambutan Ramadhan pada tahun ini.
Luahnya, perasaan menyambut bulan puasa tahun ini menjadi sayu tanpa adanya insan tersayang iaitu suaminya di sisi.
“Selamat menyambut bulan ramadhan 23.04.2020..Tahun ni berbeza menyambut puasa ermm sayunya hati bila puasa tanpa insan tersayang.”
“Ya Allah, anugerahkanlah suamiku balasan yang sebaik-baiknya kerana membimbingku ke jalan-Mu dan pahala yang besar atas kasih sayangnya yang melimpah-ruah ke atas ku Aminn Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang..
Arwah Abam telah mendirikan rumah tangga bersama Nor Hidayah pada tahun 2017. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 8 bulan.
Allahyarham telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu kerana demam panas.