“Ramadan Nak Muhasabah Diri Dan Tenang Beribadah..” Koleksi Syawal Fiziwoo Dah Siap Untuk Dijual

Share

Setiap tahun pasti koleksi baju raya menjadi tumpuan umat Islam bagi meraikan bulan yang penuh kegembiraan. Mencari helaian sempurna pastinya menjadi satu kemestian bukan untuk diri sendiri malah untuk pasangan dan keluarga.

Menyarungkan koleksi raya sentuhan dari pereka tempatan sudah menjadi menjadi impian setiap gadis malah angan dipasang apabila melihat selebriti menyarungkannya. Fiziwoo antara jenama yang menjadi bualan si fashionita. Siapa tahu angan-angan jadi kenyataan!

Koleksi terbesar dan khas untuk semua

Sebagai jenama yang amat mengutamakan kepuasan pemakai, koleksi terbesar dari Fiziwoo ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang amat besar dari segi luaran dan dalaman. Selesa, anggun, rapi dan pratikal jika digabungkan bersama keyakinan yang tinggi pasti menaikkan seri gaya Aidilfitri anda.

Ini juga bertepatan dengan pemilihan fabrik dan warna dalam koleksi ramadan dan raya, duo hebat ini mahu semua orang merasai helaian koleksi raya dari Fiziwoo. Masih mengekalkan estetika Fiziwoo yang terkenal dengan kemasan, sofistikated dan mewah dengan harga mampu milik, jenama ini mempersembahkan rekaan klasik yang dimodenkan dengan silhouette

warisan lama namun diberi nafas baru dan istimewanya sulaman (embroidery) biku premium.

Ramadan cantik untuk beribadah

Untuk Ramadan dan Raya 2023, Fiziwoo menyajikan tidak kurang dari 100 rekaan yang membangkitkan tradisi Asia untuk wanita moden beribadah.

“Untuk beribadah kita perlu pakaian yang cantik dan selesa, melihat pada tempahan tahun-tahun sebelum ini ramai yang mahukan rekaan jubbah, kaftan bagi menghadiri majlis beribadah di bulan puasa. Jadi koleksi Ramadan kali bersifat untuk beribadah,” kongsi Fizi di majlis pelancaran tudung WooFiziwoo X Tudungruffle.

Koleksi Ramadan 2023 merupakan gubahan rekaan ekspresif yang benar-benar membangkitkan mood dan aura untuk beribadah, kerana rekaan Fiziwoo tidak akan mengecewakan anda, didatangkan dengan pelbagai warna dan saiz, hijabi plus saiz usah ragu kerana koleksi ini tersedia dari saiz xs hingga 7XL. Cantik untuk beribadah malah sesuai digayakan bila-bila masa sahaja.

Kolabratif khas Syawal

Mempunyai tiga segmentasi yang berbeza, kolabratif dengan AEON yang akan dilancarkan pada 26 Februari. Koleksi ini juga mempunyai pelbagai pilihan warna yang didatangkan sekali dengan koleksi baju melayu. Matchy dengan Si Dia! Koleksi kali ini sememangnya semua untuk wanita yang ingin kelainan dan tampak segar 

apabila digayakan dipagi raya.

Mempunyai kualiti dan teknikal yang wow, secara tidak sedar menjadi titik inspirasi untuk Fiziwoo mengekalkan kesempurnaan dalam setiap helaian. Kemasan dan fabrik yang tampak mahal, koleksi ini menawarkan harga yang berpatutan bermula dari RM159. Anda akan menemui pancaran warna yang berani dalam koleksi Eid 2023 Fiziwoo, yang masih mengekalkan koleksi pertengahan yang lebih jelas dan mewah dengan lace begitu juga koleksi raya FiziwooLuxe.

Bulan Muhasabah diri

Mempunyai koleksi terbesar khas untuk anda semua pasti persiapan dan perancangan telah di buat lebih lama lagi. Apatah lagi Fizi menegaskan pada bulan Ramadan kali ini, tumpuan untuk beribadah.

“Bulan Ramadan adalah bulan yang buat anda bahagia dan gembira, tetapi bukan untuk pereka dan tukang jahit. Bulan Ramadan segala ketakutan datang untuk menyiapkan segala tempahan, adakalanya saya tak dapat beri tumpuan pada ibadah. Perkara itu yang membuat saya gusar”

“Apabila umur sudah meningkat saya perlu fikir ke hadapan, kita ini hidup tak lama, esok lusa kita boleh ‘pergi’”. Apa yang boleh kita sumbang pada masyarakat yang boleh menjadi amalan ibadah dan saya juga boleh beribadah dengan tenang pada bulan Ramadan,” luah Fizi apa yang dirasainya selama 12 tahun dalam industri ini.

Dia juga berharap keluaran-keluaran yang datang akan selari dengan apa yang dimahukan sama ada kebaikan di dunia mahupun kebaikan yang menjadi saham diakhirat kelak juga usahanya dirahmati olehNya. Sedikit informasi semua koleksi Ramadan dan Raya Fiziwoo boleh didapati di laman sesawang rasmi Fiziwoo dan fizikal store.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH