Sebelum tibanya Ramadan, negara dilambakkan dengan pelbagai kisah-kisah negatif yang bertebaran di laman sosial yang disajikan kepada kita dan tidak enak didengari halwa telinga.
Tidak kira sama ada cerita berkenaan golongan kenamaan, selebriti mahupun melibatkan warganet.
Malah, isu-isu yang sering menjadi sorotan adalah berhubung isu-isu perkahwinan, penceraian, keganasan rumah tangga, perbalahan dan macam-macam lagi perkara negatif hingga kita muak mendengarnya meski pun berada di bulan mulia Ramadan Al Murbarak.
Perkara ini mendatangkan rasa terkilan dan kurang senang di hati personaliti televisyen dan juga pengacara berpengalaman, Ahmad Fedtri Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Fedtri.
Sehubungan itu, menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Fedtri mengulas berkenaan lambakan berita negatif di media sosial agar memberi kesedaran supaya masyarakat lebih cakna memanfaatkan bulan Ramadan.
Dalam hantaran berkenaan Fedtri di lihat memuatnaik sekeping foto memaparkan keratan akhbar mengenai jumlah pelajar yang didaftarkan disebuah sekolah di salah sebuah sekolah di Perak.
Artikel berkaitan: DJ Lin Zahir Rasa Syukur, Allah Jemput Jadi ‘Tetamu’ Tanah Suci Di Bulan Ramadan, Pernah..
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Hijabista ada coretan yang ditulis Fedtri pada ruangan kapsyen hantaran itu yang solah-olah amat tepat dengan situasi yang melanda masyarakat kita kebelakangan ini.
“Banyak sangat berita negatif walaupun bulan yang suci.. Baik kongsikan kisah-kisah perjuangan yang membina minda dan jiwa. Ramadan hanya sebulan, ayuh manfaatkan.
“Biarlah sendiri di jalan yang benar daripada beramai-ramai tanpa hala dan tujuan. Semoga anak ini menjadi pahlawan merentas zaman yang mencabar.
“Moga juga kesabaran untuk ibu bapa dan guru-gurunya.. 💚” tulis Fedtri ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Mengulas isu tersebut, dapat dilihat Fedtri seakan terkilan kerana lambakan berita-berita negatif yang masih menjadi sajian umum dan ditularkan di media sosial meskipun ketika ini umat Islam sedang menyambut dan menikmati kedatangan bulan suci penuh barakah yang hanya datang sebulan sahaja pada setiap tahun.
Pada pandangan Fedtri, adalah lebih baik sekiranya masyarakat disajikan dan berkongsi perkara-perkara postif yang bermanfaat seperti kisah perjuangan para anbiya’ ataupun perkara-perkara yang mampu membina jiwa, membuka minda serta menjadi santapan rohani yang lebih optimis.
Dalam hantaran sama, Fedtri berharap dan menyeru segenap lapisan masyarakat agar lebih memanfaatkan bulan Ramadan ini selagi masih diberi kesempatan untuk menikmatinya.
Sumber: Instagram Fedtri Yahya
Artikel berkaitan: Mahu Perbaiki Diri, Baim Wong ‘Azam’ Ramadan Kali Ini Mesti Capai Dua Hasrat Untuk..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.