Kurang seminggu lagi, bulan Ramadan Al-Mubarak akan membuka tirainya! Bermakna hijabi semua dah boleh merancang untuk berbuka puasa di mana, sepanjang bulan puasa ni!
Tak mungkin selama sebulan hanya iftar di rumah sahaja kan? Tambahan pula, masa berbuka puasa ni lah waktu yang amat tepat untuk kita mengeratkan ukwaah sesama ahli keluarga, rakan taulan, jiran dan juga pasangan.
Jadi sementara masih ada masa lagi, apa kata Hijabi sediakan Wishlist Iftar untuk Ramadan tahun ini, tapi dua destinasi ni ‘wajib’ ada dalam senarai tau, sebab dua destinasi pilihan Hijabista ini, menawarkan juadah iftar yang amat berbaloi dengan tawaran harga berpatutan.
Bermula pada 23 Mac sehingga 21 April nanti, Ormond Hotel yang terleak di Chow Kit bakal menjamu ‘taste buds’ Hijabi dengan juadah berbuka puasa bertemakan ‘Citarasa Malaya’, lebih menarik lagi ia menawarkan variasi hidangan serantau yang popular dan kaya dengan budaya nusantara Malaysia.
Antara hidangan yang bakal membuatkan anda kecur air liur adalah, Nasi Ulam atau Nasi Minyak yang dihidangkan dengan lauk pauk yang cukup membuka selera yang terkenal di negeri-negeri sekitar Malaysia seperti Udang Sambal Petai Berlada yang terkenal di Kedah dan Ikan Bakar panggang ala Johor yang diperap menggunakan ramuan istimewa turun temurun.
Selain itu, terdapat juga Gulai daging kentang dan kerisik yang berasal dari Terengganu, serta ayam Percik Madu bersalut kelapa dan kunyit dari Kelantan. Tidak dilupakan juga pelbagai jenis ulam-ulaman bersama sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.
Usai menjamu hidangan utama, jika masih lapar, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan sampingan seperti satay ayam, cucur udang, Sup Gear Box Kambing, Roti Bakar ataupun Laksa Johor!
Setelah puas bersantap, boleh lah sis nikmati pemanis mulut pula yang terdiri daripada pelbagai kuih muih tradisional melayu (Seri Muka, Gula Melaka Indulgence and Corn Custard Pudding) atau nikmati dua pencuci mulut terbaik Malaysia iaitu Bubur Pulut Hitam dan Sago Gula Melaka dan basahkan tekak dengan air Milo atau Teh Tarik panas.
Banyak betul juadah yang menyelerakan, tentu harganya mahal! Jangan risau, harga yang ditawarkan untuk anda nikmati Bufet ‘Citarasa Malaya’ ini amat mampu milik dimana untuk tiga orang, hanyalah bernilai RM420++ sahaja!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi bufet pada bulan Ramadan nanti dan ingin membuat sebarang tempahan, boleh layari laman sesawang thechowkit.com/eat-drink atau hubungi +603 2778 6688 untuk sebarang pertanyaan.
Bagi Hijabi yang gemarkan makanan kampung sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan nanti, Tune Hotel KLIA-KLIA2 adalah tempat yang WAJIB dituju, kerana MAKAN@Tune Hotel menawarkan bufet Ramadan bertemakan ‘Selera Kampung’.
Hijabista difahamkan bufet ‘Selera Kampung’ ini akan mula menjamu orang ramai bermula 27 Mac ini hingga 16 April nanti.
Antara juadah dan tarikan menarik yang bakal menjadi menu hidangan bufet ini semestinya hidangan utama iaitu Nasi Beriyani, Nasi Arab dan Nasi Putih, Sup Ayam Berempah, Ikan Bakar Daun Pisang, Gulai Kawah, Asam Pedas Tenggiri, variasi pelbagai jenis ulam-ulaman segar yang lengkap dengan sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan bermacam lagi yang pasti membuatkan anda rambang mata memilih!
Hidangan sampingan pula terdiri daripada Sate Ayam yang dibakar panas-panas dan Roti John yang dimasak secara terus dihadapan tetamu. Manakala, sebagai pencuci mulut terdapat pelbagai jenis kuih muih tradisional, Buah-buahan segar, variasi kek dan juga puding untuk dinikmati.
Artikel berkaitan: Ramadan Bakal Tiba, Ini Antara Lokasi Iftar Sesuai ‘Citarasa’ Hijabi, Pilihan Hijabista!
Hijabis juga boleh membasahkan tekak anda dengan menikmati ais Cendol atau Air Batu Campur yang disediakan dengan pelabagai jenis ‘toppings’.
Harga bagi bufet ‘Selera Kampung’ ini adalah seperti berikut:
Dewasa – RM98++ (seorang)
Kanak-kanak (6-12 tahun) – RM48++ (seorang)
Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun – Percuma
Lebih menarik lagi sekarang sedang berjalan promosi harga ‘Early Birds’ yang menawarkan harga lebih rendah, jika anda membuat tempahan sebelum 26 Mac ini, iaitu hanya RM88++ bagi seorang individu dewasa.
Anda juga dapat menikmati dikaun tambahan sebanyak 10 peratus sekiranya menempah secara berkumpulan sekurang-kuranya 10 orang dewasa atau lebih.
Jika hijabi berminat untuk membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-87871726 atau emailkan pertanyaan anda di makanminum.klia2@tunehotels.com
Artikel berkaitan: Bersenam Secara Selamat Di Bulan Ramadan, Pakar Syorkan Lakukan Rutin Ini Terbukti Berkesan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.